SAINS DI SEBALIK SEKSUALITI ANDA

Adakah seseorang boleh pilih untuk menjadi straight? Gay? Lesbian? Transgender? Atau mungkin ada faktor dari segi biologi yang menyebabkan kita sexually attracted terhadap sesuatu jantina?

(Ini adalah bebenang)
Sebelum itu, mari kita lihat apakah dia perbezaan dari segi genetik lelaki dan perempuan. Jantina biologi sesoerang ditentukan semasa proses pesenyawaan; jika sperma daripada ayah mengandungi Y kromosom, jantina biologi bayi tersebut adalah lelaki, jika X kromosom, perempuan.
Pada minggu ke 6-12, organ seks lelaki / perempuan mula terbentuk berdasarkan kromosom yang dimiliki oleh fetus tersebut.Dan bermula second half of pregnancy, otak fetus tersebut mula berkembang berdasarkan level hormon testosterone. Jika levelnya tinggi, ia akan menghasilkan-
-male-typical behaviour di mana as a child, kanak-kanak tersebut akan lebih suka bermain dengan permainan seperti kereta, make less eye contact, manakala jika levelnya rendah, ia akan menghasilkan female-typical behaviour seperti bermain dgn anak patung, make more eye contact.
Dalam period second half of pregnancy inilah yang membentuk 'gender identity' seseorang, iaitu perasaan yang membuatkan seseorang merasakan dirinya lelaki atau perempuan. Dan oleh kerana organ seks dan otak berkembang pada waktu berlainan, kecelaruan boleh berlaku antara 2 ini.
Hal inilah yg boleh membuatkan seseorang merasakan dirinya adalah perempuan walaupun dia memiliki organ seks lelaki dan vice versa.

Ambil kisah John-Joan-John sebagai contoh. Pada tahun 1965, John dilahirkan sebagai seorang bayi lelaki yang sihat.
Namun, pada usia 8 bulan, berlaku kemalangan ketika John dikhatankan dimana zakarnya telah cacat. John Money, seorang psikologis yang percaya bahawa gender identiti ditentukan oleh persekitaran semata-mata menasihatkan ibu bapa John untuk membuat pembedahan untuk mengubah John-
-menjadi perempuan. Lalu zakar dan testis John dibuang dan dia dibesarkan sebagai seorang perempuan, Joan. Namun, biarpun Joan dipakaikan pakaian perempuan, diberi permainan perempuan, ia masih tidak dapat mengubah gender identiti Joan yang merasakan dirinya adalah lelaki.
Akhirnya, Joan ditukarkan semula menjadi lelaki melalui pembedahan pada usia 15 tahun. Dan setelah bertahun-tahun menghadapi kemurungan, beliau akhirnya membunuh diri.

Hal ini menunjukkan identiti gender seseorang adalah sesuatu yang intrinsik dan tidak dapat diubah. John yang-
telah dibuang zakarnya sejak kecil dan dibesarkan menjadi perempuan pun tidak dapat menyangkal gender identiti sebenarnya iaitu lelaki. Hal inilah yang dialami oleh transgender, mereka merasakan gender identiti mereka tidak sepadan dengan organ seks yang mereka miliki.
Dan gender identiti anda ditentukan oleh level testosterone semasa kamu dalam rahim ibu lagi! Jadi untuk kata seseorang itu - seperti Sajat- "memilih" untuk menjadi perempuan adalah tidak tepat sekali dari sudut sains!
Dari sudut homoseksualiti pula, terdapat banyak persamaan dari segi otak lelaki homoseksual (Homo M)dan juga wanita heteroseksual (Hetero F), begitu juga terdapat persamaan antara lelaki heteroseksual (Hetero M) dan perempuan homoseksual (Homo F).
Dalam kajian yang dijalankan oleh Ivanka Slavic pada tahun 2008 di mana beliau telah mengimbas otak 50 orang lelaki dan perempuan hetero dan 40 lelaki dan perempuan homo, beliau mendapati bahawa kedua-dua otak Homo M dan Hetero F adalah simetrikal, manakala otak Hetero M-
-dan Homo F adalah lebih besar di bahagian hemisfera otak sebelah kanan.

Dari segi neural connections pula, didapati bahawa amygdala Homo M dan Hetero F bersambung ke bahagian yang berkait dengan fear dan anxiety, manakala amygdala bgi Hetero M dan Homo F bersambung ke bhgian-
-yang berkait dengan aggression.

Connection antara amygdala Hetero F dan Homo M dengan bahagian fear dan anxiety juga bertepatan dengan data yang menunjukkan perempuan dan lelaki homoseksual mempunyai risiko kemurungan yang lebih tinggi.
Tambahan lagi, kimia yang dihasilkan daripada testosteron iaitu AND yang terdapat dalam peluh lelaki apabila dibau oleh Homo M mengaktifkan bahagian otak yang berkaitan dengan sexual behaviour, iaitu anterior hypothalamus. Bahagian otak yang sama turut aktif dalam wanita hetero .
Manakala, bagi lelaki hetero dan perempuan homo, bahagian otak tersebut tidak aktif.

Dalam masa yang sama, EST iaitu kimia yang terhasil daripada ostrogen yang terdapat dalam urin wanita mengaktifkan bahagian tersebut dalam otak mereka.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat neural basis bagi orientasi seksual dan gender identiti seseorang. Berbeza dengan kepercayaan majoriti bahawa semua orang dilahirkan ibarat kain putih atau 'blank slate', sains telah menunjukkan bahawa banyak aspek kehidupan yang telah
-ditentukan sejak dari kita dalam rahim ibu lagi. Jadi ianya adalah tidak adil untuk kita mendiskriminasi atau membenci seseorang atas faktor seksualiti mereka yang bukan pilihan mereka.
Biarpun kamu tidak setuju dengan mereka atas faktor agama atau moral, bukankah ianya lebih baik untuk kita treat each other with kindness and respect?
Sekian sahaja thread untuk kali ini. Thread ini adalah hasil nukilan kurator kita pada minggu ini: @mnalhakim . Jika anda berminat untuk mempelajari lebih banyak mengenai neurosains dan psikologi perlakuan manusia, dipersilakan utk follow 😁😁😁
You can follow @tweetsains.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: