Bila time raya ni rata-ratanya ramai yang insecure bila tengok orang lain lebih cantik, lebih handsome, lebih putih, lebih licin, lebih apa lagi?

Ya, ada juga yang mengklasifikasikan insecure itu seperti kita 'tidak bersyukur' dengan kurniaan Allah.

Benarkah?

Thread.
Terkadang kita perlu sedar di mana asal kita, di mana akar kita, di mana pucuk kita, siapa kita yang sebenarnya.

Supaya kita tidak mudah hanyut dengan keindahan yang hanyalah sementara.
Mereka yang diberikan kelebihan cantik paras rupa, ujian bagi mereka ialah hati mereka.

Apabila kita merasakan titik kekaguman akan diri sendiri, bimbang akan membawa kepada penyakit hati.
Tidak kurang juga saat hati kita merasa terlalu rendah akan diri sendiri.

Ya.

Kononnya seperti kita ni tidaklah sehebat mereka.
Dengarlah wahai sahabat,

Fikiran seperti ini bukanlah satu perkara yang seharusnya timbul dalam fikiran kita.

Ya benar.

Dunia ni terlampau ramai dengan manusia-manusia yang cantik dan kacak parasnya.

Namun kecantikan sebegitu bukanlah akar kepada keindahan akhlaknya.
Sayang jika kita miliki wajah yang menawan, namun akhlak kita tidak seiring dengan keindahan yang dikurniakan.
Masing-masing Allah kurniakan keindahan dan nikmat tiap satu. Ada yang kaya, ada yang bahagia, ada yang baik akhlaknya, ada yang merdu suaranya, ada yang lantang madahnya, ada yang pandai melukis, ada yang pandai menari, ada yang pandai bermain alat muzik dan sebagainya.
Kenalilah diri kita dengan lebih mendalam.

Cedok satu-persatu bakat yang kita ada.

Jangan kerana satu kekurangan dalam diri, kita lupa sepuluh kelebihan yang Allah beri.

Muhasabah.
Still insecure?

Thread dibawah ini boleh membantu, inshaallah.

Segala ‘reply’ dan ‘rt with comment’, semuanya bermanfaat. https://twitter.com/najmihakimi_/status/1264860665442787329
You can follow @najmihakimi_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: