Aku tanya member² aku yang dulu sekolah SJK(C) kenapa sebenarnya diorang tak gi SK. Is it a race thing?

"No, my friend. The PIBG of SJK(C)s lagi kuat. They would do anything for the school to ensure the kids get everything they need. Not like SK, everything cincai."
I'm not saying this is automatically true, but something to think about.

Lagi satu:

"Kalau sekarang you suruh I hantar anak I pergi SK lagi I tak mau. Subjek agama terlalu banyak. Most of the time non-muslim students self-study shake legs only."

Another thing to think about.
Aku tahu Twitter bukan tempat yang terbaik untuk berdiskusi. But I'm putting this out here for us to think about it and if we can, have a healthy discussion on how to make things better.
Dulu masa aku sekolah, cuma ada kelas agama dan kelas agama tu sangat komprehensif sehinggakan kalau tak pergi SRA pun takpe; dah cukup. Buku teks pun dalam jawi, rilek je.

Kenapa sistem yang dah okay ni berubah? Kalau lebih baik, takpe. But it's now unnecessarily burdening.
Soal PIBG pulak. Aku faham kalau ada mak ayah tak mampu nak menyumbang ke sekolah. Tapi kekadang tu aku dengar keluhan dari cikgu², nak minta sumbangan untuk keperluan sekolah punyalah susah.

Alasannya? "Eh ni kan tanggungjawab sekolah, kenapa nak minta duit kat parents?"
Masalah sistem pulak lagi. Dengan segala sekolah bestari la, sekolah kluster la... sibuk nak capai kecemerlangan atas kertas sampai membebankan cikgu² daripada buat apa yang diorang nak buat - mengajar budak² tu sehabis baik. Paperwork gets in the way of actual teaching.
Who ruins this? Politicians.

Every goddamn minister comes in not with the intention of making things better, but to mark their territory.

Sistem yang dah sedia bagus, dia ubah sebab nak letak "signature" dia. Kalau jadi lagi bagus, takpe. Ni makin mengarut.
Kalau menteri buat lawatan gi luar negara, tengok sistem pendidikan sana best, terus nak implement kat sini. No in-depth research. Orang bawah yang suffer; buat benda tanpa betul² faham sistem kita, our limitations.

The suffering gets amplified as it goes down the hierarchy.
Sekarang lagi teruk, menteri tak hantar pun anak² gi SK. Rata² hantar gi private school. Habis tu macamana nak tahu masalah kat sekolah kebangsaan? Setakat 3-4 lawatan, memang takkan tahu la. Masa lawatan tu pulak, yang ditunjuk benda elok² je jadi dia rasa dia best la.
Kesimpulannya, kalau kita mantapkan SK dan pastikan semua ibu bapa (yang mampu) menyumbang kepada penambahbaikan sekolah sehingga tiada sebab pun untuk sesiapa memilih SJK, anak-anak kita semua boleh bernaung di bawah sistem pendidikan yang sama.
I want nothing more than our children to not see race and religion as things that divide us. They'll grow up to be more understanding and they'll fight for each other instead of against each other.

Sounds idealistic. But heck, we gotta try.
You can follow @neddokhan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: