Dear You, for many years I have been using Suatu Pernah as my caller ringtone but yesterday, I decided to unsubscribe and I have deleted your number. Now read this. Tidak kira dalam konteks ape sekalipun kau bercakap, aku nak kau tau satu, rogol itu pilihan pelaku dan
bukan pilihan mangsa. Tidak kira dia pelacur, penari bogel, pakai filter butterfly, tayang badan sekalipun. Kau tahu kenapa? Sebab 99.99% kes yang aku handle mangsanya bertudung litup dari zaman friendster sampai ke zaman sekarang. Aurat dijaga, sosial media terkawal, ibu bapa
sangat menjaga batas agama. Tapi mereka tetap di rogol. Dan kau tahu tak berapa ramai anak-anak yang tak faham apa-apa tentang dunia telah menjadi mangsa rogol bapak sendiri, atok sendiri, pakcik sendiri? Jiran dan sedara? Ini kau nak salahkan sistem apa?
Jangan bercakap macam Tuhan. Jangan guna Isalam sebagai perisai untuk tutup kekhilafan bicara kau yang tersasar. Perempuan bukan tempat melempias nafsu dan Isteri bukan hamba seks suami yang gersang di luar dan Kau tak ada hak menghakimi mereka yang pakai filter. Kau explain pun
tergagap pasal connection filter dengan rogol masa kau live dengan caprice. Kau tau perkataan dan percakapan kau trigger berapa ramai mangsa rogol yang aku jaga dan bantu dan cuba selamatkan emosi mereka bertahun-tahun? Kau cakap pasal Islam tapi kau lupa Islam juga kata
Cakap yang baik-baik atau diam. Kau nak educate tentang rogol now jawab soalan aku kalau umur mangsa 17 tahun sedang tidur di rumah pakcik, dirogol oleh abang sepupu yang kemudian bawa kawan kekahkan dia, itu filter aplikasi mana yang dorong? Make up mana yang semarakkan syahwat?
Mangsa hanya gadis biasa, yang sedang membesar struggling dengan masalah kulit berjerawat berminyak tak mampu beli pencuci muka sekalipun. Worst, zaman kejadian ni handphone pun masih nokia 3310 Salah dia juga sebab kena rogol? Macam mana pula dengan lelaki yang kena rogol dan
liwat? Yang aku fight kes mereka di mahkamah dan tengok mangsa rogol “lelaki” menangis tersedu. Itu salah siapa?
Rogol adalah rogol walaupun dalam situasi berbeza contohnya; Remaja bercinta sesama remaja bawah umur walaupun gembira dan rela tetap ROGOL. Tak kisah dia pakai tudung litup atau pakai seksi. Tetap ROGOL. Tak kisah dia menari tiktok ke tak tetap ROGOL.
Tak kisah kalau perempuan tu kaki minum, pemabuk, angkat barang tak sedar diri, khayal, dan tidak kata “tak nak” sebab tak sedarkan diri masa kejadian, ianya tetap ROGOL.
Suami isteri juga kalau dipaksa dan dicederakan,tetap ROGOL! “Husband causing hurt in order to have sexual intercourse s. 375A. penal code : Any man who during the subsistence of a valid marriage causes hurt or fear of death or hurt to his wife or any other person in order to
have sexual intercourse with his wife shall be punished with imprisonment for a term which may extend to five years.”
Tolong. Diam atau cakap yang baik-baik aja. Aku terpaksa tulis ni sebab mangsa rogol yang aku jaga ramai menangis rasa sakit dengan apa kau cakap. Kau diam jelah. Dakwah dan jihadlah benda lain yang tak melukakan manusia lain.
Ade yang tak faham perkataan handle tu aku guna bukan sahaja masa jadi dpp tapi dari zaman 2008 sehingga harini di bawah NGO aku. Kau buatlah statistik kau sendiri. Tak puas hati pulak dengan aku punya statistik. 🙄
Gigih ya tentera FJ buat akaun baru nak backup. Style aku simple. Kau merapu aku block. I dont have time to entertain nonsense. Kau dan tentera kau boleh tengok balik lah wall masing-masing yang penuh video lucah yang di retweet. Sick people!
You can follow @minmdnor.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: