ROGOL: ADAKAH OTAK LELAKI LEBIH MUDAH TERANGSANG SECARA VISUAL?

Sejauhmanakah kebenaran kenyataan bahawa lelaki lebih mudah terangsang dengan rangsangan visual berbanding wanita? Mari kita lihat apa kajian neurosains kata mengenai hal ini.

(Ini ialah bebenang)
Ianya adalah dipercayai ramai bahawa orang lelaki lebih mudah terangsang melalui visual berbanding perempuan, dan daripada situ, ia menjadi justifikasi untuk menyuruh perempuan untuk menjaga pemakaiannya, kerana kononnya lelaki lebih mudah ghairah apabila melihat wanita.
Dalam thread ini saya akan mempersembahkan hasil kajian-kajian sains daripada sumber yang kredibel. Jika anda ragu2 dan sebelum anda menuduh saya bukan-bukan, terdapat senarai rujukan di akhir bebenang ini untuk anda membuat bacaan & penilaian sendiri.
Okay, jom kita start.

Terdapat pelbagai kajian yg menunjukkan bahawa sexual arousal dikaitkan dengan beberapa bahagian otak seperti insula, middle / inferior occipital & fusiform gyrus, amygdala, caudate, claustrum, globus pallidus, pulvinar, dan substantia nigra.
Adakah terdapat perbezaan dari segi keaktifan bahagian2 otak ini apabila melihat rangsangan visual antara lelaki & perempuan?

Dalam kajian yang dijalankan oleh Stephen Hamann pada tahun 2004, seramai 14 orang lelaki dan 14 orang perempuan telah dipertontonkan beberapa jenis-
-visual stimulus. Kemudian, otak mereka diimbas dalam mesin fMRI untuk melihat perbezaan dari segi keaktifan bahagian otak mereka. Didapati bahawa apabila rangsangan visual yang seksual dipertontonkan, bahagian amygdala dan hypothalamus lelaki lebih aktif berbanding perempuan.
Amygdala adalah salah satu bahagian otak yang penting dalam limbic system dan dianggarkan bahawa salah satu fungsinya adalah berkaitan dengan sexual motivation, di mana lelaki yang amygdalanya lebih aktif, mempunyai sex drive yang lebih tinggi. Manakala hypothalamus pula-
-adalah bahagian otak yang berfungsi dalam reaksi fisiologi yang berkaitan dengan rangsangan seksual (seperti menghasilkan ereksi dan orgasm). Justeru, melalui dapatan kajian ini ianya kelihatan bahawa lelaki lebih mudah terangsang melalui visual, terutama dibahagian amygdala,-
-yang meningkatkan sexual motivationnya lalu membuatkan dia more likely untuk bertindak melakukan sesuatu mengenai stimulus itu.
Namun, adakah tindak balas ini sesuatu yang memang secara biologikalnya inherent dalam lelaki? Atau adakah ia produk environment yang berkenaan dengan
-cara kaum lelaki dibesarkan dan faktor sosial yang lebih memberi lelaki kebebasan untuk mengekspresikan perasaan seksualnya?

Sebuah lagi kajian yang dijalankan Hamaan pada tahun 2014 mungkin dapat menjawab persoalan ini. Dalam kajian ini, Hamaan telah mengambil-
13 orang perempuan yang mempunyai Complete Androgen Insensitivity Syndrome (CAIS) sebagai peserta kajiannya.

CAIS ialah suatu keadaan dimana individu tersebut mempunyai XY kromosom (secara genetiknya lelaki) tetapi oleh kerana androgen receptornya tidak dapat berfungsi, badannya
-tidak dapat detect hormon testosteron yang terdapat di dalam badannya lalu ketika proses sexual development dalam rahim ibunya, kemaluannya tidak dapat membentuk (tiada penis dan testis tersorok di dlm badan)lalu menyebabkan bayi tersebut dilahirkan dan dibesarkan sbg perempuan.
Kebanyakan individu CAIS identify as woman dan mereka juga suka lelaki.

Berbalik kepada kajian tersebut, didapati bahawa perempuan CAIS mempunyai pattern of activation yang sama seperti perempuan biasa apabila melihat rangsangan visual yang seksual di mana bahagian amygdala dan
-hypothalamus-nya tidak seaktif otak lelaki. Hal ini menunjukkan bahawa amygdala & hypothalamus lelaki yg lebih aktif apabila melihat visual seksual bukan disebabkan oleh Y kromosom, kerana perempuan CAIS yang mempunyai Y kromosom jg tidak mempunyai activation seperti itu.
Justeru, boleh jadi suatu kemungkinan bahawa faktor sosial atau persekitaran yang membuatkan amygdala dan hypothalamus lelaki terlebih aktif. Across various cultures, lelaki lebih diberi kebebasan dalam mengekspresikan perasaan seksualnya manakala masyarakat lebih memandang hina-
-kepada perempuan yang menzahirkan keinginan seksualnya dengan memanggilnya pelbagai panggilan seperti murahan, pelacur, jalang dll. Lalu hal ini mungkin membuatkan wanita lebih cenderung untuk supress dan menyorokkan perasaan dan keinginan seksualnya lantas-
-membuatkan amygdala dan hypothalamus mereka kurang aktif apabila melihat rangsangan visual yang seksual. Ianya tak mustahil bahawa faktor sosial boleh memberi kesan pada keaktifan otak kerana otak kita bersifat plastik, iaitu mudah dilentur melalui pembelajaran drpd persekitarn.
Di samping itu juga, pada tahun 2019, sebuah metaanalisis telah dibuat oleh Hamid R. Noori yang bertujuan untuk mengkaji semula kajian-kajian sebelum ini yang menyatakan otak lelaki lebih mudah terangsang dengan visual seksual berbanding perempuan.
Kajian Hamaan juga termasuk dalam metaanalisis ini.

Metanalisis tersebut merangkumi 61 kajian sebelum-sebelum ini di mana keseluruhan subjek bagi kajian2 tersembut hampir mencecah 2000 orang. Di dalam metanalisis tersebut didapati bahawa tiada perbezaan yang ketara antara-
-aktiviti otak lelaki dan perempuan ketika sexual arousal. Malah kajiannya mendapati bahawa biological sex seseorang adalah weak predictor untuk aktiviti otak yang terlibat ketika sexual arousal iaitu dengan predictive power bawah 1%. Dengan erti kata lain, jika kamu diberikan-
-dua brain scan of two individuals during sexual arousal, kamu tidak akan dapat mengenal pasti yang mana satu ialah brain scan drpd otak lelaki, yang mana satu adalah drpd otak perempuan. Selain itu, berbeza dengan dapatan kajian Hamaan, didapati bahawa tiada perbezaan ketara
-antara keaktifan amygdala lelaki & peremouansetelah data itu dianalisis dengan 1850 individu daripada kajian yang lain. Justeru, dapat disimpulkan bahawa setakat ini tiada perbezaan dari segi aktiviti neural lelaki dan perempuan apabila melihat sesuatu rangsangan seksual.
Jadi orang yang kata bahwa lelaki memang secara semulajadinya mudah ghairah lantas wanita perlu berkurung di rumah tu maaflah, sains tidak berpihak pada kamu. Sexual arousal lelaki dan perempuan sama sahaja dari segi aktiviti neural otak.
Yang menjadi perbezaan ialah lelaki lebih diberi kebebasan untuk mengekspresikan keseksualan mereka, malah diberi pujian (lelaki sejati/ jantan/ macho) apabila mengekspresikannya manakala wanita pula dicaci dan dikecam apabila mereka sedikitpun menunjukkan sisi seksual mereka.
Oleh iti, while preventive measure should be taken by women, seperti not dressing in sexually suggestive manner, atau berjalan berseorangan pada waktu malam, apabila sesuatu kes rogol itu berlaku, irrespective of the clothing, ianya adalah 100% salah perogol itu sendiri.
Kerana biarlah wanita itu berbogel sekalipun, tiada sesiapa pun yang memaksa / menyuruh/ coerce lelaki itu untuk merogol. Ianya adalah perbuatan yang kalkulatif yang dilakukan secara sengaja apabila perogol tersebut nampak sesuatu peluang.
Jadi berhentilah mencari justifikasi untuk perogol, apa yang anda buat hanyalah reinforce the idea that rapists are not responsible for their actions dan hal ini dikhuatiri akan melahirkan lebih ramai lelaki untuk menjadi future rapists.
Ini sahaja thread saya untuk kali ini. Jika anda rasa ia bermanfaat dan patut dibaca oleh lebih ramai orang, sumbangkan RT anda ya. Dan dijemput untuk follow saya. I will write more threads like this in the future insya Allah.
A question to ponder mengenai isu rogol https://twitter.com/mnalhakim/status/1278993400071548930?s=19
You can follow @mnalhakim.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: