Kadang ada pihak cuba untuk menjual 'idea' seakan-akan Islam ini agama yang 'suka hati engkau nak buat apa, Allah tetap sayang engkau'. Kemudian mereka angkat dalil "Tiada paksaan dalam beragama".

Ini kesilapan. Cuba baca penuh dalil tersebut. Baca ayat itu sampai habis.
"Tidak ada paksaan dalam beragama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan kebatilan, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan yang teguh yang tidak akan putus..."
"...Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 256.

Mengapa selepas dinyatakan "Tidak ada paksaan dalam beragama", Allah pergi sebut "Telah jelas kebenaran dari kesesatan?" dan menyatakan pula akibat/hasil bagi orang-orang yang memilih...
...tidak percayakan kebatilan itu, ialah mereka telah berpegang dengan simpulan teguh dan tidak terputus? Kemudian diakhiri pula ayat tersebut dengan "Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui?"
Ayat ini menunjukkan kita ni tak dipaksa bila buat pilihan. Nak buat baik ke, nak buat jahat ke, nak taat atau ingkar, nak jaga alam sekitar atau sebaliknya, itu semua pilihan kita sendiri. Kita tak dicipta seperti robot. Petik suis, jalan. Letak kod, buat. Letak algorithm, ikut.
Tetapi, setiap apa yang kita pilih, ada akibatnya.

Pilih untuk membelakangkan kebatilan, Allah sebut kita berpegang kepada tali yang kukuh. Maka kita faham, kalau kita tak membelakangkan kebatilan, maka kita berpegang kepada tali yang rapuh.

Kita faham begitu sebab...
...Takkanlah pilih tak belakangkan kebatilan, kita masih berpegang pada tali yang kukuh?

Kemudian, amat jelas di dalam Al-Quran, terdapat baaaaanyak lagi firman Allah SWT yang menunjukkan akibat-akibat terhadap pilihan manusia.

Jadi jelas, setiap pilihan kita, ada akibatnya.
Tapi apakah kita dipaksa dalam membuat pilihan tersebut? Tidak. Suka hati hang la nak pilih. Tapi kita dah beritahu awal-awal, pilih begini dapat begini, pilih begitu dapat begitu.

"Macam tu sama aja lah macam kena paksa. Apa kebebasan memilihnya?"

Tak sama. Lain.
Ketiadaan kebebasan memilih, kita ni takkan dapat pilih pun. Kita akan tersekat aja kepada satu pilihan. Tapi dengan kebebasan memilih, kita dah tahu pilih yang satu tu ada akibat buruk, kita masih boleh pilih yang satu tu.
Macam merempit la.
Ada risiko eksiden. Kalau merempit dengan break pun potong, helmet tak pakai, langgar undang-undang bahaya. Ada risiko juga boleh kena tangkap.

Tapi hang nak merempit juga, hang tanggunglah risikonya.

Hang bebas memilih. Tapi jangan kata kita tak warning.
"Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." Surah Al-Isra' ayat 15.

Pesanan dah diberikan, amaran pun dah disampaikan, tugas kita memilih nak ikut atau abaikan.

Akibatnya sendiri tanggung.
Tapi jangan sesekali kata, "Tiada paksaan dalam beragama" tu bermaksud, "Hang boleh buat suka hati hang, Allah SWT tetap okay".

Islam bukan agama "Wat lek wat pis"

Islam agama yang mendidik ummatnya ada sikap tanggungjawab, dengan memahami setiap pilihan ada konsikuensinya.
Tapi, dalam ketegasan Islam, ada kelembutannya.

Di situ, wujud pula peluang dan ruang dinamakan 'keampunan', yang boleh diperolehi melalui jalan taubat bila kita telah membuat pilihan yang salah.

Ya, dah salah pilih pun, boleh ada pilihan lagi nak bertaubat atau tidak. 😁
Itu perbincangan lain(yang sebenarnya saya dah banyak kali sentuh juga).

Cukup sekadar ini dulu bercakap fasal "Tiada paksaan dalam beragama".

Sekian, semoga bermanfaat.
Apa kurang, mohon yang lebih berilmu tambahkan.
Apa silap, mohon yang lebih berilmu betulkan.
You can follow @HilalAsyraf.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: