Ini abah saya, Abu Bin Sai. Semalam genap usianya 78 tahun. Mak pula 71 tahun.

Bila sambung belajar, bekerja, berkahwin, berhijrah, tanpa disedari mak abah semakin tua.

Sudah cukup berbakti pd mereka? Jauh sekali.

Bahagiakan mereka? Mungkin.

Mereka redha? Itu yg diharapkan.
Abah berhijrah dari Sungai Besar ke Felda Jengka 21 tahun 1981. Masa tu anak dah ada 7 orang.

Penuh kesusahan. Kelelahan. Kepayahan.

Letrik tak ada. Air tak ada. Lalang tinggi ke kepala. Tandas di luar rumah, persis drama Kampung People.

8 Ogos 1985, saya dilahirkan.
Jarak umur saya dan abah jauh sangat. Abah gen Silence, sebelum gen Baby Boomers. Lahir 1942 di zaman Jepun menjajah.

1985 - 1942 = 43 tahun.

Bayangkan betapa berbezanya generasi kami.

Gen silence - gen baby boomers - gen x - dan saya gen y
Abah tak byk bercakap ketika saya kecil, kuat bekerja. Sekali bicara, terus tersemat di dalam hati.

Garang. Berdisiplin tinggi. Sering berpesan, belajar rajin-rajin nak.

Masa remaja saya tak reti nak sembang dgn abah. Dunia kami berbeza.

Rajin bersembang pun bbrp tahun lepas.
Itupun sebab ada titik temu antara kami berdua.

Kami berdua adalah abah. Ada anak-anak. Berjuang demi amanah yg dikurniakan Allah.

Maka, saya mula faham perjuangan abah, susah payah, jerit perih, tangis tawa, bahkan saat sy menulis ni pun air mata hampir tumpah membasahi pipi.
Tahun lepas saya pernah menangis teresak-esak sebab abah.

Abah sakit. Badan kurus kering. Tak lalu makan. Hanya terlantar di atas katil.

Bila rujuk ke hospital, doktor sahkan abah ada sakit angin pasang (hernia).

Tak pernah saya saksikan abah sesakit itu.
Nak dapatkan rawatan di hospital kerajaan lambat, maka kami adik beradik berpakat rujuk abah ke KMC dan kemudian ke KPJ, Kuantan.

Abah dirawat dengan baik dan dibedah di bahagian ususnya.

Sebulan selepas tu, abah kembali pulih.

Syukur.

Thank you Allah.
Waktu PKP, saya terkandas hampir 2 bulan di Jengka.

Ruang yang ada, saya hulurkan khidmat dari segi tenaga dan kewangan.

Kemas rumah, beli barang, buang barang yg tak perlu (saya pernah tweet haritu), macam-macamlah.

Bila kami nak balik ke Kedah, abah terpempan di depan pintu.
Kali ini abah pula menangis. Merah matanya. Teresak-esak.

Saya salam abah, peluk dia dan cakap, abah jaga diri ya. Jangan kerja kuat-kuat sangat, nanti ada rezeki kami balik lagi.

Abah angguk sahaja.
Hari ini Hari Bapa.

Semalam hari lahir abah saya.

Maka, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa buat semua.

Hargai bapa anda ya.
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi aku ketika kecil.

Amin.
You can follow @akhifairuz_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: