Jadi macam yang dijanjikan semalam, harini saya nak kongsikan tentang penggunaan falasi yang sering digunakan ketika berdebat.

Kalau berdebat di media sosial, penggunaan falasi adalah terlalu banyak, jadi harini saya akan menghuraikan falasi yang sering digunakan bersama contoh.
Takrifan hujah dan falasi :

Hujah biasanya digunakan untuk memperteguhkan sokongan dan juga menerangkan. Hujah secara kritis ini akan melibatkan prinsip, fakta dan bukti.

Falasi pula adalah suatu hujah yang lemah, tidak boleh diterima atau mengandungi kesalahan logik.
Kalau kita menyertai pertandingan debat, kita hanya akan mengulas tentang topik yang dibentangkan dan cuba untuk tidak terkeluar daripada topik. Siapa yang lari dari topik mungkin akan ditolah markah.

Jadi disebabkan itu, kita akan menggunakan hujah berbanding falasi
Antara falasi yang akan saya bincang adalah

1. Falasi Ad Hominem

2. Falasi Hering Merah

3. Falasi orang jerami

4. Falasi ‘rujuk pihak lebih berkelayakan’

5. Falasi hitam putih (biasanya dikaitkan dengan binary thinking)

6. Falasi melarikan tiang gol
1. Falasi Ad Hominem

Berlaku apabila kita menyerang peribadi sesorang dan bukan hujahnya.

Contoh :
A : “Islam ajar lelaki dan perempuan untuk menundukkan pandangan”

B : “what about the time kau pergi usha anak cikgu tu, ada hati nak cakap pasal tundukkan pandangan konon”
Ad Hominem(AH) terjadi bila B attack peribadi A

AH merupakan taktik paling senang untuk memenangi perdebatan.
Bagaimanapun, falasi ini hanya mencipta ilusi seolah-oleh perbincangan sudah tamat kerana pintu perbincangan itu sudah tutup tanpa sebarang perbincangan dibernarkan.
Disini, kita juga boleh melihat B menggunakan frasa “what about” yang sering dikaitkan dengan whataboutism.

Whataboutism merupakan salah satu propaganda Soviet Union dalam perang dingin. Apabila dikritik, pemimpin-pemimpin soviet akan balas dengan “what about US yang......”
2. Falasi hering merah

Digunakan untuk mengalihkan audiens daripada perbincangan topik asal

A : “Islam mengajak kita berkahwin untuk mengurangkan isu zina (premarital sex)

B : “what about marital rape (rogol dalam perkahwinan)?”

B disini juga menggunakan whataboutism.
Ternyata B tidak mampu untuk untuk mematahkan hujah A dan cuba beralih topik tanpa meneruskan perbincangan tentang “Perkahwinan mengurangkan isu zina” kepada isu “marital rape”

Secara tidak langsung B sudah terkeluar dari topik perbincangan (kalau debat, dah kene tolak markah)
3. Falasi orang jerami

Merujuk kepada apabila sesuatu isu itu gagal difahami dengan isu yang gagal difahami itu dijadikan sebagai perbincangan dengan kadar berlebih-lebihan
Contoh :
A : “berdasarkan kajian daripada universiti X, pakaian yang menutup aurat dan sopan dapat mengurangkan kadar gangguan seksual”

B : “lepastu kau nak suruh semua orang pakai pakai tudung hitam dengan jubah hitam saiz XXXL? Sukahati akulah nak pakai apa yang aku nak”
B gagal memahami isu utama iaitu “Pakaian yang menutup aurat dan sopan dapat mengurangkan kadar gangguan seksual” dan memfokuskan kepada isu memakai jubah hitam saiz XXXL sedangkan berpakaian sopan tidak semestinya memakai jubah
4. Falasi “rujuk pihak lebih berkelayakan”

Merupakan taktik untuk mengalihkan perbincangan dengan memetik orang yang kononnya lebih berkelayakan padahal tidak.
Contoh :

Tajuk : Paracetamol baik untuk kesihatan.

A : “Betul tu! Aku kerja dekat klinik jadi aku rasa paracetamol tak elok untuk kita”

Berkerja di klinik tidak menambah sebarang nilai dalam hujah A. Untuk menyatakan sedemikian, A perlulah mengemukakan kajian
Jika kita lihat di sini, A ada menggunakan perkataan “rasa”. Ketika berhujah, “rasa” tidak boleh digunakan kerana ia adalah assumption dan bukan fakta.

Kalau semua orang nak berhujah menggunakan “rasa”, memang susah sebab “rasa” lebih kepada personal opinon yang confirm bias.
5. Falasi hitam putih

Ia dinamakan hitam putih kerana terdapat dua jawapan sahaja dan tidak ada “gray area” untuk seseorang memberi jawapan.

Falasi ini juga dikaitkan dengan binary thinking iaitu pemikiran yang hanya memberi dua jawapan seperti :

Betul/Salah
Setuju/Bangkang
Contoh

A : “Orang yang gila seks dan horny
(read : animal) ni tak boleh di educate dah, otak dorang dah tak betul, kita yang kene jaga diri kita sebab animals will always be animals”

B : “Oh kiranya kau ni menyokong orang gila seks ni merogol orang la?” (Rapist enabler)
A disini menyatakan bahawa kita perlu menjaga diri dari dirogol, dan tidak pernah menyatakan dirinya bersetuju dengan perogol tetapi B telah menggunakan falasi hitam putih dan terus mengecop A seorang rapist enabler.
6. Falasi tiang gol

Berlaku apabila hujah seseorang itu sudah hampir dipatahkan namun dia beralih ke topik yang lain
Contoh :

A : “Android lebih mesra pengguna berbanding iPhone”

B : “Berdasarkan kajian dari syarikat X, ia menyatakan bahawa iPhone lagi mesra pengguna berbanding android”

A : “Tapi android lagi murah!”
Kita boleh nampak, Hujah A berjaya dipatahkan akan tetapi A dengan egonya tidak mahu mengaku akan kebenaran yang memedihkan itu. Setelah mengaku, barulah A boleh beralih ke topik yang lain.
Sekian, maka tamatlah thread saya pada kali ini, moga ianya memberi manfaat kepada setiap yang membaca.
Sumber :

Alegori Rumah Api (Mat Luthfi)
Youtube - Strawman fellacy example
Internet : https://iluminasi.com/bm/6-teknik-berhujah-di-media-sosial-yang-tidak-patut-kita-amalkan.html
You can follow @FirdausZXZ.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: