China baru saja meluluskan undang-undang keselamatan bagi membanteras aktiviti "subversif", "separatis" & "teroris" di Hong Kong.

UU ini akan mencetuskan protes besar-besaran macam tahun lepas sebab ramai melihat ia satu pencabulan ke atas prinsip "One Country, Two Systems".
One Country, Two Systems (一國两制) adalah prinsip yang termaktub dlm Sino-British Joint Declaration tahun 1984 yang menjadikan HK sebuah "special administrative region" (SAR) yang mempunyai sistem politik & ekonomi yang berlainan daripada wilayah-wilayah China yang lain.
Sebab itu HK mempunyai matawang sendiri (HKD), tak pakai Renminbi China. Ada bursa saham sendiri, badan perundangan (Legislative Council) sendiri, undang-undang sendiri (Basic Law), polis sendiri, kastam sendiri.
Ketua kerajaan HK dikenali sebagai Chief Executive, berbeza dengan wilayah lain yang ditadbir oleh gabenor.
Undang-undang China seperti censorship juga tidak terpakai ke atas HK yang ada kebebasan bersuara dan berhimpun. Di HK masih boleh pakai Google dan Facebook, tapi di China hanya boleh pakai Baidu dan Weibo.
HK diberi autonomi kerana sejarahnya sebagai jajahan British. Sebab itu kereta di HK memandu di sebelah kiri macam Malaysia, tak sama macam China yang memandu di sebelah kanan.
Jajahan HK diwujudkan selepas China kalah dalam Perang Candu Pertama dan menyerahkan Hong Kong Island (HKI) kepada British pada tahun 1841. Wilayah jajahan ditambahkan dengan Kowloon pada tahun 1860 selepas China kalah lagi dalam Perang Candu Kedua.
Kemudian pada tahun 1898, jajahan HK diperluaskan lagi dengan kawasan New Territories (NT) termasuk Outlying Islands yang dipajak oleh British untuk masa 99 tahun.

Tempoh pemajakan NT akan tamat pada tahun 1997 dan British perlu menyerahkan ia kembali kepada China.
Kalau ikutkan, British masih boleh kekalkan HKI & Kowloon sebagai jajahannya.

Namun China berkeras untuk mengambil alih seluruh HK. British pada penghujung abad ke-20 pun bukan lagi British pada tahun 1841/1860.

Maka British terpaksa bersetuju untuk menyerahkan seluruh HK.
China adalah negara komunis, sedangkan penduduk HK sudah biasa dengan kehidupan bawah British yang ada kebebasan tertentu. Jadi ramai yang panik.

British pun risau semua 5 juta orang HK mohon jadi warga UK untuk lari dari China.
Maka hasil perundingan antara British & China telah mewujudkan One Country, Two Systems untuk masa selama 50 tahun (sehingga 2047).

Dengan adanya 1C2S, parti politik & pilihanraya dibenarkan di HK. Tiada wilayah lain yang ada hak sedemikian kecuali Macau yang juga sebuah SAR.
Cuma pilihanrya di HK agak terhad. Hanya 35 daripada 70 kerusi di Legislative Council dipertandingkan secara umum. Jawatan Chief Executive pun bukan dipilih secara umum tetapi dipilih menerusi jawatankuasa khas yang terdiri daripada 1200 orang.
Sistem demokrasi terhad ini membolehkan parti2 pro-establishment (建制派) mendominasi HK.

Kesemua Chief Executive sejak tahun 1997 adalah dari kem pro-establishment yang pro-Beijing: Tung Chee-hwa (1997-2005), Donald Tsang (2005-2012), Leung Chun-ying (2012-2017) & Carrie Lam.
Jadi parti2 pro-demokrasi (泛民主派) bertahun-tahun berjuang supaya "pilihanraya umum yang sebenar" (真普選) dilaksanakan.

Antara tokoh pro-demokrasi adalah seperti Martin Lee, pemimpin Democratic Party dan Jimmy Lai, pemilik Apple Daily, akhbar paling popular di HK.
Namun sikap Beijing yang berkali-kali menafikan tuntutan kem pro-demokrasi telah mencetuskan Umbrella Movement pada tahun 2014 di mana protestor mencontohi gerakan Occupy di US dengan sit-in di bandar-bandar utama.
Pada tahun lepas, percubaan Beijing untuk memperkenalkan Extradition Law juga mencetuskan protes besar2an.

Penduduk atas pagar pun mula risau kebebasan bersuara & kebebasan berhimpun akan dikompromi sekiranya Beijing apply undang-undang di luar skop pertahanan dalam HK.
Selain soal hak dan kebebasan, semangat "localism" (本土主義) juga semakin meningkat di kalangan orang HK, terutamanya orang muda yang melihat identiti HK semakin tergugat sejak kembali ke China.

Diorang lebih selesa dengan identiti "Hong Konger" berbanding identiti "Chinese".
Kejayaan ekonomi HK di bawah British sedikit sebanyak menanam kebanggaan di kalangan orang HK, agak berbeza dengan keadaan ekonomi pasca-1997 di mana HK berdepan dengan persaingan China dan peluang ekonomi orang tempatan juga terjejas dengan kemasukan warga China.
Malah budaya yang dibangga-banggakan oleh orang HK seperti Bahasa Kantonis dan tulisan Cina tradisional juga terancam dengan Bahasa Mandarin & tulisan ringkas yang dipakai di China.

Contohnya "loon" dalam Kowloon sepatutnya tulis sebagai 龍 bukan 龙.
Maka muncul suara-suara yang mendesak supaya HK merdeka daripada China untuk preserve identitinya. Ni dah keluar skop "One Country, Two Systems" dan menjadikan isu HK bertambah rumit.
Bagi kem pro-Beijing, undang-undang seperti Extradition Law dan sekarang undang-undang keselamatan negara adalah perlu bagi menjamin keutuhan wilayah.

Dan tidak dinafikan kem pro-demokrasi pun ada masanya mengarut juga, sanggup suruh negara2 asing untuk bercampur tangan.
Tapi bagi kem pro-demokrasi, Beijing adalah rejim komunis yang jahat, jadi tindakan diorang adalah justified dan harus disokong oleh negara-negara yang "mencintakan kebebasan".
HK tak ada minyak, tapi pergolakan di HK akan menguntungkan US dan Jepun yang sentiasa mencari peluang untuk melemahkan China, dan juga Taiwan yang cuba rally rakyatnya menolak China dengan menjadikan HK sebagai contoh "mangsa" pemerintahan China.
Sementara semua bergaduh, mungkin UK tengah tepuk tangan senyap2.

Bekas jajahan UK mana yang tak ada masalah identiti macam di HK. Plus, ingat UK ni tak berdendam ke dengan China main ugut. So kemungkinan One Country, Two Systems ni satu time bomb yang ditanam oleh British.
Tapi kalau bukan sebab China "push" sangat, HK pun tak akan react sampai tahap begini. So, tak boleh salahkan sesiapa.

Tammat.
You can follow @AymanRashdanW.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: