Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Sedikit coretan buat rakan-rakan dan kenalan saya mengenai berkat berkongsi rezeki.
Saya rasa pasti semua selalu dengar atau baca perkongsian daripada seseorang mengenai berkat berkongsi rezeki bersama orang tersayang.
Kadang-kala kita akan rasa cemburu (dalam keadaan baik) dengan melihat seseorang tersebut dapat berkongsi rezeki berupa wang ringgit atau barangan mewah bersama orant tersayang. Jangan risau, rezeki ni bukanlah hanya dari segi wang atau barangan mewah sahaja.
Seperti yang saya pernah belajar sebelum ini, kesihatan tubuh badan, ketenangan, kebaikan orang sekeliling dan lain-lain lagi juga rezeki.
Andai kata kita mempunyai tubuh badan yang sihat, maka sumbanglah tenaga dengan membantu ahli keluarga dalam melakukan sesuatu seperti tolong masak atau tolong kemaskan rumah.
Andai kata kita mempunyai ketenangan dalam diri, maka wujudlah suasana yang tenang buat orang sekeliling.
Andai kata kita mempunyai lebihan rezeki dalam bentuk harta, maka berkongsilah bersama orang sekeliling dengan niat yang ikhlas.
Andai kata kita mempunyai lebihan rezeki dalam bentuk harta, maka berkongsilah bersama orang sekeliling dengan niat yang ikhlas.
Kadang-kadang, bila kita tengok orang lain berkongsi rezeki, kita dapat tingkatkan motivasi dalam diri kita untuk menjadi lebih baik dan berusaha untuk berkongsi rezeki.
Namun, janganlah hanya angan-angan sahaja, tapi mulakanlah dengan sesuatu kerana susah untuk merasai keberkatan rezeki tanpa melakukannya. Percayalah, rasa nikmat berkongsi rezeki tersebut amatlah indah.
Nak tahu bagaimana rasa indah tu, insya Allah kita akan rasa sendiri bila kita melakukannya. Dengan syarat, niat kena ikhlas, dan ke arah kebaikan. Kalau rasa terpaksa, tiada gunanya.
Maafkan saya andai kata saya ada tersilap info mahupun fakta. Niat saya hanyalah untuk berkongsi kebaikan secara umum kepada semua. Sekiranya ada kesilapandalam coretan saya, minta tolong perbetulkan.
Kepada rakan-rakan bukan Islam, janganlah anggap coretan ini hanya untuk Muslim sahaja, tetapi saya tujukan ini secara umum kepada semua. Maaf andai kata ada silap dalam penggunaan istilah. Sekian sahaja coretan saya kali ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca
https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="☺️" title="Smiling face" aria-label="Emoji: Smiling face">