THREAD Aziz M Osman; A Brief CV as Film Director

Suka tampilkan pekerjaan pelbagai sektor takdelah asyik² kahwin paksa, orang kampung dot com, suami isteri atau dokter yang selalu lepak kafetaria jeh.

Antaranya,

Fenomena - Nelayan

Femina - Konduktor bas, editor majalah
Fantasi- Wartawan

XXRay- student kos sains

XXRayII- Saintis

Senario The Movie- Nurse, Funfair

Puteri Impian- Minah kilang, Krew penyiaran

Idola- Selebriti, Peguam Syarie, Penulis lirik

Trauma- Arkitek

Dan sebagainya (nurtizen boleh tambah kat hujung thread eh, TQ!)
Tahun 1990-2004 dianggap dua dekad gemilang Abg Long Ajis ni.

Lepas Senario XX, agak tenggelam as pengarah filem, buat sitkom Puteri, Dunia Anita, Kisah Kaisara dan beberapa drama lain, khasnya untuk siaran TV3.

Usaha come back dengan Azura 2012 & Jengka ermmm agak sedeyh...
Aziz M Osman (AMO) antara pengarah prolifik Malaysia, kalau tak silap nombor pendaftaran FDAM AMO ni 001 kan?

Sentuhan magis AMO, siapa yg berlakon bawahnya akan ada high chance tercalon dan menang FFM (prestij Oscar versi Malaysia).

Jadi ramai la pelakon yang 'cari' filem AMO.
Contoh ringkas

Best actor
Eman Manan (Femina)
Norman Hakim (Idola)

Best Actress
Erma Fatima (Femina)
Amy Mastura (Puteri Impian)
Nasha Aziz (Trauma)

Nominee
Ramona Rahman (Fenomena)
Erma Fatima (Fantasi)
Umie Aida (Lt Adnan)
Normala Samsudin (Idola)
Amy Mastura (Bintang Hati)
Best Supporting Actor
Jalil Hamid (Baginda)

Nominee
Faizal Hussein (XXRay)
Azman A Hassan (Femina)
Shah Rahman (Fantasi)
Azmil Mustafa (XXRay II)
Azlee (Senario TM)
Best Supporting Actress
Susan Lankester (Femina)
Aliah Lee (Puteri Impian)
Sh. Aleya (Trauma)

Nominee
Melissa Saila (Fantasi)
Ida Nerina (XXRay II)
Sarimah Ibrahim (Puteri Impian II)
Umie Aida (Senario Lagi)
Bak kata @faizalsulaiman, Aziz M Osman ni ibarat Woody Allen (Annie Hall, Hannah & Her Sisters) atau Martin Scorsese (The Departed, The Wolf of 1MDB apa tu),

Pandai membentuk dan mencungkil bakat pelakon² filemnya,

Antara transformasi yang boleh kita lihat:
Juliana Banos kayu jati dalam Gerak Khas -> GGPR

Zed Zaidi kayu meranti dalam Aku No 1, Bisikan Remaja -> GGPR

Faizal Hussein agak ranting berlakon usia 20an -> XXRay

Amy Mastura kayu balak dalam Tragedi Oktober -> Impian, Puteri Impian
Hairie Othman kayu angsana dalam Kad Cinta -> Leftenan Adnan, Seri Dewi Malam

Norman Hakim cardboard dalam Pasrah -> Idola

Normala Samsudin plywood dalam Gerak Khas -> Idola

Hans Isaac perabot Chan dalam Amok, Gemilang -> Scoop

Erma Fatima ikea stereotype, acah deep -> Femina
Dan juga first timer yang bertuah dapat kick start daripada Aziz M Osman, seperti:

Edika Yusof, Sharmaine Farouk (XXRay)

Aleeza Kassim, Bonni Sta Maria (XXRay II)

Sh Haslinda (Femina)

Cico Harahap (Puteri Impian)

Azri Iskandar, Sarimah Ibeahim (Puteri Impian 2)
Benjy (Baginda)

Irene Santiago (Scoop)

Maya Karin, Danny X-Factor, Jeslina Hashim (Seri Dewi Malam)

Ako Mustapha, Rashidi Ishak, Zahida Rafik (Senario The Movie)

Sharifah Aleya (Idola)

Beego (GGPR)

Shah Jazli (Azura)

Ani Mayuni (Lagi² Senario)

Diana Danielle (Idola)
Yang terhutang budi melalui debut lakonan TV jangan cakap lah kan macam:

Anne Ngasri, Tam (Cili Padi)

Aeril Zafril, Sari Yanti (Kisah Kaisara)

Nora Danish, Siti Fazurina, Kenchana (Puteri)

Dan etc.

And thats for another WHAT IF sebab thread ni pasal kerjaya perfileman AMO..
Namun, ada beberapa pelakon yang, memetik kata² @kue08 ,

Ko kalau director turun dari langit pun, kalau dah talentless atau tak sesuai atau bukan bidang, cannot go juga, biarpun di bawah AMO, macam:

Neelofa (Azura 2k12)
Shamsol Yusof, Zahnita (GGPR)
Amy Search (Fenomena)
Berikut pula testimonials kenangan filem² Aziz M Osman yang melekat di hati nurtizen terpilih atas faktor² tertentu.

...

@adiannet menggemari skrip filem Idola yg fresh, in pada masa tu pasal dunia guaman vs dunia seni.

*tapi Adian memilih utk amek kos arkitek kerana...
impak filem Trauma (Abg Harr n Amy watak arkitek kan?) yang turut digilai oleh @faizzahadi yang menjulang Trauma sebagai filem psycho thriller yang masih tiada tandingan di Malaysia.

Lakonan Nasha tu tercalon Best Supp. Actress FFAsia (tewas sama Rima Melati Ungu Violet Chacki)
Menurut @SenahDebab pula, filem Fenomena yang ditayangkan ketika sheols sibuk nak trial SPM, sungguh menghiburkan kerana lakonan Ramona Rahman yang sungguh bernyawa!

Walaupun filem tu dicemarkan oleh lakonan kayu balak M Nasir dan Amy Search.
@episrofiei teruja dengan filem sci-fi tempatan era 90an iaitu XXRay dan XXRay II, sangat berpuas hati dengan olahan air tangan Aziz M Osman, daripada idea asal arwah Azmil Mustapha itu.

+ point, lokasi penggambaran di UKM itu.

Namun, @episrofiei dinch ya XXRay III Pokjue tu
Sempat berbual dengan @nak_kena yang ada mengutarakan, adakah Aziz M Osman ini berhaluan kiri orangnya? Ala² sinis, contohnya,

Puteri Impian II - Scene masalah teknikal di bilik berita, story PM melawat kawasan tapi veetee beruk yg terpapar,

Juga, dalam filem Senario Lagi...
Ada scene Saiful Apek mengadu kes kena cabul pada polis wanita (dilakonkan oleh Amy Mastura) tapi takde saksi,

seolah kritikan sosial terhadap kes liwat Anwar yg tengah hangat time tu.

Zaman Anwar-Mahathir mungkin jadi template kritikan sosial AMO dalam filem² nya.
Ye, mungkin ilham Aziz M Osman daripada perjalanan politik Anwar-Mahathir sebagaimana yang boleh dilihat dalam filem Femina.

Jika repertoire Amy Mastura ialah definisi muzik 90an, seperti dipersetujui @luqzkh, filem Femina pula filem yang mendefinisikan era 90an di Malaysia.
Bagi pandangan @luqmannn pula, trilogi Gila Gila Pengantin sangat best!

Quadro Erra-Afdlin-Norman-Jun merupakan kombinasi yang ngam dan penuh chemistry!

Tak hairanlah filem² tersebut box office, ujar beliau.
Bagi @sopimazlan pula, kolaborasi Aziz-Amy memang ngam soi!

Selain Puteri Impian, filem Bintang Hati (calon FFM cerita asal, best actress) Amy selaku penulis skrip based on isu cetak rompak dan hasrat buat come back,

tatkala ummah time tu tengah taksub dengan telemovie VCD.
Begitulah serba ringkas sedikit sebanyak tentang Aziz M Osman (dah dapat Datukship ke belum eh? Kalau belum, sangat direstui)

AMO masa kecik pun dah menang best pelakon kanak² festival filem Asia.

Memang satu family lah berdarah seni,

Ayah M Osman (penyanyi pop yeh yeh),
Mak Afida Es (dramatis hebat),

Adik Zulkifli M Osman (pengarah - Mira Edora, Rimba Malam, Misi Operasi X),

ex wife Nor Aliah Lee (pelakon, penerbit)

dan now anak bongsu beliau yang mesra kamera si Ara Aziz.

...

Moralnya, kongsikan/ulas karya filem AMO kegemaran you all pula
You can follow @JefriAduba.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: