USM ada program Ijazah Sarjana Muda Terjemahan dan Interpretasi dan sudah wujud hampir 30 tahun. Bayangkan betapa ramai graduan dengan pengetahuan terjemahan di luar sana. Kami tidak mahu “bekerja sekejap sekejap”, kami cuma tiada ruang untuk mencurah bakti. https://twitter.com/chedetofficial/status/1273909934841753601
Ini baru bercakap soal graduan terjemahan, belum lagi menyentuh soal graduan daripada cabang bidang bahasa yang lain dan bercakap soal sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Tiada masalah untuk meneruskannya tapi tidak menjadikan masalah juga kalau mahu memilih dwibahasa.
Takut tidak maju kerana Bahasa Inggeris ialah bahasa utama dalam pengantaraan dunia? Takut tidak mendapat ilmu lain hanya kerana bahasa yang berbeza? Kalau begitu, jangan harap Bahasa Melayu boleh berjaya. Kalau bukan kita yang menggunakannya, nak mengharap siapa lagi?
Kami mahu terus memartabatkan bahasa kebangsaan. Membawa ilmu luar, pengetahuan baharu bagi rakyat negara ini sendiri. Menyalurkan tenaga kami, menyampaikan maklumat kepada mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris.
Menyampaikan suara rakyat, menunjukkan pada negara di luar sana, pada dunia tentang kehebatan Malaysia. Tentang uniknya negara ini. Tentang semangat rakyat di sini. Kisah negara ini kepada mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu malah tidak tahu tentangnya.
Semua itu boleh dicapai dengan terjemahan. Cipta ruang dan peluang dengan bayaran yang setimpal untuk tenaga kami. Mungkin kami tidak tidak beruniform mempertahan negara atau berkot putih menyelamat pesakit. Senjata kami ialah bahasa dan itu cara kami mencurah bakti.
I respect you Tun. You have a place in my heart. But this thread is just a bunch of excuses that hold our national language back from growing. And i tweeting this to you in English because you seems to believe that comprehension is much easier in English.
And here comes the rojak part: dont la downgrade our own language of not being unable to explain new words ke apa. We have DBP for a reason, we have ITBM for a reason, we have MABBIM for a reason. WE HAVE LANGUAGE COURSES IN UNIVERSITY FOR A REASON YA RABBI YA ALLAH BUKA MATAMU
You can follow @ibasuxx.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: