2-3 hari lepas kecoh pasal ketegangan antara Mesir dan Ethiopia (Habsyah).

Ketegangan berpunca daripada empangan Grand Ethiopian Renaissance Dam (GERD) yang akan mula mengisi air pada bulan depan. Mesir bengang dan hantar surat ke PBB pada Jumaat lepas minta PBB masuk campur.
Sementara itu Mesir pun dah kerah tentera, bukan nak serang Ethiopia tapi dituju kepada Libya (yang tengah berlaku perang saudara) di mana kerajaan yang disokong oleh Turki tengah belasah kerajaan yang disokong oleh Mesir. Tapi alang-alang Mesir pun psycho Ethiopia sekali.
GERD merupakan empangan terbesar di Afrika, dilancarkan pada April 2011 oleh kerajaan Ethiopia untuk transform negara yang miskin dan selalu dilanda kemarau ni jadi economic powerhouse. Selain meningkatkan kapasiti pengairan, GERD juga dapat menjana kuasa elektrik dengan air.
OK, benda bagus kan. So apa masalahnya?

Masalahnya GERD ni pakai air Sungai Nil Biru (Blue Nile), salah satu batang (tributary) Sungai Nil. Sungai Nil pula adalah sumber air utama Mesir.
Tamadun Mesir dibina atas Sungai Nil sejak zaman Firaun lagi. Even zaman now pun Sungai Nil adalah nadi hidup orang Mesir. 99% penduduk Mesir duduk di kawasan delta dan lembangan Sungai Nil. 1/4 populasi Mesir bekerja di kawasan pertanian yang diairi Sungai Nil.
GERD ni akan divert sebahagian besar air Sungai Nil dan menjejaskan ekonomi malah kehidupan harian orang Mesir. Makin cepat GERD isi air, makin banyak bekalan air Mesir hilang.
Mesir tak happy dengan GERD, tak kira di zaman Morsi atau Sisi. Tapi GERD disokong Saudi & UAE yang ada deal dengan Ethiopia untuk mengimport elektrik. Kerajaan Sisi kena geng dengan Saudi-UAE. So Mesir tak ada taring dalam perundingan dengan Ethiopia, terpaksa rujuk PBB.
Sementara itu, ketegangan India-China baru-baru ini ada kaitan dengan sungai sebenarnya. Konflik Kashmir tu berpunca daripada perebutan kawasan hulu Sungai Indus di Kashmir.
Sungai Indus adalah sumber air utama bagi Pakistan seperti mana Nil bagi Mesir. Pakistan juga amat bergantung kepada pertanian. Bayangkan kalau Kashmir bukan sebahagian daripada Pakistan, apa akan jadi dengan Pakistan? Anytime India boleh tutup punca air untuk kenakan Pakistan.
Jadi selepas British India dipecahkan kepada India dan Pakistan pada tahun 1947, Pakistan terus menakluk sebahagian Kashmir apabila maharaja Kashmir waktu tu, Hari Singh memilih untuk join India.
Lepas tu China pun masuk sekaki sebab kawasan timur Kashmir boleh link kan Xinjiang dan Tibet. So China menakluk Aksai Chin di bahagian timur Kashmir, dan sokong Pakistan dalam konflik India-Pakistan di Kashmir.
Benda tu menyebabkan China dan India bermusuh. India pula sokong Dalai Lama, pemimpin tertinggi agama Buddha di Tibet dan gerakan kemerdekaan Tibet.
China tak nak leh let go Tibet pun sebab sungai. Dataran Tinggi Tibet (Tibetan Plateau) adalah punca Sungai Kuning & Yangtse, 2 sungai utama China. Katakan Tibet merdeka, pastu US atau India buat perjanjian dengan Tibet untuk divert air dari China ke elsewhere. Habis China.
Perancangan Israel untuk merampas (annex) Lembah Jordan di Tebing Barat pun ada kaitan dengan sungai. Israel mahu membolot sumber air Sungai Jordan, bukan Tebing Barat saja malah kalau boleh nak Tebing Timur (di Jordan) sekali. "Shtei Gadot La'Yarden" (both banks of the river).
Orang Malaysia mungkin susah nak brain benda macam ni sebab negara kita tak pernah kekurangan sumber air. Setiap negeri ada sungainya walaupun sekecil-kecil Perlis, tak ada keperluan untuk merebut air dengan negeri/negara lain sampai kena berperang berkonflik.
Tapi bagi negara lain, ia adalah pasal soal kelangsungan hidup (survival) yang hanya dapat dijamin oleh keselamatan sumber air (water security).
Walaupun dah tahun 2020, manusia masih bergaduh pasal benda asasi macam air ni. Dan sifat manusia yang mengingkar janji & mengkhianat juga buat negara rasa lebih selamat untuk bertindak sendiri (menakluk, merampas, mengugut etc) perundingan dan perjanjian.
Geografi dan sifat manusia. Once kau faham dua benda ni, basically kau dah faham 80% isu politik antarabangsa.
You can follow @AymanRashdanW.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: