Kat US ni issue dia bukan White benci Black semata-mata. Tapi akhirnya balik ke political and economic inequality.

Dulu aku kerja dgn institute yg 90% White. Bila bincang ngn co-workers, kenapa ya mcm tu? Jawapan akhir ialah sebab tak ramai Blacks ada master's degree.
Kita tengok di US, Blacks sentiasa jadi bangsa yang terkebelakang. Kalau crime pun tinggi juga, education rendah pun dia yg ramai, masalah sosial macam single mothers, bapak tinggal anak pun Blacks juga.

Tak boleh salahkan mereka, sebab ia kesan dari systemic racism.
Nak faham systemic racism, sebenarnya kaitan dia sampailah dulu zaman bawa hamba Blacks dari afrika ke US. Sampai ke US, mereka kena brainwash utk jadi kristian, buang identiti lama.

Pelik tak kenapa nama2 diorg byk latifah, kareem, dsb. Ni semua serpihan asal usul Muslim.
Dipendekkan cerita, years of slavery akhirnya memberi kesan besar kepada Blacks sampai hari ini masih terkebelakang.

Komuniti Blacks tak dapat duit yg mencukupi untuk buat sekolah yang berkualiti, dan mereka sentiasa di sidelined dalam apa2 policy.
Kesan juga pada prejudice dan stereotype. Blacks dilihat sebagai penjenayah, banyak masalah sosial, tak pandai. Dari segi bahasa pun memberi kesan, sebab ada language barrier dari segi slang berbeza.

Benda ni yg terpahat dalam subconscious polis2 yg bunuh Blacks.
Now to ask ourselves; sama ke Whites privilege dengan Melayu?

Nak faham, kena tengok economic dan political inequality.
Di Msia, ada jurang economy yg besar antara Cina vs Melayu+India. Orang Cina dominan dalam ekonomi. Taikun-taikun besar semua Cina dan senarai orang terkaya di msia pun majoriti Cina.

Sebab itu ada isu "mandarin speaking only" bila apply kerja. Kajian akademik dah tunjukkan.
Ada tak isu sekolah Cina "underfunded" macam Blacks di US? Tak, quite the opposite.

PN ke PH, sekolah private Cina semua dapat funding juta-juta. Yang sideline ialah kawasan pedalaman. Bangsa apa majoriti duduk di pedalaman? Bukan Cina. Orang Melayu dan Orang Asli.
Dari segi political inequality pula, memang orang Melayu yang dominan. Tapi kena faham, politics berkait rapat dengan ekonomi.

So kalau tengok key players memanglah Melayu, tapi yang sentiasa rapat dengan mereka ialah taikun. Kalau x dah lama sports toto tutup.
Ada orang kata Melayu pun diskriminasi sebab tu ada bumi or non-bumi lot.

Here's the thing, kita tengok apa jadi di US: Whites dominate kawasan urban dan sekolah2 yang kaya-raya, tiada affirmative action untuk bantu bangsa lain. Native americans pun kena sidelined.
Kalau ada affirmative action, MUNGKIN nasib dan pemilikan Native Americans dan Blacks terjaga. Sekarang its a free market di US dan kesannya ialah systemic racism; komuniti Blacks byk adalah kawasan miskin dan sekolah underfunded.
Native Americans pula, mereka ada "tribal governance" sendiri. Susah aku nak explain, tapi senang faham diorg ni terasing dari sistem biasa in certain aspects.

Tapi again, kena sidelined dari segi policy...
...sistem dah paksa diorg utk jadi bergantung pada govt, get just enough money and funding to live but not enough to thrive. 22% live in poverty. Low graduation rates.
So lets get the facts straight. Free market, open policies yang konon "progressive" tak akan bantu kurangkan jurang ekonomi dan politik antara bangsa di malaysia.

Affirmative action bukan racism, malah ia membantu untuk reduce racial inequalities.
Nak banding discrimination di msia vs di USA memang jauh langit dan bumi.

Orang mabuk pun paling teruk kena maki di social media. Pihak berkuasa masih jaga maslahat tak kira bangsa dan belum lg aku tengok ada yang belasah bangsa lain sebab prejudis. Exceptional cases kalau ada.
You can follow @itsyusri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: