Assalamualaikum. Antara perkara paling basic dalam transaksi beli rumah ialah YURAN GUAMAN.

1. Anak muda biasanya teruja membeli rumah dr pemaju [under construction-direct developer]. Biasanya 1st party yg mereka approach ialah agent hartanah yg mempromosikan projek pemaju.
2. Sebab projek pemaju ni selalunya datang dengan rebate/cash back dan pakej tawaran lain. Pendek kata tak keluar banyak modal. Dalam iklan agent,antara tawaran pemaju paling popular ialah PERCUMA YURAN GUAMAN.
3. Saya memang marah dengan sikap sesetengah Agent Hartanah yang tidak telus dengan Pembeli (potential buyer) ketika Pembeli sudah melawat sales gallery, berkenan untuk membeli dan seterusnya membayar booking fee.
4. Bila Pembeli tanya "semua fee ke, takda bayar apa2?" Mereka akan jawab "Ya, free.Pemaju tanggung". Tanpa berkata telus kepada Pembeli bahawa pemaju hanya tanggung Legal Fees SPA, tidak termasuk Legal Fees loan bank.
5. Sedangkan ada lagi lebih kurang RM4k++ legal fees loan (jika anggaran nilai pinjaman rm300k+) yang perlu ditanggung sendiri oleh Pembeli,ia tidak sekali dalam pakej tawaran pemaju.
6. Lepas Pembeli bayar booking fee, tanda tangan surat tawaran bank dan kemudian kes di hantar kepada peguam, baru lah Pembeli tahu bahawa legal fees loan bank perlu di tanggung sendiri oleh Pembeli. Selepas diberitahu oleh peguam.
7. Saya byk kali hadapi situasi ni.Pembeli terkejut,buntu mana nk cari duit,ada yg sy bole advise utk apply pengeluaran akaun 2 KWSP,ada kami beri diskaun maximum [utk bantu] lps yakin bhwa Pembeli tersebut benar2 tiada duit! (ini la cnth situasi beli rumah tanpa kewangan teguh).
8. Ada juga pembeli yg mmg mampu bayar tapi tetap rasa tertipu sbb hal ini tak diberitahu sedari awal mereka bayar booking.Tapi ada Agent yg konon pandai nak putar belit “sy ada bagitau masa buyer sign booking hari tu Puan..dia yg tak ingat”.
9. Agent-agent yang tak jujur ni, memang saya hentam cukup-cukup. Kau boleh la nak tipu buyer. Kau jangan ingat kau boleh tipu aku. Tahu nak buat sales je. Lepas tu cakap itu marketing strategi. Marketing apa ke benda kalau menipu!
10. Ingat, dalam setiap transaksi pembelian rumah/hartanah, sekiranya kalian mengambil pinjaman bank, akan terdapat DUA jenis yuran guaman;

- Yuran guaman Perjanjian Jual Beli (SPA legal fees)
- Yuran guaman Perjanjian Pinjaman Bank (LOAN legal fees)
11. Jadi, berhati-hati ketika menerima tawaran Agent untuk membeli rumah projek Pemaju.

Bila agent cakap "free legal fees SPA", tanya balik "Legal fees loan bank pun free jugak ke?, kalau tak, dah tu kenapa tak bagitau????".
12. TETAPI

Tak semua, ada ramai juga Agent yg jujur, malah mereka boleh buat calculation legal fees ketika pembeli isi booking form. Bila sy jelaskan ttg legal fees, pembeli respon “ohh betul la masa booking pun agent sy bagitau amount lebih kurang ni juga.Duit saya dah ready”.
13. Agent yang jujur ni, biasanya mereka habiskan beribu pergi ke course/ ceramah berkaitan hartanah. So, mereka ada ilmu. Mereka tahu peranan Agent yg betul.

Agent2 yg bagus ni sy simpan contact mereka utk direkomen pd klien. Mostly chinese la sebab saya kerja chinese firm.
14. Saya nasihatkan kalian yang berdepan tawaran agent macam ni, kalau mahu benar2 yakin, sebelum bayar booking, minta pada agent no telefon pejabat Pemaju, dan call sendiri Pemaju untuk confirmkan betul2 tawaran mereka. Pemaju ada Sales Department mereka sendiri.
15. Sbb saya juga panel peguam pemaju, dlm meeting project sy sentiasa suarakan perkara ni. Sy pun yakin pihak Agensi memang jelaskan pd agent2 mereka. Cuma itulah, sesetengah agent punya perangai, jujur belakang kira, yg penting kejar sales, dpt komisen cabut.
16. Tahun lepas saya share benda yang sama dengan kawan2 di FB. Saya kongsikan antara komen2 berkaitan hal agent ni 👇 Sekian perkongsian saya kali ni.
Done my 1st thread @SamadSaidWhaaat 🤗
You can follow @nuuraimuni.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: