Good morning guys.

Kita teruskan dengan episode ”Dah jadi sexual predator enabler ke belum?”.
Sebab tu kita kempen semua kena main peranan. Mak, Bapak, lelaki, wanita, kerajaan, ngo. SEMUA.

Bukanlah kata aku baik. Jauh panggang dari api. Aku pun manusia. Aku mestilah syok menikmati keindahan wanita. Tapi bukan bermakna aku kena sokong benda yang salah.
Aku sebagai lelaki kena tundukkan pandangan. Kawal nafsu.

Tapi, perempuan boleh dan digalakkan tanarruj? Di mana-mana wanita telanjang. Lepastu ramai pulak enabler dengan slogan ’Wanita berhak pakai apa yang mereka mahu pakai, kebebasan wanita tanpa sempadan’ etc.

Apooo.
Owh. Lupa bagi konteks. Nah
Ada yang request kronologi dan full text confession. Here u go.
Tak, ini bukan kempen membenci Rejaie.

Bukan jugak kempen untuk menyatakan aku lelaki paling alim. Aku ni nak mengaku ’beriman sepenuh hati’ pun tak sanggup. Banyak cela. Buat dosa setiap hari. Yang kenal aku, tahu aku macam mana. Aku pendosa.
Tapi itu bukanlah lesen untuk aku menggalakkan tabarruj, sexual assault, etc.

Ini kempen untuk kita sedar realiti kehidupan sekarang sangat jijik, bahaya dan mencegah itu lebih baik dari merawat. Kita mesti berhenti beri peluang kepada pemangsa. Tutup pintu kebinasaan yang lebih
besar. Aku dan kau mungkin mampu tundukkan pandangan. Mampu kawal nafsu.

Tapi yang lain? Kita lelaki. Kita tahu apa yang para lelaki fikirkan. Bahkan pemangsa yang bertopengkan feminism inilah yang setiap hari laungkan kebebasan buat para wanita sambil menunggu peluang meratah
batang tubuh wanita dengan rakus. Kes Reajaie ini adalah contoh klasik (dari jutaan kes) bagaimana pemangsa memanipulasi individu dan masyarakat. Tu, Umapagan punya kes tu pun tak setel-setel lagi. Walhal stesen radio merekalah terpaling liberal, feminist, equality, integrity etc
Belum kira lagi jutaan kes yang mana institusi agama baik Islam, Buddha, Hindu, Kristian mengeksploitasi kedudukan mereka untuk melempiaskan nafsu serakah mereka.
Konklusinya, kita sama-samalah jaga diri, jaga adik dan kakak kita, jaga ahli keluarga kita, jaga jiran tetangga kita.

Sekali dah jadi mangsa, seumur hidup merana.

#saynototabarruj
#tundukkanpandangan
Aku doakan kita semua Allah lindungi dari pemangsa dan Allah jaga aib kita semua.

To Rejaie, go see a doctor. Start fresh. May Allah give u strength to face this challenge.
You can follow @_storytotell.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: