“Boleh ke introvert berkahwin dengan ekstrovert?”

“Kalau dua-dua introvert pula? Tak ke senyap je hubungan itu nanti?"

“Dua-dua ekstrovert berkahwin, mesti nanti bising dan kecoh je rumah tangga!”

Ini ialah thread, topik personaliti manusia dari perspektif hubungan romantik.
Pengenalan sikit,

Introvert ialah golongan yang seronok bersendirian dan tak suka bersosial dengan orang lain. Mereka lebih sensitif dalam memproses stimuli luaran seperti bunyi-bunyi, lampu-lampu, suasana bising dan kehadiran kesesakan orang, lampu.

Mereka cepat penat.
Ekstrovert pula ialah mereka yang lebih suka bersosial, berinteraksi dan sangat bertenaga apabila perlu berborak dan beramah mesra dengan orang lain.

Mereka dapat tenaga melalui stimuli luaran.

Berbeza dengan introvert yang mendapat tenaga daripada stimuli dalaman (me-time).
Jadi, dengan perbezaan personaliti begini, ada kemungkinan ke untuk dua individu berbeza personaliti untuk kekal bersama?

Di sini, kita kupas sama-sama ikut kategori perbezaan personaliti itu.
Kategori 1: Introvert dan Introvert

Tak sunyi ke nanti hubungan?
Ada topik nak borak tak?
Bosannya dua-dua pendiam.

Di sini, ada salah faham.

Introvert bukannya pendiam atau tak suka bersosial sepanjang masa, tetapi mereka MEMILIH individu yang mereka nak bersosial.
Maksudnya, walaupun seorang introvert, dia tetap akan ada sekurang-kurangnya seorang kawan yang sangat dipercayai.

Kawan yang jadi tempat dia borak,
Tempat dia berperangai menggila,
Tempat dia nak riuh rendah tanpa kehadiran orang lain.

Ya, introvert pun boleh bising juga!
Jadi, tak timbul isu apa jadi kalau dua introvert menjadi pasangan, sebab apabila hati sudah bertaut, percayalah, mereka akan sangat rapat antara satu sama lain!

Malah, jadi kelebihan apabila nak dating.

Dua-dua selesa saja kalau sekadar lepak di kafe,
Atau duduk rumah je.
Tambahan lagi,

Orang introvert biasanya tak suka small talks, tetapi suka perbincangan topik berat, deep dan mencabar minda mereka (the thinking introvert).

Jadi, apabila dua introvert dah rapat dan berbual, topik mereka biasanya bukan calang-calang.

Bukan sembang bishe2.
Kategori 2: Ekstrovert dan Ekstrovert

Nanti dua-dua bising je.
Mesti berebut nak bercakap kan?
Susah nak bercerita, sebab dua-dua nak bercerita.

Mungkin ya, pada masa tertentu.
Dua individu yang jenis riuh rendah, akan selalu 'berebut mikrofon dan spotlight' untuk masing-masing bercerita hal masing-masing.

Tetapi, apabila masuk perspektif hubungan romantik, akan ada satu tambahan faktor,

"Rasa Sayang."
Maksudnya, apabila sayang, kita akan suka memerhatikan dan mendengar pasangan kita bercerita, pada masa sama, kita jadi bersemangat nak cerita pada dia pasal kita.

Macam mana kerja hari ini?
Apa jadi kat pejabat?
Gosip terbaru kawan-kawan?

Mereka jadi bersemangat nak cerita!
Tak dinafikan, akan ada sesetengah masa, dua-dua rasa seperti tak didengari.

Si A nak cerita pada B, tapi B asyik nak cerita pasal B.
Si B pula semangat nak kongsi kisah pada A, tapi A juga nak cerita pasal dia.

Lalu kedua-dua rasa macam kisahnya tak dihargai.
Sebab itu pentingnya komunikasi dan pengalaman.

Semakin masa berlalu, semakin kita matang.
Smeakin kita matang, semakin kita banyak diam.

Semakin kita banyak diam, semakin kita mendengar :)
Kategori 3: Introvert dan Ekstrovert

Okay, ini menarik, sebab orang kata personaliti berbeza nanti susah nak kamceng. Bila berbeza, banyak bergaduh preference nak dating macam mana.

Contohnya,

Si ekstrovert nak ajak keluar,
Si introvert lagi suka duduk rumah saja.
Well, macam saya sebut tadi.

Orang introvert akan 'open up' dengan orang yang mereka percaya, regardless kawan itu personaliti jenis apa.

Apabila berpasangan, kita ada tautan hati.

Dan tautan hati introvert akan buat dia sentiasa nak luang masa dengan temannya itu.
Jadi, walaupun berbeza personaliti, ini boleh jadi kelebihan.

Apabila si ekstrovert bersemangat nak cerita, si introvert menjadi pendengar yang baik. Sebab itu memang kekuatan seorang introvert.

Mereka banyak mendengar, berfikir dan memproses. Lalu beri respons yang baik.
Jadi, si ekstrovert suka bila berpasangan dengan introvert, sebab mereka rasa didengari dan cerita mereka dihargai.

Lepas si ekstrovert dah penat berborak, tiba giliran si introvert pula berceloteh, sebab pasangan itu dia dah terima sepenuh hati dan boleh bising sama-sama.
Ketika si introvert bercerita, maka si ekstrovert akan banyak mendengar sebab ketika ini, dia tengah caj balik tenaga yang habis apabila berborak awal tadi.

Maka, kedua-dua rasa seronok sebab rasa didengari, rasa dihargai setiap kata-kata mereka yang diluahkan.
Nanti Sabtu ini saya akan cerita lagi panjang pasal ini, dalam sesi live Makmal Introvert.

Hanya terbuka untuk ahli komuniti MI saja. Kita live, kita kupas sama-sama topik ini macam sebelum ini.

Kali ini, ada game baru pula haha.

Boleh daftar di http://www.aimanpsikologi.com/introvert 
Makmal Introvert itu apa?

Platform online untuk belajar sama-sama topik personaliti introvert dalam dunia ekstrovert.

Sesuai untuk introvert yang nak kenal diri sendiri dan ekstrovert yang nak kenal kenalan introvert mereka.

Boleh baca lagi lanjut di http://www.aimanpsikologi.com/introvert 
Kesimpulannya,

Tak kisah personaliti introvert atau ekstrovert, semua itu ialah perbezaan, dan masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Bila kupas dari perspektif hubungan rumah tangga, sebenarnya semua bergantung kepada cara kita pandang isu tersebut.
Faktor yang memberi kebahagiaan sesebuah hubungan itu bukan saja terletak pada faktor personaliti, tetapi juga faktor-faktor lain.

Chemistry itu salah satu faktor.

Ada 5C yang menyumbang kepada kesejahteraan hubungan romantik sesebuah pasangan.
Communication,
Consideration,
Compromise.

Kita berkongsi hidup dengan seseorang, maka hargailah hubungan itu seperti kita hargai diri kita.

Introvert atau ekstrovert, itu bukan penentu mutlak keserasian sesebuah pasangan, tetapi sebagai panduan asas saja.

Okay?

:)

Sekain.
You can follow @AimanPsikologi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: