Perbandingan agak malas copy paste habis analisis dinamik kaum di US tanpa mengambil kira konteks legasi kolonial, pelucutan hak dan penindasan di persimpangan kelas/kaum, jurang kaum, dan diskriminasi yang dialami oleh org Melayu

Malay liberals please do better. #Thread:
Hujah ini wujud kerana Melayu mempunyai persamaan statistikal dengan orang putih, majoriti. Maka Melayu dikatakan ada Malay privilege. Gagal disebut, legasi kolonial yang menzalimi Melayu sbg kaum pribumi, sedangkan sejarahnya orang putih bukan pribumi malah penzalim
Tweet dalam gambar secara tak langsung meremehkan kezaliman sistem pro-orang putih di US & sejarah pahit penjajahan di negara kita. Tujuan aku bukan untuk buktikan Melayu lebih tertindas atau nafikan keistimewaan yg dinikmati. Tapi penting untuk kita teliti konteks+dinamik sosial
1. Sejarah kolonial. Melayu ialah golongan pribumi yang masih merasakan legasi zalim kolonialisme. Usaha pemunduran Melayu oleh British telah mengehadkan kemajuan taraf hidup Melayu melalui institusi & ideologi kapitalisme kolonial. Penindasan ini disasarkan berdasarkan kaum
Maknanya, Melayu ditindas kerana mereka Melayu. Melayu semenanjung tinggal di ceruk luar bandar dan kegiatan mereka had pada tahap pertanian sara hidup (subsistence farming). Orang Cina yang dibawa masuk British untuk melombong timah, tinggal di bandar, taraf hidup lebih tinggi
Maka banyak yang dapat bina perusahaan sendiri, terlibat dalam peruncitan dsb. Situ lahirnya kelas kapitalis Cina. Sementara itu, majoriti Melayu takda interaksi dengan pasaran pekerjaan dan private capital. Jurang kaum dibesarkan lagi disebabkan akses pendidikan formal di bandar
Literacy rate Melayu jahanam. Hanya sekumpulan kecil Melayu dapat pendidikan formal. Orang India pula, estet sebagai hak milik persendirian terletak di luar bidang kuasa kerajaan, jadi langsung tiada akses. Bumiputera lain pun sama jahanam di bumi sendiri
Merdeka 1957, Melayu tak setaraf dengan Cina & India dalam status ekonomi. Kaum lain ada juga dapat manfaat daripada legasi kolonial British. Melayu tidak. Tapi jangan salahkan Cina & India, salahkan British, aristokrat melayu & kapitalis. Firaun comes in all shapes and sizes
Kezaliman yang kita tempuhi ialah sejarah yang berat. Statements like hers erase the weight of our colonial history. Dan legasinya masih membebankan kita. Kalau compare, orang putih US tak pernah mengalami sejarah seperti ini. Amat penting bila cakap pasal white privilege
2. Melayu masih hadapi diskriminasi. Kalau bukan dari kaum lain, dari kaum sendiri kelas atasan. Callback rate interview bagi orang cina ialah 5.3 kali lebih tinggi dari Melayu walaupun kualifikasi sama. Kajian Dr Lee, Dr Muhammed. Again, the point isnt to compete in victimhood
Penting untuk fahami dinamik kaum. Economist Branko Milan (2006) mengatakan bahawa "Menjadi Cina, (dengan semua sifat sama) menghasilkan premium gaji hampir 23 peratus berbanding dengan orang Melayu. (Lihat thread @WanAbdRahman ) https://twitter.com/WanAbdRahman/status/882850113860673537?s=20
Syed Hussein Alatas (1977) berpendapat bahawa mitos melayu malas mengakibatkan “amalan diskriminasi” di mana “sejumlah majikan telah menolak orang Melayu kerana mereka meyakini mereka pemalas. Banyak orang berfikir bahawa pada dasarnya orang-orang Melayu tidak dilengkapi dengan..
kemampuan menjalankan usaha”. Mitos ini dimakan oleh golongan bukan Melayu yang berpengaruh dan cendekiwan Melayu. Kalau employers rasa Melayu risk group, lebih bersedia mengambil orang Cina bekerja, masih samakah Melayu itu dengan whites? Whites discriminated in US job market ke
3. Harus ditekankan bahawa hak keistimewaan orang Melayu itu ialah sebahagian daripada hak bumiputera yang melibatkan minoriti pribumi lain eg Iban Kadazan Dusun. Golongan tweeter tadi, bila bincang affirmative action Bumiputera pasti akan disamakan w/ institutional racism in US
A corrective mechanism to address historical reasons for racial inequality, that could be flawed, tak boleh dibandingkan dengan sistem yang mengutamakan perlindungan kepada orang kulit putih daripada seluruh spektrum race-based stress sehingga penjatuhan hukuman
Jika Melayu miliki privilege sosial via perlembagaan, wujudkah pula Chinese privilege kerana Cina memperoleh kelebihan legasi zaman British: akses kepada kapital & taraf hidup tinggi? After all, "the average Chinese household had 1.9x as much wealth as Bumiputera" (Khalid 2007)
Tu semua masih boleh diperdebatkan. Apa yang jelas ialah dinamiknya berbeza dengan whites and POCs di USA. Dan apa yang kita boleh persetujui ialah institutional racism adalah sesuatu yang patut diperbetulkan. Dan tak kira kaum mangsa, harus ditentang
Jangan nafi bahawa kaum lain hadapi diskriminasi sbg minoriti (eg bawah). Yang dibetulkan ialah konteks sejarah yg perlu diteliti. Alat analisis yg boleh bantu kita fahami keadaan sosial US tak boleh tekap habis diguna untuk fahami keadaan sosial Malaysia https://twitter.com/umploopy/status/1266273858497073158?s=20
Ada juga scheme affirmative action yg perlu disemak kembali untuk memastikan ia membantu target group. Biasiswa kerajaan misalnya, tak seharusnya menguntungkan Bumiputera kaya. Bukan setakat Bumiputera miskin tercicir, Cina, India miskin juga lebih berhak https://twitter.com/WanAbdRahman/status/1079381895547252737?s=20
Banyak program bantuan, schemes/aids yang dicipta untuk membantu kumpulan miskin Malaysia, tak reach goal & hanya enrich the rich. Sebab itu tak boleh race-based sahaja, perlu affirmative action yang needs-based juga. Ini pendapat aku. These two instruments are complementary
Jangan terperap dalam bubble sendiri. Akhirulkalam, jangan racist, jangan classist. Sentiasa berpesan kpd diri bahawa antara orang2 miskin tertindas lebih banyak persamaan daripada dengan orang2 kaya di atas. Sebabtulah yang jahanamkan Melayu biasanya Melayu atas bukan kaum lain
Silakan mendalami isu di US, tapi jangan setiap kali komen isu di Malaysia, kiblat mesti US. Boleh stop zikir Meleis Meleis Meleis. Use your privilege untuk belajar berfikir bebas drpd acuan org. Lebih penting lagi, jangan bogelkan sesuatu isu atau masalah daripada konteksnya
You can follow @NazhrinFS.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: