hi Fynn Jamal, saya Minhalina. Hampir 18 tahun peristiwa hitam ini terjadi tapi masih segar dalam ingatan. Saya adalah seorang mangsa sexual grooming seawal usia 6 tahun — pelakunya adalah pakcik saya sendiri, seseorang yang dibolehkan menjadi wali menggantikan ayah saya. https://twitter.com/zahirahhusna/status/1276341062072561664
Ketika itu, saya masih dalam tadika dan setiap hari pakcik saya ditugaskan untuk ambil saya dan bawa pulang ke rumah. Tahu tak, tak pernah sekali pun saya rasa seronok nak balik rumah. ‘Cikgu, saya sakit perut.’ — alasan yang saya beri, hanya kerana saya taknak balik ke rumah.
Jangan bagitahu mama tau, nanti taknak kawan.’
‘Okay tolong dulu urut ni baru boleh main computer.’
‘Jangan bagitahu ayah nanti dia marah. Taknakkan kena babap?’
Pakcik, 20 tahun, Minhalina, 6 tahun.
‘Okay tolong dulu urut ni baru boleh main computer.’
‘Jangan bagitahu ayah nanti dia marah. Taknakkan kena babap?’
Pakcik, 20 tahun, Minhalina, 6 tahun.
Mama dapat tahu bila saya mengadu saya sakit dibahagian kemaluan. Bila mama bawa saya ke klinik, barulah saya beritahu Dr yang merawat apa yang jadi, not knowing what it was. Terima kasih Dr Rosli.
Pakcik hanya terima ‘nasihat’, dan akhirnya dia pindah keluar dari rumah.
Pakcik hanya terima ‘nasihat’, dan akhirnya dia pindah keluar dari rumah.
Sekarang, pakcik dah berkahwin dan sudahpun ada 4 orang anak. 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Setiap kali raya, saya kena jumpa dan tegur dia macam biasa dan berpura-pura macam saya masih Minhalina berumur 6 tahun, yang tidak tahu apa apa.
Betul Fynn Jamal, waktu saya umur 6 tahun tu, saya mengaku memang saya belum bertudung dan mungkin juga faktor perangai saya yang kebudak-budakkan sewaktu itu yang ‘trigger’ pakcik saya untuk berbuat sedemikian.
Mungkin memang salah saya.
Mungkin memang salah saya.
hi @IdzharNina niat saya bercerita hanyalah untuk dengan satu tujuan — advokasi. Jika anda tidak pernah lalui situasi sebegini, maka elakkan daripada berkata apa apa. Mangsa jenayah seksual berhak untuk berkongsi cerita mereka jika mereka mahu. https://twitter.com/idzharnina/status/1276764303887003649?s=21 https://twitter.com/idzharnina/status/1276764303887003649