Ini bukan scam la. Ini namanya kahwin/tut/grafting. Pernah tengok pokok kertas tapi ada banyak warna?

Sebenarnya pokok kertas tu hasilkan satu warna sahaja, tapi dengan dihiris pucuk dari bunga kertas yang warna lain dan dicantumkan https://twitter.com/ayienyei/status/1275423338655956992
Sebab tu ada plastik. Gunanya plastik tu untuk wrapping cantuman tu supaya sampai tisu kulit pokok tu bersambung dari pucuk ke pokok asal.

Teknik ni banyak digunakan dengan pokok bunga dan pokok buah
Contoh lain, pokok durian. Kenapa ada orang panggil durian kahwin? Mana datang kahwin tu?

Dari teknik ni la. Dari pokok asal pokok durian kampung dipanggil pokok penanti, disambung dengan pucuk dari musang king. Buahnya menghasilkan buah musang king
Bila dia kata nursery tu gam je maknanya cantuman berjaya. Sebab tisu kedua² dah bersambung.

Orang yang buat sangat seni. Tangan kena steady, pisau kena tajam.
Kebaikan teknik ni pucuk/scion tu mengekalkan “identiti” dia. Walaupun tumpang pokok penanti dari jenis lain, pucuk tu tetap ikut asal dia.
Ini pun salah satu teknik kahwin/tut. Esok lusa kalau balik kampung nampak depan rumah ada plastik bungkus melekat dekat pokok macam ni jangan kalut fikir keluarga kena santau ya
Kalau dekat kampung ada pokok buah tapi jenis pokok buah baka biasa. Jangan tebang dan tanam baru!

Penat atuk nenek dulu tanam pokok dari biji. Cari pucuk baka buah yang baik

Lepas tu minta khidmat nasihat dari pakar kahwin, Qadi pokok.
https://www.hmetro.com.my/node/201986/amp 
Siapa ada dusun buah tu jangan lupa ajak bila ada majlis kahwin. Nak jadi saksi. Dapat seulas dua sebagai pengeras ok je sah 🤧
Macam pokok bunga kertas yang banyak warna, dari satu penanti ke banyak scion yang dikahwin.

Yang paling dahsyat persandingan adalah dari pokok penanti yng banyak menjadi satu batang pokok!

Sebaran akar lebih luas. Entah baja pun kena lebih banyak

Teknik kaki ganda
Minta sebarkan Rt macam sebar fitnah ya. Petani pun kena teruskan survive 😬 https://twitter.com/SolihinYasin/status/1271452717320265728?s=19
You can follow @SolihinYasin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: