Kedua-duanya benar. Kita balik baca firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, pesanan diberikan kepada lelaki dan wanita.

Kita kena faham beberapa perkara dalam isu peranan ini yang saya lihat sering jadi punca keserabutan.

Kita pertamanya perlu bezakan rogol dan zina. Mula di situ.
Kita kena faham, dalam isu kejadian rogol, pakailah baik macam mana sekalipun, jagalah macam mana sekali pun, tetaplah yang berpotensi jadi mangsa, berpotensi menjadi mangsa.

Kadang perogol ni pula datang dari dalam ahli keluarga sendiri.

Jadi nasihat-nasihat, pesan-pesan...
...bukanlah tak boleh. Tapi sampai satu masa, orang frust juga sebab dah buat macam-macam dah pun.

Dalam kes rogol, kita perlukan ketegasan pemerintah. Kena ada hukuman yang amat keras, setimpal dengan kehilangan maruah, kerosakan psikologi diri, akibat kejadian tersebut.
Sumber-sumber yang 'trigger' tumbuhnya seorang perogol, terutama pornografi, hendaklah dicegah dengan lebih tuntas. Website2, grup2 telegram dan whatsapp lucah, pihak2 yang gunakan gambar orang lain tanpa kebenaran untuk pelempiasan nafsu online, kena ada pantauan lebih ketat.
Selain usaha-usaha jangka panjang oleh masyarakat, dengan didikan terhadap anak-anak agar membesar tak menjadi perogol - yakni didikan agama & moral, penerapan akhlak soleh, adab dan kesantunan, juga pendidikan seks yang sepatutnya agar tahu batasan dan akibat perbuatan.
Saya bukan minta kita berhenti saling nasihat menasihati. Tapi, kadang dah jadi saling salah menyalahkan. Siapa kena buat apa dulu.

Walhal dalam kejadian rogol, mangsa biasanya tak ada pilihan apa sangat. Dan bila dah berlaku, ianya dah berlaku.

Ceramah mangsa takde makna.
Nak ceramah perogol lagi lah takde makna, perogol-perogol ni senang cakap sewel. Kalau dia tak sewel, dia tak rogol orang.

Itu situasi rogol.

Adapun situasi zina, juga situasi abuse yang berada dalam lingkungan zina, yang ini pada saya kita masih bolehlah nak pesan lebih tegas.
Bila kita sendiri tak jaga batas pergaulan, rilek aja boleh ajak perempuan balik rumah, perempuan boleh rilek aja ikut lelaki balik rumah, kemudian berzina, dan kemudian berlaku hal yang kononnya kita tak selesa dengannya.

Itu semua boleh dicegah sedari awal - tak bergaul bebas.
Situasi zina, hookup culture, pergaulan tanpa batas ini perlu dilawan, dan dicegah supaya terselamatlah kita dari bahana buatan sendiri.

Untuk lelaki ke, perempuan ke, Allah pesan sama bab zina ni - Janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya itu perbuatan keji dan seburuk2 jalan.
Sudahlah perbuatan zina itu keji, jalannya pula seburuk-buruk jalan. Penuh dengan pelbagai kemungkinan dan akibat-akibat yang tidak baik.

Keselamatan diri, kestabilan emosi, bahkan kesihatan fizikal, semua terancam dengan zina & boleh mengheret kita ke masalah yg lebih banyak.
Keruntuhan institusi kekeluargaan contohnya. Nasab keturunan. Masalah kepada emosi anak-anak, pendewasaan dan pendidikan mereka. Macam-macam lagi rentetan masalah bila zina dibudayakan, dianggap biasa.

Aktiviti zina juga boleh menjadi pintu mudah kepada kejadian rogol.
Jadi dekat situasi berkait zina, suka sama suka, sepatutnya tidak ada mangsa.

Dia macam kita sengaja pergi terjun dalam gaung nak cuba dalam atau tidak, atau saja2 masuk kandang harimau nak tengok kut-kut dia jinak atau tidak.

Mati jatuh atau kena baham, adakah anda mangsa?
Hal ini yang saya tegur dalam tweet 'perompak' tempoh hari. Tweet tu tak sesuailah untuk situasi kejadian rogol/abuse di luar lingkungan zina culture, hookup culture.

Saya tulis tweet tu sebab, seorang pelukis komik, Vien, menyindir bahawa kita asyik tegur perempuan...
...jangan ikut lelaki balik rumah, tapi dah macam okay pulak(seakan diterima oleh masyarakat) jika lelaki ajak perempuan balik rumah.

Walhal, kedua-dua tindakan amat dikritik. Lelaki ajak perempuan bukan mahram balik rumah ni, masyarakat kita normalnya takkan terima.
Demikianlah perempuan ikut lelaki bukan mahram balik rumah.

Sudah pastilah dia akan terdedah kepada kemungkinan-kemungkinan yg membahayakan dirinya.

Malangnya bila kita nasihat, lawan budaya hookup culture, ikhtilat melampau, zina culture ni, kita dikatakan: "Ada consent takpe"
Kita dikatakan busy body, kita dikatakan menghalang kebebasan, mengongkong hak kemanusiaan, menceroboh privasi.

Tapi bila sesuatu buruk berlaku hasil dari zina culture tu, kita ulang teguran kita, tiba-tiba kita disebut: Victim blaming, rapist enabler, promoting rape culture dll
Walhal jauh sangat kita ni nak sokong perogol. Zina pun kita tak sokong, takkan nak sokong orang rogol orang? Fikirlah baik-baik.

Yang jadi isu ini berbelit-belit sebab campuran aliran fikiran yang membincangkannya. Sebab ada aja aliran yang pro zina culture...
...tapi bila perkara buruk berlaku, zina bertukar jadi perogolan, dia mula bincang isu itu sama seperti dia bincang isu perogol merogol orang yg dah pakai elok2 dan sehabis usaha menjaga diri.

Dah tentu-tentu tak sama.
Tapi golongan ni tak rasa begitu.
Masuk pulak golongan yang ekstrim, atas alasan 'jaga perempuan', dikatanya perempuan mesti ditindas, mesti dipasung dalam rumah sahaja.

Maka perbincangan dah jadi tak harmoni, tak sihat. Mula tuduh menuduh, serang menyerang, seret maki hamun, nak cancel sana cancel sini.
Akhirnya, masalah pokok tak selesai.

Perogol terus merogol, yang dah ada kes abuse/sexual harrasment berjela-jela senyap2 namanya hilang dan tak kena apa-apa hukuman, dan wanita terus jadi objek seks melalui zina culture, pornografi, grup2 lucah.

Ini paling sedih sebenarnya.
Kita patut rehat kejap dari bergaduh online, berhenti salah menyalah, dan fokus kepada akar masalah.

Rungkaikan belitan2 isu, fokus apa yang kita mampu usaha.

Apa tindakan jangka pendek,
apa tindakan jangka panjang,
apa langkah 1, 2, 3 kita untuk masa hadapan yang lebih baik.
Mungkin kalau kita masing-masing mulakan hal ini, kita akan ada impak lebih baik buat semua.

Sekadar lontaran pandangan.
Itu je lah saya mampu pun setakat ni.

Hal-hal ini banyak saya bergantung kepada @akhifairuz_ . Saya support dia sepenuh hati dalam usaha2 berkait hal ini.
Sekian.
Terima kasih kepada yang sudi baca.
You can follow @HilalAsyraf.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: