Untuk 'rape apologist' yang mengunakan 'aurat' ataupun 'pakaian' sebagai 'sebab kenapa kes rogol berlaku/boleh di sekat.'

Isu penting- 76.16% daripada mangsa kes bawah umur 18 tahun. ~86-91% mangsa mengenali suspek.

- Amaran / Trigger Warning
Ini adalah statistik ringkas yang menunjukkan profil mangsa rogol di Malaysia

Tahun: 2010-2018
Jumlah Kes Dilaporkan:~19,880.
Anggaran Populasi: ~29.70j
Profil Umur Mangsa Rogol Di Malaysia (2010-2018)

Bawah 6 Tahun: 115 (0.58%)
6-9 Tahun: 205 (1.03%)
10-12 Tahun: 640 (3.28%)
13-15 Tahun: 9,167 (46.11%)
16-18 Tahun: 5,013 (25.22%)
Atas 18 Tahun: 4,756 (23.90%)

Jumlah mangsa bawah 18 tahun = ~76.16%.
Profil Bangsa Mangsa Rogol (2010-2018)

Melayu: 74.45%
Cina: 6.25%
India: 3.78%
Bumiputera Sabah & Sarawak; Orang Asli: 11.3%
DLL: 4.22%
Statistik Berkenaan dengan Suspek Kes (2014-2019)

~91%: Mangsa mengenali suspek (Teman lelaki; Ahli Keluarga; Kenalan; Kenalan baru).

~9%: Tidak mengenali suspek
Bila 9/10 mangsa mengenali suspek, dan 7.5/10 mangsa berumur 18 tahun kebawah- ini bukan kerana pakaian/aurat.

Statistik ini tak termasuk kes cabul dan gangguan seksual.
Secara mudahnya- korang ni dah kenapa buat anekdot yang tiada signifikan nak salahkan baju/aurat sedangkan 9/10 mangsa kenal suspek dan 7.5/10 mangsa bawah 18 tahun.

Bagi hadam nombor-nombor ni sebelum bagi pendapat tidak masuk akal.
Ini jenis manusia yang;

Nampak arak, haus.
Nampak babi panggang, lapar.
Nampak boba tea walaupun diabetis, pergi jugak beli.

Bila bincang pasal 'consent,' duk kata itu budaya barat. Kemudian tu, budaya kita apa? 9/10 mangsa kenal suspek- dan 75% mangsa bawah 18 tahun?
Tak salah nak suruh kenalan tutup aurat secara tertutup- tapi yang masalahnya ini, nak kata 'pasal baju tu la kamu kena cabul/rogol.'

Hentikan perangai 'Rape apologist' tu. Itu bodoh ya amat nampaknya. Cuba la duduk dengar kes-kes tu, kemudian buat 'due process.'
You can follow @fxwxb.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: