Sedikit ilmu perkongsian berkaitan pemilihan ubat ketiak.

Ilmu ini jarang kita belajar, jadi boleh baca jika berminat.

Ini ialah thread (bukan topik psikologi). https://twitter.com/skinnyondinie/status/1273556922898149376
Setiap daripada kita mempunyai ketiak berbeza dengan keperluan berbeza.

Ada orang berbau,
Ada yang berpeluh,
Ada yang kedua-duanya sekali.

Pemilihan ubat ketiak yang salah akan membawa padah seperti tak hilang bau, banyak peluh dan semakin hitam.
Pertama sekali, kaji dulu apa masalah ketiak kita?

Adakah banyak peluh?
Adakah berbau masam?
Atau kedua-duanya terus?

Macam pilih perfume, jangan pilih ubat ketiak sebab ikut kawan atau orang lain kata sedap.

Lain ketiak lain keperluan.
Kalau ketiak berbau, pastikan beli ubat ketiak yang bernama deodorant. Ada tulis di label produk.

Sebab ini memang fungsi untuk hilang bau ketiak yang masam.

Deodorant biasanya berbau wangi atau segar, bergantung kepada jenama.
Deodorant pula ada 3 jenis.

Ikut tahap kemasaman ketiak.

Kalau masam sikit-sikit, pilih yang jenis spray.

Kalau masam pertengahan, pilih yang jenis stick atau gel.

Kalau masam yang amat, pilih roll on.

Saya panggil ini degree of ketibus.

Ketibus tu apa?

Ketiak bus........
Deodorant tak hilangkan peluh, tetapi tutup bau saja.

Maksudnya kalau pakai, ketiak masih akan berpeluh, cuma tiada bau.

Okay, kalau bukan isu berbau, tetapi isu asyik berpeluh?

Maka pilih lah Anti Perspirant.

Produk ini ada molekul-molekul halus yang akan tutup liang peluh.
Jadi, bila adanya antiperspirant, maka peluh tak keluar atau keluar pada kadar minima.

Sama seperti deodorant, antiperspirant juga ada degree of ketibas.

Ketibas tu apa?

Ketiak bas..........
Kalau ketibas sikit-sikit,

Pakai antiperspirant jenis spray.

Kalau pertengahan, pakai jenis stick atau gel.

Kalau ketibas yang amat, pakai yang jenis roll on.

Sama saja konsep seperti ketibus deodorant.
Tetapi, antiperspirant tak tutup bau ketiak. Hanya bantu kurangkan peluh. Jadi macam mana kalau ada orang isu nya berpeluh dan berbau?

Atau kita panggil keticak.

Ketiak bec......
Jawapannya, pilih ubat ketiak yang tertulis Deodorant Antiperspirant.

Ya ada kedua-duanya sekali.

Iaitu bantu kurangkan peluh, dan juga bantu tutup bau masam.

Degree of keticak pun sama.

Mild, spray.
Moderate, gel or stick.
Nauzubillah, roll on.
Selepas ini, apabila pergi Giant, Tesco, Watson atau sebagainya waktu nak beli ubat ketiak,

Jangan lupa baca label dan fahamkan terma-terma ini ya.

(Kebanyakan produk ubat ketiak sekarang ada kandungan kedua-dua deodorant dan antiperspirant sekaligus. Ikut jenama)
Pemilihan ubat ketiak yang betul, akan bantu untuk kita selesa dan confident dengan diri kita, terutama isu personal hygiene.

Sebab ketiak berbau atau berpeluh ialah salah satu daripada 10 jenayah imej seseorang.

Apa itu jenayah imej? Lain kali kita borak pasal ini!

Sekain.
Macam mana saya tahu semua ini?

Rahsianya ialah melalui gambar ini haha. Saya seorang perunding imej 😉

Nak tak nak, segan tak segan, ilmu perapian diri berkaitan kebersihan ketiak, ialah salah satu modul dalam kursus ini.

Cuma saya banyak tulis pasal Psikologi je sekarang.
Saya ambil pentauliahan dan lesen ini di bawah Puan Mary, antara ikon besar berkaitan imej di Malaysia.

Cums saya dah jarang tulis pasal imej 😅

Kalau nak belajar pasal imej-imej ini, boleh follow rakan seguru saya, @asnawiyusof. Dia CPIC dan juga CMIC (Men Image).

😁👍🏼
Oh ya. Lupa nak tambah.

Make sure pakai ubat ketiak sejurus selepas mandi ya (sebelum bersiap part lain).

Supaya ada masa untuk dia kering sebelum kita sarung baju.

Jangan pakai ubat ketiak waktu dah pakai baju.

Tu antara sebab bahagian ketiak baju jadi hitam/keras.
Dah alang-alang kat sini, jom beli buku "Pendiam?", Memahami personaliti introvert dalam dunia ekstrovert 😁👍🏼

Boleh beli melalui link:
http://www.aimanpsikologi.com/buku 

Jom juga sertai webinar saya bersama @imanmediaplus sabtu ini berkaitan kesihatan mental.

Tengok foto 😁👍🏼
You can follow @AimanPsikologi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: