MALAYSIA DAN PERSEDIAAN PERANG DI LAUT MALAYA(LAUT CHINA SELATAN)

Thread ini mengenai satu ulasan daripada seorang penyelidik PHD mengenai isu di Laut Malaya

Ini ialah Thread

Credit: Pencinta Dunia Ketenteraan dan Pertahanan.
1. Sepanjang kajian saya sejak lebih 10 tahun yg lalu, persediaan Amerika untuk berperang dgn China di sempadan negara kita tidak sehebat persediaan mereka pada bulan Jun 2020 baru baru ini, iaitu sebulan selepas berlakunya pertembungan antara kedua dua kuasa
ini di perairan kita dalam kes operasi West Capella yg dikontrakkan oleh Petronas
2. Memang Tentera Laut Amerika sentiasa mengekalkan kehadiran armada mereka di rantau kita ini sejak 75 thn lalu lagi, namun intensiti operasi terkini mereka pada hujung bulan Jun cukup luar biasa. 2 operasi 'Dual Carrier Strike Groups' dilakukan dgn kombinasi
3 kumpulan kapal induk pengangkut pesawat

3. Indikator yg paling ketara dalam kajian saya ialah sela masa antara operasi gabungan (Dual Carrier Strike Groups Operation) antara 2 kumpulan Angkatan Carrier Strike AS yg semakin meningkat
Ni sedikit kisah pertikaian di West Capella https://twitter.com/Marchfoward/status/1259407217721176065?s=19
4. Sbg rekod perbandingan, pada thn 2001 Angkatan Carrier Strike Group Constellation dan Carl Vinson beroperasi bersama sama di Laut China Selatan. Ops sebegini hanya diulangi 8 thn kemudian pada tahun 2009 apabila Angkatan Carrier George Washington dan Nimitz 2 di Pasifik Barat
Kapal Induk Pengangkut Pesawat USS Carl Vinson
5. Sela masa 9 tahun ini kemudiannya berkurang kepada 5 tahun iaitu apabila Angkatan Carrier Strike Group George Washington dan Carl Vinson beroperasi di kedua dua Laut China Selatan dan Laut China Timur pada September 2014

USS George Washington
6. Begitu juga 4 tahun kemudian iaitu pada November 2018 apabila Angkatan Carrier Strike Group Ronald Reagan dan John C Stennis melaksanakan operasi gabungan di Laut Filipina Barat

7. Namun begitu, pada bulan Jun 2020 ini. 2 Operasi sedemikian dilaksanakan dlm masa seminggu
USS Ronald Reagan
8. Terkini hanya 2 tahun selepas kali terakhir operasi gabungan dilaksanakan, operasi berkembar 2 Angkatan Carrier Strike Group US kembali di Laut Filipina Barat bukan 2, tetapi 3 Angkatan Carrier Strike Group US melakukan 2 kombinasi latihan berkembar
9. Kedua dua operasi berkembar ini melibatkan gabungan USS Theodore Roosevelt (CVN 71) dan USS Nimitz (CVN 68) pada 21 Jun 2020 diikuti gabungan Angkatan Nimitz dan Ronald Reagan pada 28 Jun 2020
10. Angkatan Nimitz Carrier Strike Group terdiri daripada kapal pengangkut pesawat USS Nimitz (CVN 68), Carrier Air Wing (CVW 17), kruiser peluru berpandu USS Princeton (CG 59), pemusnah peluru berpandu USS Strett(DDG 104), dan USS Ralph Johnson (DDG 114)
USS Nimitz Carrier Strike Group
11. Angkatan Theodore Roosevelt pula terdiri daripada USS Theodore Roosevelt (CVN 71), Krusier Peluru Berpandu USS Bunker Hill (CG 53) dan kapal pemusnah Peluru Berpandu daripada Destroyer Squadron(DESRON) 23, USS Russell(DDG 59), USS Rafaela Peralta(DDG 115)
dan Carrier Air Wing (CVW) 11

USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group
12. Angkatan Ronald Reagan Carrier Strike Group terdiri daripada kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan(CVN 76), Carrier Air Wing(CVW) 5, Krusier Peluru Berpandu USS Antitietam(CG 54), serta kapal pemusnah Peluru Berpandu USS Mustin (DDG 89)
USS Ronald Reagan Carrier Strike Group
13. Angkatan Ronald Reagan Carrier Strike Group ini dikerahkan di pangkalan hadapan Yokosuka, Jepun dan seringkali melaksanakan rutin operasi pengaman dan keselamatan di Indo Pasifik

14. Kebiasaannya, operasi pemusnah berkembar Tentera Laut US di Laut China Selatan
ini dilaksanakan apabila Carrier Strike Group Armada ke 7 dari Pantai Barat US digabungkan dgn Carrier Strike Group ke 7 di Yokosuka Jepun

15. Faktor kritikal yang mendorong operasi besar besaran Tentera Laut US ialah hakikat bahawa China baru saja menguji persenjataan
dan operasi kapal pengangkut pesawat kedua mereka pada Mei lalu iaitu Shandong (Type 001A)

Kapal Pengangkut Pesawat Tentera Laut China Shandong
16. Dalam ujian tersebut, Shandong berjaya melancar dan menerima pendaratan pesawat pejuang Shenyang J-15. Pencapaian ini mengukuhkan motivasi Beijing yg sedang mengenakan tekanan ke atas Hong Kong dan Taiwan serta Filipina, Malaysia, dan Vietnam di Laut China Selatan
17. Maka tak hairanlah apabila Tentera Laut US berulang kali menegaskan bahawa operasi mereka di Indo Pasifik saat ini adalah untuk melindungi negara negara sekutu mereka daripada ancaman ke atas kedaulatan mereka

18. Mesej US jelas, China mungkin boleh berbangga
dgn 2 kapal pengangkut pesawat Liaoning dan Shandong mereka, tetapi US memiliki kombinasi kembar pemusnah Angkatan Armada ke 7 yg boleh dikerah dlm tempoh seminggu ke Laut China Selatan
19. Kita di Malaysia wajib mengikuti rapat percaturan kedua dua Amerika dan China di Laut China Selatan pasca CoVID 19 ini. Pencerobohan kapal China yg menganggu operasi West Capella-Petronas hanyalah sebahagian kecil daripada rencana besar Grand Strategy Beijing
20. Manakala tindakan balancing daripada US (dan Australia) pasti akan mengimpak kita jua,

21. Dalam masa yg sama, ASEAN juga bermasalah kerana terdapat negara tali barut China seperti Laos dan Kemboja manakala Filipina sedang cuba menuntut Sabah daripada kita
22. Vietnam juga turut mula mencabar hak kita di pentas benua kita. Benar kita selesa dgn Five Power Defence Agreement bersama Australia, UK, Singapura dan New Zealand, tetapi berdasarkan sikap agresif China yg makin menjadi-jadi.
23. Mungkinkah konfigurasi Military alliance yg baru perlu dipertimbangkan? Mungkin penggabungan tidak formal seperti FPDA dgn Quadilateral( Amerika, Australia, Jepun dan India)
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah),
Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah Ayat 216)
TULISAN ADMIN SENDIRI

Ramai Rakyat Malaysia yg sedia maklum mengenai Claim yg China buat ketika ni. Sempadan India, Laut China Selatan, Taiwan, Laut China Timur dan terbaru Bhutan

China mula mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka adalah Kuasa Besar baru Dunia
Pertikaian di Kepulauan Spratly kini menjadi lebih intense sebenarnya. Seperti di artikel di atas. Pertikaian di West Capella menjadi indikator bahawa Beijing benar benar agresif mengenai tuntutanya ketika ini

Yelah 5 Trilion USD punya kekayaan sapa tak nak
Malaysia yg memiliki banyak reserve minyak dan LNG dlm ZEE menyebabkan Malaysia sering diperhatikan

Pencerobohan nelayan Vietnam yg meningkat sehingga kita hilang Hampir 6 Bilion Ringgit hasil membuktikan bahawa perlunya sedikit fokus kerajaan kepada Pertahanan
Diplomasi buat masa ini masih berjalan lancar. Kita menggunakan kekuatan kita dgn baik dgn kekal neutral. Bina Kapal LMS dgn China but at the same time biarkan US membantu kita dgn kehadiran armadanya

Meletakkan kita di antara pihak tgh yg untung
Meskipun begitu saya hendak menekankan betapa pentingnya tanggungjawab TLDM dan APMM ketika ini. Saya berharap agar MENHAN, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan memahami kepentingan ini dan melancarkan usaha Program ketenteraan Malaysia
Program 15 ke 5 TLDM harus back on track. Bukan apa kita harus bersedia meskipun kita ni tak bergaduh dgn org

Persoalan sekarang ni perlu ditukar. Bukan bertanya dgn siapa kita hendak berperang? Tetapi bertanya Kita hendak berperang dgn siapa?
TLDM yes has Corvette no 4 terbaik dunia. Regu gabungan kapal selam Scorpene yg betul betul menggoncang dada jiran jiran kita ketika ini. Namun bukan kami tak tahu Meko 100 tu pernah ada problem dlm deal dia.

Regu kapal selam kita tu pun diperah habis.
Saya harap kan ekonomi ok and then Malaysia akan tambah peruntukan lagi. Belas bilion is not enough dlm keadaan sekarang. Kita Perlu tunjuk serius kita dgn gandakan Bajet Pertahanan.

Tak perlu cam US 600 Bilion USD. Cukup sekadar Program ketenteraan Malaysia berjalan lancar
Jika ditanya kepada saya. Bajet Pertahanan terbaik ialah sekitar 30 Bilion ke 60 Bilion Ringgit untuk negara kita

Namun saya faham keadaan ekonomi sekarang. Cuma harap nampak peningkatan supaya nampak kita serius

Ramai peminat Pertahanan negara tahu ada aset TLDM usang
Saya tak nak cerita lebih. Tapi saya memang membantah program SLEP yg terpaksa dilaksanakan TLDM. Tambah duit lagi untuk maintenance aset lama. Kapal kita tu dh usia lebih 30 tahun. Player bola pun 40 thn dh bersara dh
Kenapa saya dan ramai peminat Pertahanan negara memohon agar kerajaan mengikut TLDM terutama dlm Program 15 ke 5. First sekali duit tak perlu dibazirkan untuk maintenance banyak kapal lama. Aset lama ni maintenance m Tinggi
Ada certain weapon dh takleh guna sbb takda sparepart bila producer dia berhenti Produce

Satu lagi supaya Operasi kita dpt dikerah maksimum. Bila kos maintenance kurang. Duit tu dpt guna beli kapal baru jadi boleh lah TLDM cover lagi
APMM mintak mothership. Tolong bagi. Dan saya harap kerajaan berikan apa yg mereka mahu terutama spesifikasi

Jika ditanya kepada saya apakah Malaysia mampu hadapi tentangan tembok besar. InsyaAllah mampu jika kita serius sikit
Tapi toksah diharap perang lah. Saya memohon supaya Malaysia terutama di belah Kerajaan memandang serius isu ini

Jgn sampai pahlawan kita terkulai layu baru nak menyesal
P/s Program TLDM 15 ke 5 telah diimprovise sikit oleh Laksamana TLDM yg baru ni. Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

My own opinion Program ni sgt berpandangan jauh dan sgt penting untuk Malaysia
Program kita sudah ada Sebenarnya. Malaysia pun ada Grand Defence Strategy dia sendiri. Cuam terencat sbb bajet

Saya hanya boleh assume ada pembelian rahsia tu jelah

Lagipun Program TLDM 15 ke 5 tu meningkatkan Persediaan kita ke tahap lebih tinggi

Sekian
Credit: Abdul Muein Abadi, Penyelidik PHD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=186916222775767&id=106776647456392
You can follow @Marchfoward.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: