Semalam ada seorang hamba Allah whatsapp aku tanya pasal faraid. So aku pon assist la dia. Tak susah pon nak kira faraid ni. Macam-macam tools kita boleh pakai, google je faraid calculator mesti jumpa.

Lepas aku assist dia aku tanya la kenapa tanya pasal faraid?
Rupa-rupanya suami dia baru meninggal dunia awal tahun haritu. Aku tanya la dia apa yang suami dia tinggalkan? Dia cakap harta tak banyak, hutang pon boleh tahan. Harta cuma ada KWSP, ASB and saving sikit. Hutang kereta, motor, phone, coway.
Dia cakap urusan kecairan harta arwah suami dia tak settle lagi so dia nak check berapa estimate amount yang dia akan dapat. Kena pulak PKP so urusan agak delay.

Dia ada kongsi dengan aku satu cerita.
Bila suami dia meninggal, company suami dia kerja ada bagi duit sumbangan sikit dalam 5k. So duit tu dia bagi dekat mertua dia tolong pegangkan kejap. Dia dapat duit tu time orang datang rumah ziarah hari yang arwah meninggal.
Dia tengah sedih time tu tak boleh nak fikir apa so dia bagi jela mertua dia. Seminggu lepas tu bila dia minta duit tu balik, mertua dia cakap nanti diorang agak bagi ikut pecahan faraid. So dia macam blur kejap sebab duit tu bukannya harta si arwah.
Duit tu adalah pemberian daripada company arwah untuk isteri dan anak2 arwah belanja. Dia cakap nasib baik dia kerja so dia ada la duit nak tampung perbelanjaan anak2. Rumah pon nasib baik ayah dia ada bagi as hadiah perkahwinan dia.
Selang beberapa hari lepas dia minta duit tu, abang sulung si arwah remove dia daripada whatsapp group family arwah. Dia macam terpinga pinga why suddenly jadi macam ni walhal time arwah ada hubungan dia dengan keluarga arwah elok je takde apa2 masalah.
Hutang2 arwah takde pulak family arwah sibuk2 nak tolong uruskan. Nafkah anak2 pon takde family arwah nak hulur.

Apa yang aku boleh cakap dekat dia "takpe puan bawak banyak bersabar mungkin ada hikmah disebaliknya."
Kesimpulan yang kita boleh ambil

1. Bagi yang ada mencarum KWSP, tolong la buat penama supaya urusan pengagihan duit tu cepat sikit. Boleh buat online je sekarang.

2. Bagi yang ada account ASB, daftar la hibah siap2. Duit tu boleh dapat kepada penerima hibah tanpa lalui faraid.
3. Buat la wasiat bagi mempercepatkan proses kecairan harta.

4. Bagi perempuan, carilah income sendiri. Kalau suami tak bagi kerja, buat business online dari rumah supaya kita tak meminta minta. Kita tak tau Allah bagi pinjam suami tu berapa lama.
5. Buatlah hibah takaful baik lelaki mahupun perempuan. First thing first adalah untuk settlekan segala hutang piutang kita. Secondly untuk family kita teruskan hidup selepas ketiadaan kita.
6. Jangan tinggalkan isteri dan anak2 dalam keadaan meminta-minta. Kalau hidup kita susah, bukan salah kita. Tapi kalau family kita susah 90% adalah salah kita.
For those yang ada any enquiry pasal

-saving
-investment
-takaful
-hibah
-wasiat

boleh DM or whatsapp saya
http://www.wasap.my/60179415767 ">https://www.wasap.my/601794157...
You can follow @adli_zikri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: