Pernah tak korang mengharungi hidup sebelum matahari terbit dah pergi kerja, malam baru sampai rumah. Kemudian kau dah terlalu penat, rumah itu hanya sebesar tilam, iaitu rumah hanya untuk tempat tidur dan rumah hanya ada masa untuk tidur?
Kemudian kau kerja seminggu 6 hari. Pada hari cuti, kau tak punya kudrat untuk berbuat apa-apa melainkan berehat di rumah, majoritinya melepaskan lelah dengan tidur?
Masa muda kau kau habiskan di dua tempat: tempat kerja dan bilik tidur.
Penat la membanting tulang mengejar gaji bulan ni ke gaji bulan hadapan.
Kau bekerja seperti itu dari usia muda, kemudian 5 tahun berlalu. Kemudian 10 tahun berlalu.
Dah kemudian pada satu ketika kau berkata: aku habiskan masa muda aku untuk apa, dan aku kejar apa dalam hidup aku ni sebenarnya?
Dan kemudian renggang la perhubungan dengan rakan taulan. Lantaran sibuknya bekerja. Dan kemudian lesu la perhubungan dengan orang sekeliling yang kenal dan tahu kau. Kemudian kau berkira: kalau aku mati hari ni, tempat kerja aku yang tahu dahulu sebelum orang sekeliling.
Mat mana kau Mat? Dah 2 hari tak datang kerja. Mat? mati dah kau Mat? Pn Ros, buka iklan jawatan kosong, ada kekosongan jawatan. Gaji bagi rendah sikit la. Ekonomi tak menentu sekarang.
Penat kau membanting tulang, tak punya masa untuk tahu siapa calon PM, kat mana tenggelam banjir, apa budaya meme. Kerana meluangkan masa untuk perkara itu semua adalah satu kemewahan.
Cukup-cukup makan, cukup-cukup pakai, tapi kualiti hidup sangat la subur untuk benih kemurungan bercambah biak dan segar rimbun dalam otak kepala.
Kau pendam, makin lama hati kau kelam. Tapi kau nak luah, luah pada siapa? Dinding? Kipas siling?
Maka kau terasa seperti budak sekolah yang baru mencari identiti, ingin memberontak, sebab tak ada siapa faham.
You can follow @sicfallacy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: