Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah memutuskan persoalan dasar dan hala tuju yang jelas, selari dengan peruntukan yang ada dalam perlembagaan. YAB Tan Sri Presiden selaku Perdana Menteri perlukan “tamkīn” (kekuatan menyeluruh) untuk membina negara di era kelaziman baru yang
... lebih mencabar. Akan tetapi, bagaimana dapat beliau lakukan yang terbaik untuk negara jika dari dalam parti sendiri pun beliau diganggu-gugat.
Kita telah belajar daripada pengalaman lampau bagaimana YB Tun Dr. Mahathir Mohamad saban hari ditekan dalam Pakatan Harapan, berdepan dengan kegelojohan dan kerakusan kuasa pemimpin tertentu dan keangkuhan segelintir pimpinan DAP.
Ruang diplomasi telah lama dibuka dan akan sentiasa terbuka. Kita hormat dan telah lakukan sedaya yang mungkin untuk menyelamatkan kedua-dua tokoh dan pengasas parti yang begitu besar jasa mereka. Ini jelas.
Sebaliknya, susu telah dibalas tuba. Di depan YAB Tan Sri dijual cerita indah penyatuan. Manakala di tempat lain pula, berkomplot dengan pihak lawan untuk jatuhkan parti sendiri. Nampaknya ada batu api yang merosakkan, 'throwing spanner in the work'.
Ahli parti perlu tahu bahawa BERSATU tiada masa hadapan dalam Pakatan Harapan. Perjuangan asas kita demi menjulang nasionalisme Melayu baru tidak cocok malah bertentangan dengan faham dan kerangka sekular-liberal Pakatan Harapan yang didominasi 'jalur keras' DAP.
BERSATU hanya dilihat sebagai besi berani untuk menarik undi Melayu, kita belajar daripada pengalaman perit ini. Apabila kita sedar kita salah, kita wajib kembali ke pangkal jalan; kalau tidak, akan sesat jatuh gaung.
Kita telah mencari ruang di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, namun eksperimen itu membuktikan sebaliknya. Orang Melayu tidak boleh menerima pakatan politik sebegini rupa dan ini mengakibatkan negara sentiasa bergolak. Ketuanan Melayu (Malay Custodianship) dan Bumiputera perlu
... diperkasakan dengan adil agar payung Kemakmuran Bersama dapat dirasai oleh semua.
BERSATU mempertahankan “consosiational politics” (politik muafakat perpaduan bangsa-bangsa di Malaysia) selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Kita perlu jalan terus kerana Perikatan Nasional adalah wadah terbaik buat negara di saat ini.
Sejak 8 September 2016 lagi, sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang, kita tetap pertahankan asas dan rukun perjuangan Nasionalisme Melayu yang BERSATU citakan.
Jika jadi kerajaan, kita jadi kerajaan yang berprinsip dan berkesan. Jika jadi pembangkang, kita jadi pembangkang bermaruah. Insya-Allah!
You can follow @wanfayhsal.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: