[UNOFFICIAL NEWS] PKP MUNGKIN DIJANGKA SAMPAI TAHUN DEPAN

Thread
Dari sumber admin, yang boleh admin kata resource yang reliable. PKP mungkin dijangka sehingga tahun depan, tapi isu ni admin tak terkejut sangat.

Sebab secara logiknya pun, anda boleh fikir kenapa govt bagi motarium sampai tahun 6 bulan?
Kenyataan baru kerajaan yang tutup semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga 31 Disember 2020 pun dah menguatkan lagi PKP berkemungkinan sampai tahun depan.
Masa kerajaan mula umumkan motarium, admin dah dapat agak. PKP ini akan lama, sebab isu Covid-19 ni bukan boleh sembuh sekelip mata. Sebab tu wujudnya new normal. Akan wujud cluster² baru.

Refer sini untuk thread new normal https://twitter.com/emragecapital/status/1261501336333332486?s=19
Macam thread yang viral lepas, paling terkesan semestinya peniaga Micro atau SME. Sebab mereka secara tidak langsung hilang sumber pencarian https://twitter.com/emragecapital/status/1255138055159050241?s=19
Syarikat rangkaian buku BHP pun terkesan, anda kena ingat? penutupan branch² ni akan membuatkan ramai kehilangan perkerjaan. https://twitter.com/khairzawawi/status/1265639664502706176
Dalam borak² antara usahawan, ramai kata untuk industri airline untuk recovery, mungkin ambil masa 2 tahun. Malah ada sesetengah yang dah downsize dan take further action. https://twitter.com/ReanaLey/status/1236606211639762944?s=19
Airasia yang mempunyai cash reserved yang banyak pun pasti tak mampu bertahan, kalau nak menampung perbelanjaan overhead yang tinggi.

Walaupun nak jaga kebajikan pekerja, pasti terpaksa ambil langkah drastik untuk memastikan mereka mampu bertahan selama mungkin.
Ini diantara kompilasi thread yang admin berjaya kumpulkan, admin percaya banyak lagi akan menyusul dan terkesan.

Hari ni, dekat timeline ada isu pasal orang marah kepada beberapa individu yang berjalan dekat mall semasa PKP.
Pada admin, anda tidak perlu marah. Buat masa sekarang, peniaga yang masih bertahan bergantung pada volume orang yang datang membeli. Jadi disamping kita nak jaga keselamatan dan kebersihan untuk hindari wabak Covid-19.

Kita perlu juga support local business.
Buat masa sekarang, kita tak boleh terlalu selfish dengan memberi komen kepada orang, apabila mereka keluar ke pusat beli belah dan sebagainya.

Sebab jika tiada mereka, mungkin sesuatu yang lebih teruk akan berlaku.
Admin bagi gambaran mudah,

Bayangkan syarikat perabot gergasi ikea kosong selama tempoh 6 bulan. Apa akan berlaku?

1) Sales akan menurun
2) Overhead tak mampu ditambung
3) lebih ramai hilang perkerjaan
Jadi mungkin syarikat tersebut terpaksa tutup sebahagian operasi di Malaysia yang menyebabkan kerajaan hilang sumber kutipan cukai untuk membantu pertubuhan ekonomi.

So apa terjadi bila rencatan ekonomi berlaku?
Maka, mungkin kerajaan terpaksa ambil langkah drastik untuk menaikkan cukai, menaikkan kadar pinjaman atau lebih teruk kerajaan terpaksa meminjam pada World Bank yang mungkin menjadi faktor negara kita mengalami hutang yang tinggi, atau terikat kepada pengaruh luar.
Bayangkan pula, apa terjadi jika semua tidak membeli pada peniaga kecil?

SME terpaksa gulung tikar, ramai hilang sumber pencarian, kadar pengangguran meningkat dan kadar jenayah juga akan meningkat, dan ini berlaku diatas faktor desakan ekonomi.
Buat masa sekarang ni, setiap nilai yang anda belanjakan untuk peniaga tempatan akan membantu mereka.

Disaat ekonomi macam ni, #KitaJagaKita dan saling membantu sesama lain. Jangan berkira untuk beli pada peniaga tempatan.
Kurangkan berbelanja shoppee (from oversea), beli barang pada peniaga tempatan sekiranya barang tersebut boleh didapati didalam Malaysia.

"The only way we can survive this, if we work together and support each other"
Peniaga SME pula, cari beberapa alternatif lain untuk menambah sumber pendapatan.

Admin ada jumpa peniaga restoran yang tidak buka peniagaan sebab takut wabak Covid-19 berjangkit pada pekerja, walaupun kerajaan dah benarkan dan keluarkan panduan beroperasi.
Kena ingat? Jika anda mempunyai cash reserved yang banyak, yang mampu buat anda tutup kedai untuk tempoh 6 bulan. Silakan tutup.

Tapi jika anda hanya mempunyai simpanan yang mampu bertahan kurang dari 2 bulan. Maka kurang bijak untuk anda ambil langkah menutup kedai.
Sebab tindakan anda mungkin menimbulkan masalah lain akan datang seperti:-

1) Meminjam pada peminjam wang tidak berlesen
2) Kemampuan untuk bertahan demi kelansungan hidup
3) Masalah kewangan yang teruk
Sama juga untuk barber? Ramai merungut pasal mereka tidak boleh beroperasi, tapi jika anda sebetul ingin bertahan. Maka buat potong one-to-one. Dari rumah ke rumah.

Charge RM15 - RM20 pun orang faham, sebab permintaan tinggi.
Perniagaan business-to-business, anda mungkin sedikit terjejas. Tapi tidak bermakna anda perlu merunsingkan kepala fikirkan masalah kewangan.

Jika perlu, adapt situation dengan ubah business model perniagaan anda yang bersesuai dengan keadaan semasa.
Cari bidang kepakaran anda yang boleh digunakan ketika dalam keadaan situasi ini.

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"
Admin cuma nak bagi nasihat satu sahaja, dalam keadaan macam ni. Anda jangan pertikaikan cara orang berniaga, sebab dalam keadaan terdesak mungkin ramai yang ambil tindakan drastik dengan pelbagai cara diluar kotak.

Jika ada cara yang tidak anda senangi, cukup sekadar nasihat.
Tetapi untuk peniaga pula, jangan jadi peniaga yang tidak beretika sehingga tidak menjaga sensitiviti orang lain. Macam contoh beriklan pada tweet atau posting berita mengenai kematian.

Sangat tak sesuai!
Ada beberapa cara yang admin boleh suggest untuk sumber tambahan.

1) Jika penulisan anda bagus, jadi part-time copywriter dari rumah. Untuk upah penulisan iklan peniaga (high demand)
2) Jika anda ada kemahiran untuk buat fbads, ig ads, content, editing. Cuba jadikan module untuk buat kelas mengajar. Sebab permintaan terhadap teknikal skill ni agak tinggi.
3) Jika anda ada peralatan untuk cuci rumah, potong rumput atau anda boleh menyediakan perkhidmatan basuh dan lipat baju. masa PKP ni anda boleh offer servis ni, sebab tak ramai rajin nak buat.
4) Jadi affiliate agent untuk perniagaan orang lain, dan jana komisyen dengan menjual produk orang. Tak perlu modal, hanya menggunakan referral link. Cari perniagaan yang sesuai dan anda mempunyai ilmu asas untuk memudahkan pemasaran.
5) Antara permintaan tinggi, menyediakan perkhidmatan membeli barang basah/barang dapur untuk mereka yang memerlukan. Masa PKP, ini antara perkhidmatan yang ramai memerlukan. Ramai takut nak pergi tempat ramai orang.
6) Jika anda pakar dalam buat content, belajar untuk bina branding youtube. Jika anda betul konsisten, 3 bulan dah boleh buatkan youtube anda monetize.

Admin share group tips belajar jadi youtuber [Fast Track]
https://www.facebook.com/groups/405228197004484/
7) Kalau berniaga tak nak, buat business tak nak, nak buat servis pun tak nak. Anda boleh la berjinak² dalam dunia pelaburan saham, sebab ini paling mudah. Duduk dekat rumah guna laptop dengan smartphone je. Modal RM1,000 - Rm3,000 pun dah boleh mula. https://twitter.com/emragecapital/status/1261125491903217664?s=19
Disclaimer: Sebahagian info diatas adalah melalui artikel yang telah di post dari media atau sumber² yang tidak rasmi. Untuk sumber sahih, pastikan anda dapatkan info terus dari kerajaan, badan kerajaan atau melalui channel

Majlis Keselamatan Negara http://t.me//MKNRasmi 
Ralat pada nama syarikat
BHP = MPH BOOKSTORE
You can follow @emragecapital.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: