"Jangan bawa budaya Political Correctness dekat Malaysia."

Lepas tu hari ni ada isu pasal Dayang Senandung dan Blackface. Kita sekarang hidup di Malaysia atau New York sampai nak bawak budaya political correctnes negara sana ke sini sehinggakan cerita rakyat pun dilabel rasis?
Kat US sana, kita fahamlah perangai deme nak betulkan segala kesilapan deme. Deme ada beban dosa besar dalam sejarah dalam memperlakukan saudara kulit hitam kita. Dilayan sebagai hamba, dilayan setaraf macam binatang dalam zoo. Budaya PC wujud atas beban dosa mereka.
Dekat Malaysia, orang Melayu, Cina dan India tak pernah ada beban sejarah seperti ini. Kulit hitam pun berlambak dalam kalangan orang Melayu. Dan kita tak pernah melayan mereka berkulit hitam seperti mana mat salleh buat pada kulit hitam di sana.
Siapa yang tersinggung dengan Dayang Senandung di Malaysia? Ada keturunan 'Black slave' ke kat Malaysia? Pernah ke wujud undang-undang 'Jim Crow' di Malaysia? Siapa yang kena 'lynch' dengan Ku Klux Klan? Tak pernah pun berlaku kat sini!
Dan budaya Political Correctness ni datang daripada puak-puak Social Justice Warrior (SJW) yang melabel semua perkara sebagai 'racist', 'misogynist', 'patriarchal', 'homophobic' dan sebagainya.
Level PC geng2 ni sampaikan movie pasal zaman pertengahan Eropah, kena ada watak kulit hitam jadi bangsawan. Game The Witcher 3 beberapa tahun lepas kena kecam sebab tak ada "variasi kaum".
Ada filem pasal Perang Salib, tapi sebab nak jaga hati orang kulit Hitam, makanya diletakkan watak Kulit Hitam jadi bangsawan yang ikut sekali seruan Pope untuk berjihad rampas Baitulmaqdis daripada tangan umat Islam.
Padahal bagitahu kita pada zaman-zaman tersebut, betapa kulit hitam di Eropah kalau wujud, letaknya sebagai seorang hamba. Mereka belum menjadi sebahagian daripada sejarah Eropah lagi.
Lepas tu ada pementasan pasal Founding Fathers of America, watak Alexander Hamilton, George Washington dan Thomas Jefferson, tapi pelakonnya semua pakai African-American. Kalau letak pelakon berkulit putih takut menyinggung perasaan kaum minoriti.
Kalau kita dok ikut sangat perangai deme ni, bayangkan 1 hari nanti, mungkin tak lama lagi, teater Natrah pun akan dikecam sebagai 'promote child marriage'. Cerita Mahsuri pun patut diharamkan kerana 'misogynist'. Dan kisah-kisah rakyat kita nanti lama2 akan menjadi mangsa.
Padahal kalau kita betul-betul hayati kisah Dayang Senandung, Dayang Senandong yang hitam tetap memiliki hati yang putih bersih. Dayang Senandong yang hitam lebih baik dari Puteri Mawarni yang putih jelita. Ia tidak mengejek mereka yang berkulit gelap secara semula jadi.
Orang Melayu dah lama memberi pesan kepada kita warna kulit tak membawa apa erti, kecuali kesucian hati kita, perbuatan dan tingkah kita. Tak akan cerita sebaik ini nak dimangsakan dek budaya di tanah asing yang berbeza dengan kita?
Orang Melayu tak berkongsi beban dosa besar Mat Salleh! Jangan diletakkan ke atas kami beban dosa besar mereka sampaikan kami kena patuh membabi-buta. Bawa jauh pemikiran yang berbeza uruf itu daripada negara kami.
You can follow @thepatriotsasia.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: