Dah nampak beberapa kali #LathiChallenge versi Bali ni melintas kat timeline. Aku nak kongsi sikit melalui pembacaan yang watak terakhir dimainkan tu merupakan gambaran Dewi Durga, salah satu dewi dalam kepercayaan masyarakat Hindu
Untuk pengetahuan, thread ni untuk berkongsi dan menambah pengetahuan terhadap kepercayaan agama lain tanpa sebarang niat. Jadi siapa yang berminat dan nak baca lebih lanjut boleh teruskan pembacaan. Untuk penganut agama Hindu, mohon maaf dan perbetulkan kalau ada kesalahan info.
Baik, kita mulakan. Melalui pembacaan, kebanyakan umat Hindu menganggap Dewi Durga antara dewi yang menakutkan dan menyeramkan.
Kalau di Bali, Indonesia Dewi Durga digambarkan dalam bentuk ratu yang berambut panjang serta memiliki kuku panjang dan lidah yang terjelir panjang. Katanya Dewi Durga ditugaskan untuk membasmi kejahatan dan menolong orang yang dianiaya.
Ada juga yang anggap Dewi Durga dipuja oleh penganut ilmu hitam. Hakikat yang sebenarnya, Dewi Durga dipuja oleh orang yang berada dalam bahaya. Orang-orang ni akan memuja Dewi Durga untuk memberikan anugerah kesaktian bagi membasmi kejahatan.
Dewi Durga juga dipuja oleh orang-orang yang mengamalkan perubatan alternatif rohani seperti Balian dan Jero Tapakan. Tujuannya adalah untuk membantu pesakit yang diserang penyakit yang misteri. Dewi Durga ni bukan cuma dewi pelebur, pemusnah, dan pembasmi.
Dewi Durga dipercayai boleh menyembuhkan sesiapa yang diserang penyakit misteri. Sebab tu di Bali ada istilah Nunas di Dalem atau Nebusin (ritual mengembalikan roh). Tujuannya untuk Dewi Durga menentukan sama ada beliau berkenan untuk menyembuhkan atau mencabut nyawa pesakit tu.
Dikatakan juga, sesiapa yang memuja Dewi Durga, pasti akan dijauhkan dari segala ancaman bahaya. Kalau di Indonesia, katanya Dewi Durga dianggap sebagai ratu kepada hantu syaitan.
Sebenarnya kalau menurut kepercayaan Hindu, Dewi Durga ni merupakan ratu yang menguasai iblis dan dewi yang bertanggungjawab untuk mengawal iblis dari bermaharajalela.
Di India dan di seluruh dunia Dewi Durga antara dewi yang paling dipuja demi mendapatkan perlindungan dari serangan ilmu hitam.
Untuk sesiapa yang pernah pergi Bali waktu diorang sambut perayaan, korang mesti akan perasan yang penganut Hindu Bali ni ada menyambut Hari Galungan.
Pada Hari Galungan ni penganut Hindu Bali akan memasang Sampian Candigaan. Hal ini kerana Candigaan berasal dari perkataan Candika, dan Candika pula merupakan nama lain kepada Dewi Durga.
Kalau di India memang akan ada perayaan khusus untuk memuja Dewi Durga yang dinamakan Durga Puja dan Kalipuja. Tapi di Bali tak ada perayaan khusus untuk memuja Dewi Durga. Katanya tempat tinggal Dewi Durga hanya ada di Pura Prajapati dan Pelinggih Hyang Berawi.
Ciri khas persembahan untuk Dewi Durga adalah daging babi. Sebab tu pada hari Penampahan Galungan, masyarakat Bali akan melaksanakan upakara di halaman rumah untuk dipersembahkan kepada Dewi Durga.
Oh ya satu lagi, Dewi Durga ni ada banyak nama antaranya Dewi Uma, Dewi Parwati, Dewi Kali, Dewi Candika dan lain-lain. Dewi Durga merupakan isteri kepada Dewa Siwa dan memiliki beberapa putera antaranya Dewa Ganesha, Dewa Kumara atau Kartikeya, dan Dewa Kala.
Satu perkara lagi, Dewi Durga juga katanya antara penguasa tanah perkuburan di Bali. Sebelum Dewi Durga jadi penguasa, dikatakan Dewi Mayakresna dah jadi penguasa dulu.
Sang Dewi ni dikutuk oleh Dewa Siwa menjadi sesuatu yang menyeramkan yang diberi nama Khalikamaya. Khalikamaya ni mirip Celuluk cuma lebih menyeramkan dengan pakaian serba merah. Celuluk ni lembaga mata berlubang dengan gigi yang besar-besar.
Dewi Mayakresna ni katanya disumpah oleh Dewa Siwa menjadi Khalikamaya disebabkan mempunyai nafsu yang luar binasa. Kenapa luar binasa? Sebabnya puteri angkat Dewa Siwa dan Dewi Uma ni mempunyai nafsu yang tak pernah puas dengan layanan suaminya.
Disebabkan tak puas dengan layanan suami, Dewi Mayakresna jadi bosan dan akan terus membunuh suaminya. Suami pertama Dewi Mayakresna merupakan putera Dewa Indra. Selepas Dewa Indra dibunuh, Dewi Mayakresna berkahwin lagi sebanyak 35 kali.
Dewi Mayakresna terus mencari calon suami yang boleh puaskan keinginan nafsunya. Katanya Dewi Mayakresna ini tersangatlah cantik jelita dan kalau dia ajak menikah dengan sesiapa pun, tak ada yang akan tolak.
Sampailah suatu hari, Sang Dewi berjumpa dengan dua bidadara bersaudara Bajrandhaksa dan adiknya Bajrangkara. Jadi Dewi Mayakresna terfikir untuk menikah dengan kedua-dua bidadara ni.
Tanpa fikir panjang, Dewi Mayakresna menikahi kedua beradik bidadara tu dalam satu malam di tengah hutan Nandana di bawah pokok Asokamaya. Mereka bertiga bercinta secara bergiliran dan waktu tu juga perbuatan ketiga-ketiganya ditangkap oleh Dewa Siwa.
Selepas ternampak insiden tu, Dewa Siwa terus menyumpah ketiga-tiganya menjadi Bhuta Kala. Dewi Mayakresna menjadi Khalikamaya, Bajrangdaksa menjadi Bhuta Wilis, Bajrangkara menjadi Bhuta Abang.
Ketiga-tiga inilah yang disebut dalam kepercayaan Hindu Bali sebagai Sang Tiga Buchari. Kalika Maya menjadi Ratu Setra Gandamayu yang menguasai para jin, syaitan, hantu dan lain-lain hingga akhir zaman.
Orang Bali sangat menghormati Khalikamaya disebabkan Khalikamaya diberikan kuasa untuk menghukum sesiapa saja yang berkelakuan tak sepatutnya di kubur (sama ada bercakap besar, atau buat benda yang kurang ajar).
Setelah Dewi Durga turun ke bumi, barulah Khalikamaya mengabdikan diri menjadi pengikut setia Dewi Durga.
Berdasarkan pembacaan, Sang Khalikamaya suka mencangkung di pokok sukun, jadi pokok ini sering dipakai untuk buat topeng Celuluk, disebabkan katanya pokok ni dah diberi kekuatan sakti Khalikamaya sendiri.
Walau macam mana pun, ini semua merupakan sebuah simbol dan pedoman masyarakat Bali tentang betapa pentingnya untuk tetap menghormati sesuatu tempat walau di mana kita berada walaupun tempat tu kita tak berapa suka dan tak cantik tapi kena tetap menjaga kata-kata.
Apa pun, Bali is a wonderful destination with rich cultural and mystical heritage. Btw, info tambahan ni katanya salah satu tempat angker dekat Gianyar, Bali. Patung bayi raksasa ni menurut masyarakat setempat selalu menangis tengah malam, terutama waktu bulan purnama.
Video ni aku jumpa kat Youtube katanya kerasukan semangat Dewi Durga. Banyak juga beberapa video lain, nanti korang boleh tengok sendiri. Seram tengok 😰
Siapa yang buat #LathiChallenge tu hati-hati la. Mana tahu ada yang berminat nak selit sekaki walaupun lagu ni takde unsur memuja.
Ni video #LathiChallenge yang katanya ada suara tu. Kalau dengar pakai earphone lebih jelas.
Penjelasan tuan punya badan yang buat video.
Sambungan penjelasan tuan punya badan yang buat #LathiChallenge
You can follow @LeAlterEgo.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: