Nasihat aku utk org yg nk jadi sarjana sambung master PhD, kalau nk cepat habis belajar, UM bukan pilihan utama. UM sgt sgt mementingkan kualiti berbanding kuantiti, sebab tu UM jadi TOP 1st univ kat Malaysia dan no 59 kat dunia. Kalau nak hasil kajian kita berkualiti, pilih UM
kat UM, tak ada beza sgt pun kau ambil full research ke atau mixmode, tesis kau konfem berjela2 dan banyak gila kena buat kajian lapangan etc utk kuatkan data. Data tak kuat,bersedialah menangis repeat PD, CD.Utk pelajar timur tengah, sila ambil mixmode, jgn acah pandai kt U msia
Kalau kt Timur tgh kita banyak belajar asas, tapi kt Malaysia kita akan lebih byk diajar berfikir menggunakan ilmu asas kita. supya kita tak tengok satu isu scra zahir shja. Dan kaedah penulisan serta disiplin ilmu kt Malaysia ni sangat ketat berbanding kt timur tengah.
Kau dapat gelaran Mumtaz Martabat Syaraf pun belum tentu dapat cemerlang dalam exam sarjana ni. Sebab sarjana adalah pemikir, bukan penghafal. Kita boleh cemerlang kt Mesir sbb byk menghafal, tapi bila jadi sarjana, yg dinilai adalah ketajaman fikiran kita.
Jadi jgn terkejut kalau soalan sarjana ada dua tiga biji soalan je tapi kertas jawaban bapak banyak. Kat sinilah kau akan rasa tiga jam menulis sampai jari tu rasa nak patah. Pun belum tentu kau cemerlang, kerana yg dinilai adalah betapa kritisnya pemikiran kita utk jadi sarjana.
Dlm perjuangan gelar sarjana ni, kau akn nmpk satu per satu kawan2 kau tinggalkan perjuangan study tu atas faktor kewangan, susah, malas, tak mampu, tak ada mood. Kau akan byk stress sbb duit, masa menunggu, kerja, kata2 org. Sedih? aku rasa semua pelajar sarjana kita rasa.
cth soalan: Pensyarah pakar poligami ajar-mmg sft llki nk byk psgn, tgok je sejarah dulu, llki byk gundik.Kemudian keluar exam. Siapa pembaris dia akn tulis jwbn yg pensyarah tu bgi, tp aku dpt full mark sebab aku lawan apa yg pensyarah ni ajar. Aku utarakan kenapa aku tak setuju
Tapi ketidaksetujuan kita tu perlukan fakta yang tepat, berdalil, dan disokong oleh mana2 data. Sebab aku mmg minat poligami tu yg aku dpt jwb. Bygkan kalau aku tak ada idea pasal tu? Boleh gagal. Ni blm sebut ttg tesis lagi, pecah kepala nk fikir.
Banyak duit terbang sbb tesis. Nasib baik aku ni ditaja tau. Patutlah mmber2 yg guna duit sendiri stop ambil master phd sbb duit. So better korang kerja dulu baru sambung master phd, sekurang2nya boleh ambil cuti belajar atau ditaja syarikat.
Berapa byk habis duit? Setiap sem kena bayar yuran. Ok tu biasa. Tapi bila bab kau nak print out tesis kau, sekali print out utk pensyarah cek Rm50 terbang. Tu blm termasuk kos perjalanan, kos nak g ambil data lapangan etc. Tu blm masuk kos kesilapan print out bahan. sakit owh
oh saya lupa nak sebut, ini adalah pandangan peribadi dari pelajar sarjana APIUM. utk pelajar dari akademi lain pasti punya pandangan tersendiri. Terima kasih.
IG: ulyaazhari.
Aku tak kata U lain tak berkualiti ye, cuma ada sebab kenapa UM boleh jadi Top U kt Malaysia dan baru2 ni dpt ranking ke 59 kt dunia. Apa yg aku nak tekankan, "Pilih U yg tepat utk belajar master, salah pilih U, maka kehendak kita takkan dpt dipenuhi". U lain pun hebat juga okay.
Bila dh masuk dunia sarjana, maksudnya kau dah bina dunia kau sendiri. Tak ada dah nk g kelas sama dgn kawan, g study sama dgn kawan. TAK. You are alone. Kalau kau jenis melekat dgn kawan, besar kemungkinan kau akan terikut dgn golongan yg stop belajar tadi. Dalaman kena kuat!
Mula2 masuk UM dulu aku dah kena psycho dgn dak2 degree sbb dorg punya FYP dah mcm tesis master 😂😂😂😂 Aku rasa aku bodoh gila nak mampos bila bergaul dgn dak degree. Pelajar degree UM faham la apa yg aku sampaikan ni, ada juga yg tesisnya RIP😅 nasib baik guru kt UM byk bantu
Aku doakan agar sahabat2 aku yg stop belajar master PHD dibukakan jalan utk teruskan perjuangan. Jujur aku sedih bila aku sorang je CD tempoh hari. Tak mcm PD, ada kawan2 lain PD sekali. Rasa alone gila. Aku ni dah la jenis sosial. Ya Allah, mudahkan urusan mereka, aamiin. 😱
You can follow @azhari_ulya.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: