"Mangsa rogol yang bersabar akan dapat pahala?"

Statement ni akan jadi isu bila kita tak faham apa maksud sabar. Lepas tu ada la 2 puak yg bergaduh.

Saya rasa, punca gaduh ni sbb salah faham.

"Sabar" bukan bermaksa "rela dirogol".

Tapi, apakah itu sabar?

Ini adalah thread.
1. Sebelum saya mula, saya nak tegaskan, perogol adalah salah disisi agama, undang2 dan kemanusiaan. Bahkan bukan agama islam sahaja yg melarang rogol, bahkan tiada satu pun fahaman yg menghalalkan rogol, melainkan fahaman tersebut sesat dan jauh menyimpang.
2. So, jom masuk topik. Saya nak kongsi beberapa noktah.

Noktah pertama: Apa maksud sabar.

Noktah kedua: Apa salah faham tentang sabar.

Jom baca sampai habis.
3) NOKTAH PERTAMA: "Apa maksud sabar".

Saya nak kongsi dengan korang satu ayat Alquran yg sangat cantik bila Allah suruh bersabar.

Allah berfirman:

"Maka bersabarlah kamu seperti sabarnya rasul-rasul ULUL AZMI".
(al-Ahqaf ayat 35)
Persoalan dekat sini, apa maksud "ulul azmi"? Kenapa Allah suruh kita bersabar seperti rasul "ulul azmi"?

ULUL AZMI bermaksud orang yang mempunyai azam dan tekad.

Ulama' tafsir menyatakan, ada hikmah kenapa Allah gabungkan antara "Sabar" dan "tekad/azam".

Apa hikmahnya?
Kerana, SABAR BUKAN BERMAKSUD PASRAH atau RELA dizalimi.

Sabar bukan bermaksud berserah dan mengalah serta tak buat apa-apa.

Tidak.

Tapi, sabar sebenar ialah dia sabar yang disertai dengan usaha untuk mencari solusi.
Contohnya, nabi Nuh. Berdakwah 950 tahun. Dimaki hamun serta dakwahnya ditolak oleh kaumnya. Nabi nuh tetap sabar.

Tapi, adakah sabar nabi Nuh menjadikan nabi Nuh mundur dan berputus-asa dari dakwah? Tidak!

Bahkan, nabi Nuh tetap berusaha dan berdakwah hingga ke saat akhir.
4) NOKTAH KEDUA: "Salah faham tentang sabar".

Macam saya cakap tadi, ramai orang ingatkan sabar ni bermaksud mengalah. rela dizalimi. Pasrah. Tak buat apa-apa.

Ini satu masalah yang sangat besar bila kita salah faham apa maksud sabar. Saya bagi beberapa contoh..
a) Contoh satu, kalau ada orang bunuh anak kita.

Kalau kita SABAR, bukan bermaksud kita kena maafkan pembunuh. Bukan.

Bahkan, kita akan usaha hingga ke akar umbi untuk menuntut pembelaan dan memastikan pembunuh juga dapat hukuman yang setimpal kerana telah membunuh anak kita.
Keluarga pembunuh dibenarkan dalam islam untuk membalas kezaliman yg telah pembunuh itu lakukan.

Keluarga mangsa tak dikira "tidak bersabar" andai mereka membalas kejahatan itu dengan kejahatan yg setimpal.

Bahkan itulah definasi sabar yang sebenar!
Allah berfirman dalam surah As-Syura ayat 40:

"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim."
Dalam ayat ni, Allah bagi 2 pilihan kepada orang yang dizalimi.

1) Pertama, membalas kezaliman tersebut dengan balasan yg setimpal.

2) Kedua, kalau nak maafkan, pun boleh.

Dan Allah akhiri dengan "Sesungguhnya aku tak suka pada orang2 yang zalim.."
Sama kes macam peperangan misalnya. Bila kita diserang musuh, kita perlu serang balik. Tak boleh kata:

"Takpe, kita sabar. Biarlah mereka serang kita".

Itu bukan sabar. Itu tak bijak. Huhu.

Macam saya cakap dekat noktah 1st tadi, sabar bukan bermaksud pasrah, or mengalah.
KESIMPULAN:

So, berbalik pada kes rogol, bila ada orang kata:

"Mangsa rogol yang bersabar akan dapat pahala".

Kita JANGAN faham yg sabar bermaksud mangsa akan dapat pahala kalau relakan diri dirogol, tak melawan dan maafkan begitu sahaja.

Bukan.
Tapi, apa yang dimaksudkan dengan "sabar" ialah:

1) Mangsa rogol ada hak untuk menghukum perogol. Kerana, pertahankan maruah diri juga adalah satu jihad dan dapat pahala yg sangat besar.

2) Mangsa rogol tetap mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Maksudnya...
....maksudnya, jangan biarkan kisah silam dan pengalaman dirogol itu membuatkan kita semakin jauh dari Allah. Sebab ada orang, bila diuji, dia terus salahkan takdir, salahkan Allah, dan akhirnya bunuh diri.
Tapi, tetap teruskan kehidupan, jaga yg wajib, tinggalkan yg haram, terus memburu impian dan cita. Walaupun pengalaman dirogol itu satu peristiwa yg sangat trauma, tapi andai mereka kuat dan teruskan kehidupan, betapa besarnya pahala mereka disisi Allah.
Sebagai pengakhiran, saya nak memberi sedikit pesanan kepada semua yang pernah menjadi mangsa rogol.

a) Saya tahu, ini adalah satu peristiwa yang sangat pahit dalam hidup korang. Saya pernah jumpa mangsa rogol, dia cerita macamana peristiwa itu menghantui diri dia, trauma...
...depression, anxiety, dan kadang dia rasa takut dan malu dengan rakan-rakan sekeliling. Dia rasa malu apa yg bakal suami dia akan kata nanti. Macam2 benda yang berada di fikiran mangsa rogol tersebut.

Wallahi saya sangat sebak. Saya sangat kagum dengan dia sebab mampu kuat.
Lebih sedih, saya ada jumpa, ayah dia sendiri yg rogol dia. Ya Allah.. Itu lagi pahit dan pedih. Nak mengharungi liku2 hidup dalam keadaan dilema dan ketakutan.

Bukan itu sahaja, saya juga jumpa kes seorang anak yatim, dia diliwat oleh seniornya di asrama. Dan dipaksa berkali2.
Ni contoh kes yg berlaku depan mata saya. Tapi, yang saya kagum, walaupun mereka dizalimi sebegitu, walau mereka sedih dan trauma, mereka tetap teruskan kehidupan memburu cita dan impian, serta menjaga ibadah wajib serta tinggalkan yg haram.

Wallahi saya sgt kagum😭
b) Kedua, saya nak pesan supaya JANGAN TAKUT untuk laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Sekiranya pernah jadi mangsa liwat di asrama, bagitahu cikgu dan mak ayah, dan buat laporan polis.

Di rogol oleh ayah sendiri, bagitahu mak dan laporkan pada pihak berkuasa.
Dirogol oleh kawan, cepat2 buat laporan kepada pihak berkuasa.

Kadang2, mangsa rogol ni takut. Sebab dia rasa malu nak cerita pada orang bahawa dirinya pernah dirogol. Perasan takut dan malu ini akhirnya menahan mereka untuk laporkan pada polis & mengenakan hukuman yg setimpal..
You can follow @adninroslan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: