PASUKAN KHAS LAUT (PASKAL)
SENTIASA YANG TERBAIK

Pasukan Yang Mula dikenali kerana satu Filem. Dgn Beret Ungu sebagai Lambang Kehormatan dan Identiti. They are One of Malaysia Top Warrior

Ini Biodata mereka and mengapa mereka Sentiasa Yang Terbaik

Ini ialah Thread 👇
First sekali Saya minta maaf yg Request Thread Program 15 ke 5. Saya akan buat after this sbb Research saya tak lengkap lagi. Nanti after this I will do The Thread. I promise.

Anyway saya ikut suara kena ikut Majoriti
Credit Gambar: Instagram @tldm_rasmi dan Wikipedia

Credit link I will go down Below. So Let's get started
Sesiapa yang pernah tgk Cerita Paskal The Movie mesti tahu Mengenai Pasukan ini. Pasukan ini bukan rekaan ya. Memang wujud dan sudah lama mempertahankan kedaulatan negara bersama pahlawan lain

Sbb hari tu ada duk kata Adrian Teh reka Pasukan tu sbb movie
Pasukan Khas Laut atau PASKAL ialah Pasukan Khas yang bernaung di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia. Pasukan ini mula Menjalankan Operasi dan ditubuhkan pada 1 Oktober 1980. Dan Mulai aktif pada 1 Oktober 1982
Keanggotaan Pasukan ini sulit. Namun saya pernah terbaca yg Keanggotaan Pasukan ini tidak sampai 1 Peratus daripada Jumlah Anggota TLDM. Berikutan syarat kemasukannya dan latihan kelayakan yang tinggi demi mengekalkan Kredibiliti pasukan
Ramai Yang menyertai Latihan kelayakan untuk menjadi ahli pasukan ini. Namun hanya sedikit yg terpilih. And yeah the qualifiying is really hard

Pasukan ini boleh beroperasi Di Darat Laut dan Udara meskipun Pasukan ini di bawah Tentera Laut
Pasukan ini dianggap antara Pasukan Terbaik Tentera Malaysia kerana memiliki Persenjataan dan peralatan yang terkini. Selain skill dan kegagahan tinggi ahlinya

Persenjataan Dan Peralatan mereka Setaraf atau lebih jika dibandingkan Dengan Pasukan Khas Negara lain
Dikhabarkan Juga Persenjataan dan peralatan Pasukan ini juga setaraf dgn US Navy SEAL. Yg merupakan Pasukan Khas Terbaik selepas Special Air Services UK yg merupakan Pasukan Khas No 1 Dunia

Pasukan ini juga bernaung di Bawah Malaysia National Special Operation Force (NSOF)
NSOF saya akan terangkan dalam Thread lain.

Pasukan ini berperanan dalam Operasi Khas Laut, Darat dan Udara. Serta berperanan sebagai Pasukan Anti Pengganas ATM

Berpengkalan di Pengkalan Laut Utama TLDM Lumut Perak

Pasukan ini memiliki dua Pasukan
Pasukan Pertama digelar KD Panglima Hitam dan Pasukan kedua digelar KD Sri Semporna.

Pasukan ini Dipimpin oleh Laksamana Anuar Bin Alias(Beliau merupakan penerima Pingat Gagah Berani)

Motto Sentiasa Yang Terbaik digunakan pasukan ini sentiasa tersemat di dalam Setiap anggotanya
Pasukan ini mula diusulkan untuk ditubuhkan pada Tahun 1975

Apabila peningkatan Ancaman Lanun di laut, kegiatan penyeludupan dan pencerobohan terhadap Kawasan perairan Malaysia. Memerlukan satu pasukan ditubuhkan bagi memerangi Ancaman ini secara khusus
Atas Ancaman di atas. Pasukan ini diusulkan dgn model latihan ini berkonsepkan Peperangan Moden di Laut. Mereka dikehendaki menjalani Latihan Perang moden di laut

TLDM memulakan Penghantaran 30 org anggotanya sebagai Batch Pengasas Pasukan ini ke Kem Sungai Udang Melaka
Ye Kem Sungai Udang tu jugak Kem Pasukan Khas ATM Rejimen Grup Gerak Khas GGK

Slps latihan di Sg Udang. Mereka dihantar ke Surabaya Indonesia bagi mendapat Latihan Khas daripada Komando Pasukan Katak(KOPASKA). Pasukan Khas Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut
Seorang daripada Anggota yg menjalani latihan di Surabaya Indonesia gagal tamat latihan kerana patah kaki akibat latihan. Slps Latihan di Surabaya Pasukan ini dihantar untuk latihan Khas bersama Royal Marines Commando British UK
Seterusnya mereka menjalani Latihan Khas di Coronado US bersama Pasukan Khas Laut US. US Navy SEAL.

Bersama US Navy SEAL ini lah. Mereka dilatih berkaitan Latihan Asas Komando dan operasi operasi berkaitan Pasukan Khas yg tk dpt dijalankan oleh Tentera Biasa
Mereka juga menjalani Latihan Asas Formasi Tentera Laut Amerika Syarikat di California dan Norfolk,Virginia

Latihan asas itu termasuk lah Serangan Amfibia, Sabotaj. Penyusupan dari laut, Antara anggota Batch Pengasas ini ialah Leftenan Ahmad Ramli Bin Kardi
Selepas tamat latihan tersebut. Mereka mula beroperasi dengan Pasukan ini Mengawal Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia ZEE sejauh 200 Batu Nautika dari perairan Malaysia. Jauh ke luas eh Lupa lak
Pasukan ini mendapat Nama Timangannya dan ditauliahkan sebagai KD Panglima Hitam pada 15 April 2009. Pentauliahan itu disempurnakan Panglima Tentera Laut ketika itu Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar.
Pemilihan Nama diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yg juga merupakan Kolonel Yang Dipertua TLDM.

Dan Akhirnya mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pentauliahan ini diberi atas Pelbagai Jasa mereka mempertahankan Malaysia menerusi pelbagai Operasi.
Peranan PASKAL menjadi lebih penting apabila Malaysia Makin maju

Kerana mereka ditugaskan Mengawal Keselamatan kesemua 30 Pelantar Minyak Di Malaysia.

Mereka juga dilatih dan berperanan dlm Operasi Membebaskan Kawasan Perairan. Menyelamat Tebusan dan Menentang lanun
Pasukan ini juga boleh Buat Serangan Amfibia Darat, Operasi Penyusupan dan Sabotaj Pelabuhan dan kapal Musuh, Operasi Anti Pengganas. Operasi membersih periuk api

Mereka juga boleh buat Joint Operation bersama Pasukan Khas ATM yg lain
Tetapi Peranan mereka yg paling penting adalah untuk Mempertahankan Kedaulatan Malaysia di kawasan Perairan Pertikaian Kepulauan Spratly dan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia ZEE.

Mereka merupakan Barisan Hadapan bersama TLDM. Dgn Pasukan ini Diletakkan di Pulau Layang Layang
Sbg Pasukan Hadapan Negara

Sebahagian daripada anggota Pasukan ini juga menjadi Pengawal Keselamatan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Dgn mereka mendapat Latihan Khas di US
Park
Ok sambung
Well Latihan Nak Masuk Team ni pun tak mudah

First sekali Nak masuk team ni mesti Anggota Tetap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Umur tak lebih 30 tahun. Dan Rekod Kesihatan yg sgt sgt baik

I mean it Really Baik punya
Latihan Asas Kelayakan PASKAL

Ok sebelum tu nak explain. Yg korang tgk Dokumentari bagai semua tu pasal Spec Ops team tu. Termasuk GGK dlm History Channel. Itu semua hanyalah Latihan Nak masuk Team tu. Bukannya Latihan Team tu..
Kira yg dokumentari tu Macam Kelayakan je tau(Ingat World Cup je ada kelayakan. Komando pun ada) Latihan Pasukan Khas semuanya Rahsia Negara. Yg Masuk team tu tahulah latihannya. (tapi rasanya boleh imagine sbb Kelayakan pun dh berat. Yg Real punya rasanya.....)
Ok Back To Latihan Asas Kelayakan PASKAL

Latihan dia ada 5

1) Ujian Pemanasan/Ujian Kelayakan

2) Kursus Asas Komando PASKAL(Laut, Darat,serta Paya dan Hutan)

3) Latihan penyelam dan Latihan tempur Dalam laut.

4) Asas Payung Terjun

5) Tempur tanpa senjata dan jarak dekat
Selepas lepas Latihan asas di atas baru mereka boleh digelar PASKAL

Mereka diberi Beret Ungu dan Insignia sbg lambang mereka dh Jadi PASKAL(Tgk balik scene Paskal the Movie time upacara bagi beret kat Hairul Azreen and the geng tu)
Ada satu kisah dulu saya baca. Ayah dia Paskal. Bagi Beret Ungu sendiri kat Anak dia sendiri. Wow.
Beret Ungu Kebanggaan dan Identiti PASKAL
Insignia PASKAL
Slps tamat Latihan asas ni. Mereka akan ada Latihan Advance. Untuk upgrade skill diorang sesuai dgn Peranan Pasukan ini.

Mereka juga akan ada Ujian Fitness dan Ujian Kecekapan Wajib Setiap 3 Bulan
Antara Ujian Fitness Wajib itu ialah

1) Larian 7.8 km dlm masa 28 Minit

2) Berenang 1.5 km tidak lebih 25 Minit(Kolam renang)

3) Berenang 6.4 km dgn peralatan tempur lengkap tidak lebih 2 Jam

4) Terjunan bebas. Free fall malam siang dan di pelbagai lokasi geografi
5) Renang Freestyle 1.5 km tidak lebih daripada 31 Minit

6) Selaman Bebas tanpa peralatan (Yes tanpa Bantuan Oksigen) sedalam 7 meter(Tinggi dua tingkat bangunan)

7) Drown Proofing
Drown Proofing ni ialah Identiti Latihan pasukan ini. Tak silap saya kena berenang dalam plbg situasi dalam keadaan kaki dan tangan terikat.(Ada saya baca salah satu situasi nya ialah Berenang 100 Round Kolam renang saiz Olimpik dengan kaki tangan terikat tanpa jejak Dasar Kolam)
Bukan identiti lah more like Latihan Famous.

PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dgn pasukan elit SAS UK, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), dan Sniper Supervisor (Australia)
Mereka turut menjalani Latihan khas bersama Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan beberapa Pasukan Khas Negara lain
Slps latihan Lanjutan mereka juga ada Latihan kursus Khas

Antara Latihan tersebut ialah

1) Survival/Ikthiar Hidup

2) Special Warfare

3) Mencari dan Menyelamat (SAR)

4) Unconvetional Warfare(Termasuk Perang gerila dan Hutan)

5) Tempur Tanpa Senjata
6) Tempur Jarak dekat(CQC)

7) Teknik Abseiling dan Penyelamatan Udara

8) Pendakian Taktikal

9) Rondaan Dan Pengintipan Jarak Jauh

10) Sniper

11) Perisikan Khas

12) Pelbagai Bahasa

Dan banyak lagi Kursus Silibus Latihan yg dirahsiakan
PERSENJATAAN DAN KELENGKAPAN PASUKAN

1) Glock 17

2) Glock 18

3) Glock 19

Senapang Patah

1) Remington M870

2) Remington M1100

3) Mossburg 500

Submesingan

1) FN P90 PDW

2) HK-MP5A5

3) HK-MP5SD6

4) HK-MP5-A4 PDW

5) HK-MP7A1- PDW

6) HK UMP.45
Assault Rifle
1) AK 102

2) Colt M4

3) Colt M4A1

4) Colt M16A1

5) HK 416

6) HK G36 KE

7) HK G36C

8) HK XM8
Sniper

1) Al-AWM

2) HK-MSG 90

3) M14 DMR

Mesingan

1) CETME Ameli

2) FN Minimi

3) M60A2
Demi mencipta kelainan daripada pasukan elit Malaysia yang lain, persenjataan MP5A5 buatan Heckler & Koch (HK) yang digunakan oleh PASKAL ini telah digantikan dengan MP5A5 buatan Brugger & Thomet (B&T) dari Switzerland.
B&T MP5A5 direka khusus dengan penyaduran bahan khas supaya ia boleh digunakan dikawasan perairan dalam tempoh yang amat ekstrem, seakan sama dengan MP5-Navy buatan HK.
Mereka juga turut mempunyai UDV iaitu Underwater Delivery Vehicle(Sapa main Call Of Duty Modern Warfare 2 Mission The Only Easy Day Was Yesterday...yg scene memula tu)(Dlm PASKAL the movie ada juga rasanya time Scene nak pergi Pelantar Minyak tu)
Dan juga bot laju dan kenderaan marin lain sesuai dengan peranan mereka
KENAPA BERET UNGU KENAPA TAK WARNA LAIN

Sbb nya Beret itu melambangkan identiti pasukan ini dan hubungan persahabatan baik antara Pasukan Ini dengan Kor Marinir Indonesia. Dan bukti bahawa Hubungan Malaysia Indonesia kekal kukuh
LANYARD BIRU TENTERA LAUT

Melambangkan identiti TLDM dan juga melambangkan hubungan akrab pasukan ini dengan unit yang melatih pasukan ini, Komando Marin Diraja British,
CELORENG

Celoreng yang menjadi pakaian seragam PASKAL merupakan celoreng yang sama yang pernah dipakai oleh Tentera US dan juga turut merupakan hubungan baiknya dengan US Navy SEAL

TRIMEDIA BUKAN INSIGINIA. MAAF TYPO
TRIMEDIA DI ATAS MELAMBANGKAN

1. Lambang Sayap Terjun - Berkeupayaan untuk penyusupan melalui udara
2. Lambang Jet Fin & Face Mask - Berkemampuan untuk melakukan penyusupan melalui bawah air
3. Pisau Komando - mampu melaksanakan operasi di dalam hutan.

4. Lambang Sauh - salah satu unit dalam TLDM.
OPERASI YANG DIKETAHUI

1) OPS FAJAR

2) Konflik Kepulauan Spratly

3) UNIVEM 2 ANGOLA(Scene Paskal The Movie. Yg Joshua mati kena bom tu.)

4) MALCON-UNIFIL

5) Insiden Kapal Bunga Laurel(Scene Pertama Paskal The Movie. Yg Gambit Saifullah tembak tak tgk rifle tu)
APA RELATED DGN PASKAL THE MOVIE

Sbb filem ni related dekat dgn pasukan ini

1) Latihan Angkat Buggy tu memang ada dalam Latihan Paskal

2) Latihan yg dijalani Pelakon Filem Paskal The Movie hanya 15 Peratus daripada Latihan Sebenar PASKAL(tu pun hidung Hairul dh pecah darah)
Kalau sebenar tak tahu lah camana

3) Hubungan Baik Paskal dgn US Navy SEAL ditunjukkan apabila Scene Komander Maznan pilih Jebb(Ammar Alfian), Joshua dan Arman pergi Latihan SEAL

4) Scene pertama Paskal The Movie diinspirasikan daripada Insiden Kapal Bunga Laurel
5) Scene dekat Angola di mana Joshua Mati diinspirasikan daripada Pengalaman Laksamana Paskal sendiri iaitu Laksamana Anuar Bin Alias. Peristiwa itu menyebabkan beliau dianugerahkan Pingat Gagah Berani
6) Pelantar Minyak dalam Cerita Paskal tu sebenarnya Adalah Pengkalan Laut Tun Sharifah Rodziah

7) Identiti mereka sulit ini terbukti apabila Arman tak peluk mak dia after turun dari kapal. Nak dekat last scene tu. (tu pun ramai kecam kenapa Hairul tak peluk mak dia)
Identiti mereka sulit dan Time tu Hairul masih pakai Baju Paskal

Identiti mereka sulit dibuktikan sekali lagi apabila Nama nama Anggota Paskal yg terkoban dikaburkan dalam last scene Paskal The Movie. Yg Part Laksamana (Eizlan Yusof) borak dgn Arman
8)Misi mereka sgt sulit ini dibuktikan Apabila sampai akhir Movie tu. Komander Maznan dan Laksamana (Eizlan Yusof) tak bagitau Kenapa dan bagaimana Ayah Arman mati. Meskipun Mereka kawan baik ayahnya

9) Yg ada scene di mana Tangan terikat dgn kaki tu.. itu ialah Drown Proofing
10) Memorial Peringatan Anggota Paskal memang ada dekat Pengkalan Laut Lumut tu.

11) Mak Arman mewakili segelintir Waris atau Penjaga anggota. Yelah Mereka terlalu risau sampai Marah Ada certain anggota ni Join Paskal. Operasi sgt rahsia dan balik pun sekali sekala
12) Ada satu scene di mana seorang anggota Paskal suluh Satu Board kat dinding dan nampak bahagian dalam dinding tu. Alat tu memang wujud ya

13) Kapal Selam dlm Movie tu ialah Kapal Selam Scorpene Malaysia KD Tun Abdul Razak..bukan sewa ya. Atau US punya
14) Identiti mereka sgt sulit. Waktu scene ada anggota Paskal ditembak sbb mesingan Jebb dan Yg sorang lagi kena jerangkap samar time nak dekati Tempat Perempuan tu kena ikat. (lupa nama)
Hairul kata dlm satu dialog. Beliau hanya tahu callsign mereka.. Sampai mati pun dia tak tahu nama sebenar mereka(Padahal sama team tu)
15) Watak Jebb membuktikan betapa bahayanya pengkhianatan terhadap Negara..dan beliau ada membawa watak segelintir Penjahat yg mahu Buat jenayah atas alasan nak ubah sistem
KOMANDER PASKAL

1) Laksamana Pertama Dr Haji Sutarji Bin Kasmin(Berkhidmat sebagai Komander PASKAL daripada 1975 hingga 2003)

2) Laksamana Madya Dato' Haji Nasaruddin bin Othman(Berkhidmat sebagai Komander PASKAL daripada 2003 hingga 2015)
3) Laksamana Pertama Anuar Bin Alias(Berkhidmat sebagai Komander PASKAL 2015-kini)
Sekian untuk Thread kali ini

Al Fatihah kepada anggota Pasukan Khas Laut PASKAL yg terkorban sepanjang mereka mempertahankan negara ini

Dan Doa kami rakyat Malaysia kpd kalian anggota PASKAL.. semoga dilindungi diberkati Allah
Dan diberi kekuatan mempertahankan Kedaulatan Malaysia Negara Tercinta ini

AL FATIHAH

Dan Terima Kasih
Berita terkini mengenai TLDM https://twitter.com/Marchfoward/status/1265886147118419969?s=19
Feel free to RT read and Like below https://twitter.com/Marchfoward/status/1227969633522597889?s=19
Next Thread: Program 15 ke 5 TLDM
https://twitter.com/RidzwanMohamed/status/1266305712004624385?s=19
https://twitter.com/JokSyfq/status/1266375700166045696?s=19
P/s Pasukan PASKAL ada Team Setaraf US Navy SEAL (DEVGRU) dipanggil Pasukan 48
https://twitter.com/pakhabib98/status/1266377544586018824?s=19
You can follow @Marchfoward.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: