KNIGHTS TEMPLAR - INSTITUSI PERBANKAN PERTAMA DUNIA?

Sebut saja nama Templar, pasti terpacul dalam minda penglibatan mereka dalam Perang Salib. Tetapi tahukah anda, mereka juga merupakan pengasas institusi bank pertama dunia?

#BebenangMA
Templar ditubuhkan tidak lama selepas Baitulmaqdis jatuh ke tangan tentera Salib pada tahun 1099. Tugas mereka mudah iaitu mengawal keselamatan para jemaah Kristian yang berangkat ke Baitulmaqdis ketika itu.
Kebanyakan para jemaah ini berjalan jauh dari Eropah dan salah satu dilema dihadapi mereka ialah keupayaan untuk membeli makanan, membayar sewa pengangkutan dan tempat penginapan.
Mereka boleh saja membawa sejumlah besar wang semasa perjalanan. Tetapi kaedah itu dirasakan tidak selamat kerana wang perjalanan boleh saja hilang akibat bencana alam atau dirompak kumpulan penyamun.
Satu solusi bagi mana-mana jemaah yang menuju ke Baitulmaqdis ialah meninggalkan wang mereka di tempat yang dikawal Templar seperti Gereja Temple di London. Selepas menyimpan wang di situ, mereka diberi sehelai surat kredit dan ia boleh digunakan sebagai bukti pengambilan wang.
Untuk memastikan surat kredit yang dikeluarkan itu benar-benar sahih dan tidak boleh dipalsukan, mereka turut menghasilkan kod rahsia yang hanya boleh dibaca ahli Templar semasa urusan pengeluaran wang berjalan.
Tetapi untuk menggelar mereka institusi pertama yang menggunakan kaedah ini dianggap berlebihan. Hakikatnya semasa Dinasti Tang di China, mereka turut mengeluarkan sejenis dokumen yang dipanggil feiquan.
Dokumen ini membenarkan para pedagang menyimpan hasil keuntungan perniagaan mereka di pejabat wilayah dan ia boleh dituntut semula bila pedagang-pedagang ini berada di ibu negara.
Berbeza dengan Templar, sistem feiquan ini dikendalikan oleh pihak kerajaan. Sementara mereka ini pula lebih kepada bank swasta yang dimiliki oleh Paus, membentuk pakatan dgn pemerintah 7 kerabat diraja Eropah serta dikendalikan oleh pahlawan2 yang bersumpah untuk hdp sederhana.
Selain menguruskan pemindahan wang jarak jauh, mereka turut bertindak sebagai broker bagi pemerintah atau pembesar Eropah. Misalnya pada abad ke-13, Raja Henry III England meminta bantuan Templar sebagai broker jualan Pulau Oleron yang terletak di barat daya Bordeaux.
Bagi menjayakan pembelian, baginda membayar 200 paun setahun untuk tempoh lima tahun kepada pihak Templar. Apabila tempoh pembayaran tamat & bayaran telah dilunaskan, pulau tersebut diserahkan kepada orang-orang Henry III dengan pihak Templar membayar duit jualan kepada penjual.
Pada sesetengah masa, mereka juga menjadi tukang pajak gadai kpd golongan berkuasa di Eropah. Semasa pemerintahan Raja John (adinda Raja Richard the Lionheart), baginda terpaksa meminta bantuan Templar menyimpan brg berharga termasuk mahkota bertatahkan berlian di Gereja Temple
Mereka juga kadangkala diberi tugas subkontrak oleh sesetengah kerajaan di Eropah untuk menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan mereka. Misalnya, mereka diberi subkontrak menguruskan perbendaharaan Perancis selama seabad.
Jika ada yang ingin tahu bagaimana gereja boleh membiayai gerakan Perang Salib ini, satu cara yang digunakan mereka ialah dengan mengenakan cukai salib. Cukai ini dikenakan oleh gereja-gereja di England, Perancis, Hungary, sebahagian kawasan di Sepanyol dan Itali.
Templar juga yang bertindak sebagai pengutip cukai ini sebelum disalurkan untuk mengembangkan lagi operasi kewangan mereka.
Disebabkan status mereka sebagai orang kepercayaan Paus, tiada sebarang polisi khas terhadap aktiviti Templar di mana mereka boleh bergerak dengan bebas dan diberi pengecualian cukai.
Jadi bagaimana mereka dapat menampung semua ini? Pertamanya, mereka mendapat sokongan ramai penderma dari pelbagai golongan termasuk golongan diraja. Raja Alfonso I dari Aragon misalnya meninggalkan sepertiga dari kerajaannya kepada mereka seperti dinyatakan dalam wasiatnya.
Dan seperti aktiviti crowdsourcing, mereka juga turut menerima derma dari orang ramai dalam bentuk wang, keldai atau sebidang tanah bergantung kepada kemampuan mereka.
Kekuatan kewangan ini membolehkan mereka memiliki banyak tanah di Eropah dan Timur Tengah, mendirikan kubu-kubu dan istana-istana seperti Istana Tomar (Portugal), aktiviti perdagangan antarabangsa & pernah menduduki Cyprus.
Selepas Baitulmaqdis & baki jajahan Salib kembali ke tangan umat Islam, Templar cuba untuk kembali tetapi gagal termasuk dihalau keluar dari Timur Tengah pada abad ke-13 oleh kerajaan Mamluk.
Dan Templar juga berdepan ancaman kewujudan terima kasih kepada konflik Paus Pontiface VIII-Raja Philip IV Perancis. Philip IV enggan membayar hutang negara kepada Templar & melihat ia boleh dilupuskan dengan menghapuskan organisasi tersebut.
Philip IV juga bimbang jika Templar dibiarkan berleluasa, takhta baginda juga akan terancam. Dan sudah pasti, baginda tidak mahu mengalami nasib sama seperti pemerintah Cyprus, Raja Henry II yang disingkirkan Amalric of Tyre.
Atas sebab itulah, baginda menggunakan tuduhan palsu berupa murtad dan menyeleweng ke atas mereka bagi menjustifikasi serangan ke atas Templar pada 13 Oktober 1307. Peristiwa serangan tersebut digelar Friday the 13th
Serangan tersenit turut memaksa pertubuhan Salib lain yang berkecimpung dalam bidang kewangan seperti Order of Saint John menghentikan sebarang bentuk aktiviti perbankan untuk mengelak dari menjadi sasaran pemerintah Eropah yang berdendam dengan mereka.
You can follow @mohdazim45.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: