Di US tengah hot pasal kematian seorang lelaki berkulit hitam bernama George Floyd pada 25 Mei yang berpunca daripada tindakan seorang polis yang melutut pada lehernya semasa menahannya.

Sebelum maut, Floyd berkata "I can't breathe" selama 15 kali tapi tak dilayani.
Selepas video kejadian viral, protes besar-besaran meletus di Minneapolis. Walaupun 4 polis yang terlibat telah dipecat, namun penduduk tempatan terutamanya Blacks tetap tak dapat menahan kemarahan sampai membakar stesen polis.
Diorang marah sebab isu keganasan polis (police brutality) terhadap Blacks bukan benda baru. Kajian Universiti Rutgers kata setiap 1 daripada 1000 Blacks ada risiko dibunuh oleh polis, 2.5 kali lebih tinggi berbanding Whites. Sebab tu ada gerakan "Black Lives Matter".
Agak ironik negara adikuasa dunia yang menjulang kebebasan & kesamarataan masih ada masalah macam ini.

Malah, sejarah Blacks menikmati hak sama rata tak sampai 60 tahun: hanya pada 1964 baru kerajaan menandatangani Civil Rights Act melarang diskriminasi terhadap Blacks.
Nenek moyang Blacks berasal dari Afrika, diculik dan dijual sebagai hamba kepada pemilik ladang di selatan US.
Amalan ini dikecam oleh negeri2 industri utara yang tak ada ladang. Pada tahun 1861, negeri2 utara berperang dengan selatan untuk menamatkan sistem perhambaan.

Perang berakhir dengan kemenangan Utara dan Presiden Abraham Lincoln memansuhkan sistem perhambaan pada tahun 1863.
Namun kehidupan Blacks tidak menjadi lebih baik. Negeri2 Selatan masih mendiskriminasi Blacks dengan undang2 "Jim Crow" yang mengasingkan Whites & Blacks. Blacks tak dapat bersekolah & bekerja, malah berdepan dengan ancaman nyawa oleh White Supremacist macam Ku Klux Klan.
Jadi ramai Blacks berhijrah ke negeri-negeri Utara, dan tokoh Blacks dari selatan seperti Martin Luther King Jr dan Malcolm X pula memperjuangkan hak sama rata Blacks, dengan membayar harga nyawa.
Ahli2 politik Utara bersimpati dengan Blacks, tapi kena tunggu sampai 1950-an baru nak tolong.

Keputusan Mahkamah Agung "Brown v. Board of Education" 1954 mendapati undang2 Jim Crow tidak menepati perlembagaan, Blacks harus diterima dalam sekolah awam termasuk di Selatan.
Kerajaan cakap boleh, tapi Whites di Selatan masih degil.

Apabila 9 budak Blacks nak memasuki Little Rock Central High School di Arkansas pada September 1957, budak Whites duk harass mereka dan menghalang mereka masuk.
Gambar budak White menjerit kat budak Black mengejutkan Presiden Dwigh Eisenhower, sampai dia mengarahkan National Guard untuk melindungi 9 pelajar Blacks ini ke kelas.
Yang ironiknya, hari ni Trump pun nak arahkan National Guard ke Minneapolis, cuma kali ini untuk menyuraikan protester yang kebanyakan Blacks.

Dah lebih 60 tahun, hubungan etnik di US masih pi mai pi mai tang tu jugak.

What's wrong? Think about it.
You can follow @AymanRashdanW.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: