Orang kita suka cerita pasal politik, tapi tak ramai sedar wujudnya "sains politik" (political science).

Sains politik bertujuan explain kenapa ("why") sesuatu fenomena politik berlaku, sama macam natural science yang bertujuan untuk memahami fenomena semula jadi. https://twitter.com/_AzwanOmar/status/1273459182985863168
Semua orang boleh keluarkan pendapat mereka tentang sesuatu fenomena politik, tapi tak semua pendapat "saintifik", yakni boleh dibuktikan berdasarkan metod saintifik (scientific methods) macam induction, deduction, empirical etc.
Macam kalau orang dalam bidang agama akan cari "dalil" untuk setiap satu benda. Bukan main "aku rasa" je.
Contoh macam ramai "rasa" institusi monarki adalah penghalang kepada kemajuan sesebuah negara sebab diorang melihat kepada contoh US, Korea Selatan, Perancis.

Tapi pendapat tu tak saintifik sebab ada banyak lagi counter-example macam Jepun, Norway, Sweden, Belanda.
Dalam bahasa saintifik, "sebab" (cause) adalah "independent variable" (IV) manakala "akibat" (effect) adalah "dependent variable" (DV).

So misi saintis politik adalah untuk mencari IV bagi fenomena yang diorang mahu kaji. Atau predict DV berdasarkan IV.
So tak semua kajian politik boleh dikategorikan sebagai sains politik. Falsafah politik misalnya bukan sains sebab ia bukan nak explain "why" tapi lebih kepada "what should be done".
Cuma political science tak ada eksperimen dan lab macam natural science lah. Ia lebih kepada menguji (testing) teori yang sedia ada atau membangunkan (formulating) teori yang baharu.
Contoh teori "balance of power" yang mengatakan 2 (atau lebih) aktor politik yang weaker akan menubuhkan pakatan untuk lawan aktor politik yang stronger, tanpa mengira ideologi dan kisah lama.
Tapi selepas aktor stronger tu dikalahkan, pakatan tersebut selalunya akan mengalami perpecahan sebab masing2 akan cuba "balance" each other balik.

Test kat mana pun nampak tepatnya teori ni.
Bidang sains politik ni diasaskan pada abad ke-19 di US. Universiti Columbia merupakan universiti pertama yang ada jabatan sains politik.

Abad ke-19 adalah abad yang penuh dengan perubahan seperti revolusi dan pendemokrasian, jadi perlu ada orang yang boleh explain benda2 ni.
Sains politik bukan saja boleh explain fenomena politik tapi fenomena lain (ekonomi, sosial) yang berkaitan dengan politik.

Contoh macam trade war US-China yang hangat 2 tahun ni. Ahli ekonomi tak boleh explain kenapa Trump nak buat benda yang tak mendatangkan faedah ekonomi.
Tapi kalau korang baca Dunia Tanpa Tembok akan tau apa sebab Trump buat begitu, bukan sekadar panggil Trump gila, bodoh etc.

Bukan kerja ahli sains politik nak tentukan siapa betul/salah tapi nak explain "why".
Hubungan antarabangsa (international relations / IR) sebagai sub-cabang sains politik diasaskan selepas WW1 (1914-1918) untuk kaji kenapa berlaku perang dan bagaimana perang boleh dielakkan.

Jabatan IR pertama diwujudkan oleh Universiti Aberystwyth di Wales pada tahun 1919.
Sains politik ni adalah untuk tujuan pemahaman, bukan persediaan kepada menjadi ahli politik.

Orang yang kaji sains politik (termasuk aku) lebih suka knowledge berbanding power. Macam criminologist kaji penjenayah pun bukan bermaksud dia kena jadi penjenayah.
Sikap truth-seeking bukan trait yang sesuai untuk survive dan thrive dalam dunia politik yang sebenar.

Nak jadi penasihat kepada ahli politik pun kena fikir 2-3 kali. Kalau kau love knowledge, kau akan cakap apa yang kau tahu, bukan apa yang political master nak dengar.
Kalau dalam cerita Game of Thrones, political scientists ni macam "maester" lah. Diorang kaji pasal sejarah politik pakai pendekatan empirikal, dan diorang neutral dalam politik, kecuali bad apple macam Pycelle dan Qyburn.
Sumbangan political scientists ni tak se-jelas sumbangan natural scientists, so orang pun tak pandang tinggi dengan bidang ini.
Plus semua orang boleh komen pasal politik, berbeza dengan natural science macam fizik (walaupun zaman now pun makin ramai pakar wannabe).

Bila kita menyanggah sesuatu pendapat umum tentang politik berdasarkan konsep/teori, kita ada risiko dilihat sebagai "macai".
Mengakhiri thread ini aku sertakan 10 buku sains politik yang aku paling suka. Boleh cari untuk menambah ilmu.

"Politics is more difficult than physics" (Einstein).
You can follow @AymanRashdanW.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: