Jangan lupa mulakan hari anda dengan doa pagi & senyuman 😊 Nak dengar kisah tentang seorang lelaki ni tak? Dia selalu beribadah tapi rezeki selalu tak datang kepadanya? Nak tahu kenapa? Jom baca thread dekat bawah ni 😘
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang muram wajahnya dan berkerut keningnya datang bertemu dengan Imam Abu Yazid Al Bustami (seorang ulama sufi yang terkenal ), lantas dengan muka yang murung pemuda itu bertanya,
"Ya Imam, rasanya sepanjang hidupku aku adalah seorang yg rajin beribadah kpd Allah, ketika org lain dibuai mimpi, aku bangun beribadah di malam hari. Ketika ahli keluargaku belum bangun pagi, aku sudahpun mengaji. Dan aku bukannya seorang yg pemalas mencari rezeki.
Tetapi mengapa rezekiku selalu sempit dan hidupku sering ditimpa malang & kesusahan.
Imam Abu Yazid pun menjawab,

1. Perbanyakkan senyum.
- Imam Abu Yazid berkata, "Tahukah kamu Rasulullah SAW juga hidup dalam kemiskinan, tetapi wajahnya selalu ceria dan tidak pernah murung. Bahkan selalu ceria dgn senyuman.
Rasulullah juga pernah bersabda, antara penghuni neraka adalah orang yang selalu bermurah wajah kerana mereka akan membuatkan orang curiga padanya.
Maka si pemuda pun berjanji akan memperbaiki penampilan dan menceriakan wajahnya dgn senyuman. Imam Hasan Al Basri pernah menyatakan, tanda usaha kita beroleh kejayaan/keuntungan ialah raut muka kita yang sentiasa ramah.
Jadi kesimpulan di dlm kisah ini adalah, sebagai seorang peniaga, tak kisah la kita jual apa sekalipun, sentiasa berbuat baik dgn customer kita & layan dia.
Inshallah kalau kita buat baik dengan semua orang, mesti rezeki yang tidak disangka2 akan datang dekat kita. Yang penting kena usaha dan ikhlas je. Yakin dengan rezeki yang Allah nak bagi. Goodluck everyone! đŸ˜˜â™„ïž
You can follow @alluskincheras.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: