Resource Curse atau dikenali sebagai Sumpahan Hasil Mahsul. Atau kadang2 disebut sebagai Dutch Disease.

Apa benda ni?

Simple ja sebenarnya.

Sila RT thread ini jika kamu rasa thread ini bermanfaat. 😁
Korang pernah terpikir tak? Kenapa negara2 di benua Afrika yang kaya dengan hasil bumi ttp keadaan ekonominya kurang memberangsangkan?

Nigeria merupakan pengeluar terbesar minyak di benua Afrika tetapi 40% daripada populasi rakyatnya hidup di bawah garis kemiskinan?
Kalau belajar ekonomi mesti tahu kan apa jenis2 faktor pengeluaran?

Tanah, buruh, modal, usahawan.

Dalam teori jika salah satu faktor itu bertambah, pengeluaran/pendapatan akan bertambah.

Namun dalam realiti tidak semestinya begitu.
Hasil bumi merupakan salah satu faktor untuk mendapatkan pendapatan namun boleh juga menjadi satu sumpahan jika terlalu bergantung dengannya.

Kenapa? Banyak faktor yang boleh kita ulas.

Pertama sekali, ketidak tentuan harga komoditi berasaskan hasil bumi.
Korang tengok sendiri graf harga minyak mentah ni. Kejap turun dengan mendadak, kejap naik dengan drastik.

Kejutan sebegini tidak baik untuk ekonomi negara yang terlalu bergantung dengan hasil minyak.
Tulah kalau korang perasaan, Arab Saudi, pengeluar ke-2 terbesar di dunia mula mempelbagaikan sumber pendapatan mereka dengan meliberalkan ekonomi mereka.

Brunei salah satu pengeluar minyak dan gas terbesar di ASEAN telah mula untuk mempelbagaikan punca pendapatan mereka.
Malaysia sbg salah satu pengeluar terbesar O&G pun turut terkena tempias sumpahan ini. Oleh itu, kerajaan Malaysia mula utk mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan.

Antaranya pengenalan GST . Di mana sistem ini mampu utk mengutip cukai lebih effisien berbanding SST.
Dan pelbagai ahli ekonomi mengakui bahawa Malaysia berjaya mengurangkan impak kejatuhan minyak pada 2015 disebabkan pengenalan GST.

Tapi yela. Banyak di antara kita termakan dengan momokan ahli politik sehinggakan perkara ini telah dijadikan modal kejatuhan kerajaan dahulu.
Okay sambung pasal cerita resource curse.

Kebergantungan terhdp hasil bumi ni pun dikaitkan dgn impak-impak buruk yang lain.

Dutch Disease mendapat namanya kerana Belanda mengalami kemerosotan di dlm sektor pembuatan hasil drp penemuaan sumber gas asli yg banyak di Groningen.
Dan kewujudan hasil bumi spt permata juga turut menjadi sebab berlaku perang di benua Afrika.

Dan sumpahan ini juga menyebabkan kewujudan buruh kanak-kanak yang bekerja di sektor perlombongan permata yg semestinya merencatkan pendidikan kanak2 dan sosioekonomi negara tersebut.
Jadi apa yang aku dapat simpulkan di sini, resource curse satu topik yang luas. Tapi dalam konteks Malaysia, ia lebih kepada kebergantungan kerajaan dengan hasil minyak dan gas.

Sekian.
You can follow @chiohaziq.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: