Assalamualaikum, semalam 1st time saya nampak ada gelandangan di area saya. uncle yg mualaf, dibuang dan dihalau oleh keluarganya setelah mengetahui uncle ni dah masuk islam. Uncle ni menangis sebab saya satu orang sahaja yang bertanya tentang dia. (INI ADALAH THREAD)
Uncle ni dah seminggu dihalau, bayangkan, kita seronok beraya dengan baju baru, uncle ni dibuang sebab dia masuk islam sahaja. Sedih saya, bayangkan ayah korang dibuang family. Sampai hati kan

Tenpat kerja saya berhadapan masjid. Masjid tutup, dia kata di nak duduk masjid tak dapatlah. So dia tidur dekat area sebelah tong sampah besar utk kawasan ni sebab tempat tu lapang sikit dan redup.
Sesiapa yang nak beri bantuan boleh pm saya ye. Kitorang jaga pakcik ni sementara. Bagi dia mandi, rehat dan solat kat tempat kerja kitorang. Sungguh sedih melihat uncle sebaya dengan ayah kitorang dibuat macam ni

TOLONG RETWEET

Pakcik ni dah mandi alhamdulillah. Tapi malam nanti dia nak duduk mana sebab kedai ni tutup malam
SEBARKAN SUPAYA DIA DAPAT TEMPAT YANG SEPATUTNYA. I TRUST OUR POWER MALAYSIAN


BTW, PAKCIK NI TAK MEMINTA LANGSUNG! TAK PERNAH DIA MEMINTA2 saya nampak. Tahu cerita sebab saya yang approach sebab niat nak beri duit raya. Borak2 dengan dia sebelum kerja. Dia simpan kesedihan dia sendirian.
Ini sahabat saya kat tempat kerja yang sama-sama jaga pakcik ni mulai harini sementara bila kami masuk kerja. Malam pakcik ni tak tahulah nak tidur mana, kami masih gelisah memikirkan nak kasi dia tidur mana

Mulanya macam ni, saya nampak dia semalam berjalan kat tepi2 jalan raya depan tempat kerja saya. Dia jenguk2 masjid yg tutup kat tepi jalan tu. Sepanjang dia jalan tu, dia KUTIP SAMPAH dan masukkan ke TONG SAMPAH. Tetiba harini masuk kerja, dia duduk sedih depan ni 


Saya percaya ada hikmah kenapa Allah pertemukan saya semula dengan uncle ni harini. Dia buat saya rindu ayah saya yang jauh di kampung.
Saya cakap kat dia, bolehlah pakcik saya anggap macam ayah saya kat sini sekarang
Saya rindu ayah saya

Isteri dia dah meninggal sebab kanser. Yang buang dia ni semua family dia, adik beradik dia semua buang dia. Means sebelum ni dia ada isteri dia sahaja ya Allah

mask dia ya Allah.
Saya gembira lihat pakcik ni tersenyum dan cakap kitorang hormat dia. Walaupun dia senyum dalam tangisan, air mata dia buat saya sangat2 sedih dan dapat rasa apa yang dia rasakan
Semoga dilembutkan hati keluarga dia untuk terima dia walaupun agama berbeza


Maaf saya x sempat baca semua dm sebab saya kerja. Jangan risau pakcik tu gembira dengan bantuan kita semua.
Alhamdulillah, dia tak rasa keseorangan dengan bantuan kita. Sesiapa yg ada minta nombor bank akaun saya utk bagi bantuan utk pakcik, 12038025717658 (Bank Islam) Rosnih

Terima kasih ada yg donate untuk pakcik! Semoga semua dimurahkan rezeki 
Skg ni saya nak belikan pakcik kelengkapan mandi etc, belikan dia apa yg perlu. Sedih dengar dia cakap dia gosok gigi guna tuala je lepas mandi tadi 






Ini beberapa helaian dokumen yg dia ada. Btw, pakcik ni ic dan kad bank dia semua dah hilang. lama dah buat report. Tapi dia pun takde siapa2 dah lepas isteri meninggal dan dia tak berapa pandai, lagi2 benda it etc.
Saya minta maaf tak cukup tangan saya untuk reply satu2 dm korang sangat banyak. Saya baru habis kerja dan kami tengah makan dengan pakcik, malam ni kami order makanan sedap2 sebab ntah bila last dia merasa makanan macam ni

Malam ni kawan sekerja saya, lelaki. Dia akan temankan pakcik ni. Duduk dengan dia sementara. Siang nanti kami semua ada untuk temankan & jaga pakcik. Yang memberi sumbangan kami hargai sangat2. Pakcik dapat merasa makan ramai2 dengan kami, macam ada family dia kata

Kami akan hargai dan enjoy semua waktu yang kami luangkan dengan pakcik ni sebelum ada mana2 pihak yang nak ambil pacik ke tempat yang sepatutnya
