Aku teringat balik masa family aku bantu mangsa rogol sampai melahirkan anak. Mak aku terjumpa sorang gadis ni, cantik orangnya tapi tengah bercelaru kerana dibuang keluarga kerana pregnant anak luar nikah. So my mom pun menawarkan diri untuk membantu. Orangnya cantik sangat.
Mak aku sediakan tempat tinggal untuk dia, makan minun dan segala perbelanjaan mak aku tanggung. Orangnya sering bersendirian, kadang2 tu dia menangis sendiri. Kadang2 tu aku temankan mak aku untuk hantar batang dapur. Dari situ la aku boleh nampak muka dia.
Bila dia nampak lelaki dia takut sambil menjerit2 dan menangis. Aku yang masa tu nampak paling cool terus berlari keluar rumah dengan gelabahnya sebab aku pun takut bila tengok perempuan macam tu.
Mak aku jaga dia dengan baik, mak aku selalu nasihat dia supaya terus tabah. "Anak dalam kandungan tak bersalah tapi dia akan bersalah kalau apa2 kan bayi dalam kandungan tu." mak aku tak pernah tanya kenapa jadi macam tu sebab tak nak dia rasa bercelaru lagi.
Tiap kali hantar barang dapur aku takkan masuk kedalam rumah tu. Aku pulak yang trauma semenjak dia menjerit bila nampak lelaki. Dia punya jerit tu bukan macam jumpa artis tau tapi macam jumpa sonething yang dia rasa macam nak tikam dengan pisau sampai mati.
Mak aku jugak cakap kat aku, kita tak tahu apa yang orang lain lalui jadi jangan judge orang dengan sewenangnya. Kesian aku tengok gadis tu. Btw aku lupa, gadis tu 17yrs old. Yes dia sepatutnya amik SPM masa tu tapi hidup dia dah jadi macam tu.
Korang bayangkan hidupnya yang masih muda sepatutnya ceria, gembira dan sepatutnya ada memori yang indah2 bersama keluarga dan kawan2 hilang akibat jadi mangsa rogol. Hidup sendirian dan berkurung kerana takut.
Selama pregnant sampai la dia melahirkan anak. Mak aku sentiasa ada dengan dia. Dia panggil mak aku dengan panggilan nenek. Aku dia panggil pakcik. Terasa tua jugak la aku. Alhamdulillah semuanya selamat dan anak itu diambil oleh keluarga angkat.
Oneday aku dapat tahu yang gadis tu mangsa rogol masa balik dari kelas tuisyen. Masa kejadian tu dia takut nak cerita kat sesiapa sehinggalah dia disahkan pregnant. Dah la kena rogol, pregnant dan dibuang family. Betapa beratnya perjalanan hidup dia.
Aku harap dia bahagia, pandai jaga diri dan berjaya dalam hidup dia. Kalau jumpa mangsa rogol ni tolong bagi moral support atau apa2 bantuan sebab mereka perlukan sokongan dari kita. Kalau boleh hantarkan ke tempat jagaan yang selamat.
I didnt expect this thread will blown up. Aku bukan nak cakap yang family aku ni baik tapi pasal mangsa rogol ni, jangan blame mangsa rogol sepenuhnya. Setiap orang lain jalan ceritanya. Diorang memang perlukan sokongan untuk membina dan meneruskan hidup mereka
Selain itu kes membuang dan membunuh bayi bayi mungkin dapat diselamatkan. Fikiran diorang bercelaru. Diorang tak tahu nak buat apa2 sendiri. Tekanan yang diorang hadapi berat sangat. Dan yang paling utama, hukuman untuk perogol perlu dikaji semula.
You can follow @mus__twt.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: