Masalah Malaysia ni bukan pasal bangsa. Tetapi pasal kelas.

Orang Kaya vs orang Miskin.

Bukan cina nak bolot Melayu, bukan Melayu nak buang Cina, bukan Cina nak makan India.

Kelas kawan-kawan. Kelas.
Ingat orang kaya Melayu kisah ke pasal orang miskin Melayu?

Sama juga, ingat orang kaya Cina kisah ke pasal orang miskin Cina?

Cuma kita yang miskin ni lah yang kisah pasal orang kaya. Dah jadi pulak Cina kaya, terus benci Cina.

Lepastu, yang Melayu Kaya tu ada nak tolong kau?
Lepas tu pusing balik dan seterusnya.

Kesalahan besar bila kau translate kekurangan kau, sebagai cara org yang ada kelebihan nak tindas kau.

Lepas tu kita makan pulak dakyah politik yang membenci sesuatu bangsa dan kononnya nak tolong bangsa sendiri.
Politik ini mainan perasaan tuan puan. Apa ahli politik buat adalah jentik nurani kau yang paling sensitif untuk dapat sokongan.

Sudah dimomok kena tindas hari-hari, memang termakan lah. Ye lah, dalam poket ada RM 5 je. Esok nak makan apa pun tak tahu.
Sedang Melayu kaya (termasuk org politik) duduk gelak sebab kau tu pawn dia je.

"Melayu ditindas, Islam terancam" - kata orang yang sama gelak dari punca kuasa selepas dia tipu kau untuk benci bangsa lain sebab kau miskin.
Ingatlah, musuh kita yang utama bukanlah bangsa orang lain. Tetapi ketidakadilan yang masih ada di dalam negara, tak kisah, dia bangsa apa, agama apa.
Jangan mudah sangat tertipu dengan doktrin celaka pecah belah ini.

Jangan tanya lagi kenapa bangsa kau tak maju. Mungkin tiba masa kau tengok diri sendiri, sebelum salahkan orang lain.
Inspirasi daripada perbualan bersama @luqmanlong dari Muar ke Petaling Jaya. Buku bila nak keluar buku?
You can follow @hafriziqbal.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: