APAKAH KEBARANGKALIAN ANDA WUJUD DI DUNIA INI?

Dalam thread ini kita akan sama-sama mengkaji sejarah ringkas kewujudan kita, bemula daripada Big Bang sehinggalah terlahirnya diri kita di dunia ini dan melihat betapa bertuahnya kita untuk wujud di dalam dunia ini.

(A thread)
Anda nak tahu tak, sebenarnya kewujudan anda di muka Bumi ini adalah hasil daripada rantaian kejadian demi kejadian yang sangat hampir mustahil untuk berlaku?

Untuk tahu sejauhmana kita bertuah untuk dilahirkan di muka bumi ini, marilah kita kembali
semula pada zaman lampau, iaitu 13.8 billion tahun dahulu, iaitu di mana seluruh alam semesta, termasuk ruang dan juga masa, termampat dalam satu titik yang lebih kecil daripada noktah akhir ayat ini, dalam suatu fenomena yang dinamakan 'singularity'.
Menurut model Big Bang, alam semesta ini telah muncul selepas pengembangan secara tiba-tiba 13.8 billion tahun dahulu. Sehingga kini, saintis masih belum tahu, mengapa dan bagaimana singularity tersebut berkembang secara tiba-tiba. Namun, daripada pengembangan tersebut, terhasil
-daya-daya fizik yang kita ketahui sekarang seperti graviti, elektromagnetism, daya kuat&lemah, termasuklah juga ruangmasa. Ianya adalah suatu fenomena yang menakjubkan bahawa kesemua daya tersebut secara kebetulannya 'just right' untuk menghasilkan alam semesta yang mampu untuk
-menampung hidupan. Sebagai contohnya, jika daya graviti hanya 0.0000000000000000000001 lebih lemah, bintang dan galaksi mungkin tidak akan dapat terbentuk, dan hidupan yang kita ketahui sekarang (termasuklah kita) tidak akan wujud. Alam semesta hanya kosong dan tidak berpenghuni
Ajaib kan kebetulan ini?

Selepas Big Bang, alam semesta kita terus berkembang dan menyejuk dan bintang-bintang mula terbentuk drpd tarikan graviti. Dan kira-kira 4.5 billion tahun dahulu, Matahari mula terbentuk. Partikel dan gas daripada graviti Matahari pula membentuk Bumi.
Namun pada ketika itu, bumi ialah sebiji bola yang sangat panas dan masih belum sesuai untuk sebarang hidupan. Selepas berjuta-juta tahun dan melalui pelbagai proses, permukaan bumi mula menyejuk,atmosfera dan medan magnetik yang melindungi bumi daripada sinaran UV mula terbentuk
Sebahagian besar permukaan bumi mula diliputi air dan keadaan atmosfera bumi mula sesuai untuk hidupan muncul. Suatu lagi perkara yang amat bertuah sekali ialah Bumi terletak di mana ia di zone Goldilocks, iaitu tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat dengan Matahari.
Jika Bumi sedikitpun terlebih dekat dengan Matahari, permukaan air bumi akan menjadi terlalu panas dan akan tersejat menjadi gas, manakala jika Bumi sedikitpun terlebih jauh, permukaan air akan membeku dan hidupan tidak akan dapat untuk muncul.
Seterusnya, perkara yang sangat menakjubkan untuk berlaku ialah kemunculan hidupan yang dianggarkan telah mula muncul seawal 4 billion tahun dahulu. Sehingga kini, saintis masih belum dapat tahu bagaimana daripada penyatuan atom-atom tidak bernyawa seperti-
karbon, hidrogen dan oksigen boleh menghasilkan hidupan yang bernyawa dan organik seperti sel. Terdapat pelbagai teori mengenai kemunculan hidupan di Bumi ini seperti RNA World Hypothesis dan Panspermia,namun satu perkara yang pasti ialah untuk hidupan muncul di bumi, segala-
komponen penting hidupan perlu berada dalam kondisi yang tertentu bagi membolehkan hidupan untuk muncul daripada gabungan atom-atom tersebut. Ianya adalah sesuatu yang bertuah sekali bahawa hidupan dpt muncul di bumi. Jika tidak, Bumi hanyalah sebuah planet yang tidak berpenghuni
Daripada situ, hidupan melalui proses evolusi yang terhasil daripada mutasi rawak dan pemilihan semula jadi (natural selection) -- daripada mikroorganisma bersel tunggal yang mendiami air sehinggalah ke reptilia gergasi yang menguasai daratan.
Sehinggalah 66 juta tahun dahulu, sebuah komet yang besar telah menghentam Bumi lalu menyebabkan 75% hidupan di bumi pupus, lalu memberi peluang untuk haiwan mamalia menggantikan dinosaur. Haiwan ini dahulunya hanyalah kecil seperti tikus, namun dengan ketiadaan dinosaur, haiwan-
ini berevolusi, bertambah saiz dan menguasai daratan. Daripada haiwan inilah mamalia berevolusi sehinggalah menghasilkan spesies kita, homo sapiens. Daripada sini kita boleh lihat bagaimana bertuahnya kewujudan kita ini kerana jika komet tersebut tidak menghentam bumi,-
-berkemungkinan besar mamalia tidak akan dapat menguasai daratan dan seterusnya spesies kita juga tidak akan wujud.
Kita juga sangat-sangat bertuah kerana menerusi jutaan tahun proses mutasi rawak dan pemilihan semulajadi, dan dalam banyak-banyak kemungkinan laluan evolusi,proses evolusi telah membawa kita ke arah di mana kita boleh wujud.
Selain itu, ianya adalah sangat bertuah kerana nenek moyang kita Australopithecus Afarensis telah berevolusi untuk mampu berfikir secara rasional, logikal, kritikal dan reflektif melalui kemunculan kesedaran, atau 'consciousness' yang terhasil daripada pembesaran organ otak.
Jika tidak, kita hanya akan hidup seperti 'zombie' atau robot yang tiada minda untuk berfikir mengenai hakikat kehidupan. Dengan erti kata lain, fizikal kita mungkin berfungsi seperti biasa, namun apa yang membuatkan diri kita 'kita', iaitu 'minda' tidak wujud!
Namun bukan setakat itu sahaja, untuk anda dilahirkan dalam dunia ini, seluruh nenek moyang anda daripada manusia yang pertama sehinggalah ke atuk nenek anda perlu survive pelbagai peperangan, kelaparan, kemiskinan, pandemik, dll agar mereka dapat melahirkan ibu dan ayah anda.
Ianya adalah sesuatu yang menakjubkan juga bahawa daripada 4 billion manusia daripada jantina yang berlainan di muka Bumi ini,ibu bapa kita telah terjumpa- mungkin di dalam bas, atau dikenalkan oleh orang lain- dan berbual, terjatuh cinta, dan memilih untuk mempunyai anak bersama
Dari sudut mikroskopik pula ianya adalah sesuatu yang diluar akal fikiran bahawa 1 daripada 4 trillion sperma yang ayah kita hasilkan sepanjang reproductive years-nya dan 1 daripada 100,000 ovum yang mak kita hasilkan sepanjang umurnya
-telah bersenyawa at just the right time and place untuk menghasilkan diri 'kita' yang sedang membaca dan menghadami thread ini. Gila, bukan?
Dan jika anda masih belum rasa diri anda bertuah untuk dilahirkan di dunia ini, Dr. Ali Binazir telah membuat perkiraan bahawa kebarangkalian untuk anda dilahirkan di dunia ini ialah 1 dalam 10 kuasa 2,685,000! Infografik di bawah menjelaskan bagaimana dia buat pengiraan itu.
Justeru, daripada Big Bang, terbentuknya bintang dan galaksi sehinggalah terlahirnya kita di muka bumi ini adalah sesuatu yang sangat-sangat menakjubkan, dan kita adalah sangat bertuah untuk dilahirkan sebagai manusia yang telah berevolusi untuk mampu berfikir dan merenung-
-kembali pada alam semesta ini. Bayangkan jika alam semesta ini wujud tanpa 'consciousness' manusia, tiada sesiapa yang dapat melihat, menikmati dan mempelajari sesuatu daripada the wonders and beauty of this intricate and complex world. The entire universe would be meaningless!
Makanya suatu persoalan mula timbul, adakah semua ini berlaku secara sendirinya secara kebetulan, all on its own? Ataupun ada 'sesuatu' disebalik alam semesta ini yang mengatur dan menyusun segala peraturan-peraturan fizik yang membolehkan hidupan muncul? Sama-sama kita fikirkan.
Thread ini ditulis oleh kurator kita pada minggu ini: @mnalhakim https://twitter.com/mnalhakim/status/1261335706628046850?s=19
You can follow @tweetsains.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: