Disebabkan waktu sekarang jam 1:40AM, orang takda sangat, so aku tweet juga.

1) Isu Fynn Jamal - Dia pernah ditegur mufti dan para alim disebabkan bicara dia tidak melambangkan keperibadian Islam yang dituntut dan celuparnya. Dia lowkey lepastu, dan sekarang dia buat balik
2) Berkenaan aurat - aurat ni sudah dibahas dari tahun ke tahun. Takkan pernah habis. Perihal aurat ni kita sudah sedia maklum yang ianya perlu dijaga. Tak kira laki atau wanita. Tetapi jika ada yang alpa, bukanlah jadi satu cara untuk kita marah dan sexualize orang
Tidak boleh kita harrass orang dan sebagainya. Dalam undang undang juga telah termaktub bahawa segala perilaku sexual harrassment, boleh dirujuk dan dilaporkan kepada polis. Tiada alasan untuk sesiapa sahaja untuk berbuat benda terkutuk kepada kita, without our consent
3) Isu rogol - Tidak kira sesiapa yang menjadi mangsa, ianya jatuh 100% kepada si perogol. Tidak ada kesalahan kepada mangsa. Hanya perogol sahaja berani bertindak sedemikian demi melempiaskan nafsu.

Amatlah tidak wajar menyalahkan individu (mangsa), kerana pemakaian
Tidak kah kamu kamu semua ni baca kes kes yang terjadi? Mangsa ada dalam kalangan wanita, lelaki, orang tua, bayi, bertutup litup, orang biasa, dan seumpama? Jadi, perogol adalah 100% membawa beban kesalahannya di atas bahunya, bukan salah sesiapa. 😡
Kesimpulan:
Kita perlu ada empathy dalam diri dan hormat kepada sesiapa sahaja. Jika tidak, perbuatan buruk yang iringi kita dan tingkah laku kita datang dari hati yang kotor. Terima kasih dan selamat malam.
You can follow @pudseposen.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: