Bercakap tentang misi #HarimauMalaya B-18 mahu layak ke Piala Dunia Remaja B-20 tengah hari tadi, malam ini #KenanganSukan bersama Khairun Haled Masrom bekas pemain negara yang beraksi di Piala Dunia Remaja B-20 1997. #KamiTeamMalaysia

𝗧𝗛𝗥𝗘𝗔𝗗
"Dah 23 tahun kenangan ini. Malaysia merupakan negara Asia Tenggara pertama yangg dipilih sebagai tuan rumah kejohanan ini bagi edisi ke-11." #KenanganSukan #KamiTeamMalaysia
"Saya masih ingat bukan senang nak terpilih dalam skuad projek 1997 ini, main di peringkat dunia kena yang terbaik. Pemilihan pemain bermula sejak tahun 1994 di kejohanan Piala Coca-Cola, Piala Rahman & Piala Razak yang melibatkan 5,000 pemain." #KenanganSukan #KamiTeamMalaysia
"Semuanya ada 4 fasa pemilihan yang diketuai oleh ketua jurulatih Claude Le Roy & dibantu oleh Abdul Rahman Ibrahim, Irfan Bakti, Lim Kim Choon, Lim Chuan Chin serta Chow Kwai Lam." #KenanganSukan #KamiTeamMalaysia
"Januari 1995 baru mula berlatih & skuad ini dikendalikan oleh Hatem Soussi dibantu oleh B. Sathianathan, Aleksander Bozenko & Mandiaty Fall." #KenanganSukan #KamiTeamMalaysia
"Ketika di Piala Dunia antara pengalaman berharga adalah saya dapat bermain semua perlawanan & menentang pemain jaguh dunia ini bukan senang." #KenanganSukan #KamiTeamMalaysia
"Contohnya saya perlu mengawal pergerakan pemain dari kelab Juventus Marcelo Zalayeta (Uruguay) serta Bart Van Den Eeden (Belgium) yang mempunyai ketinggian 2.05m." #KenanganSukan #KamiTeamMalaysia
"Ada juga kenangan pahit, apabila saya menjaringkan gol sendiri semasa bertemu Uruguay & mendapat kad merah semasa last game grouping menentang Belgium." #KenanganSukan #KamiTeamMalaysia
"Walaupun tewas di peringkat kumpulan, saya berasa kagum dengan semangat melawan yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan di dalam setiap perlawanan. Kami hanya kekurangan dari segi fizikal serta teknikal." #KenanganSukan #KamiTeamMalaysia
"Ini merupakan kenangan terindah saya kerana terlibat di dalam Piala Dunia yang saya fikirkan amat sukar sekiranya Malaysia untuk layak ke tahap tersebut." #KenanganSukan #KamiTeamMalaysia
Haled Masrom kini bekerja di Majlis Sukan Negara berbanding rakan sepasukan lain yang aktif dalam bidang kejurulatihan seperti Nafuzi Zain, Tengku Hazman, Rosli Md Derus, V. Saravanan, Lim Chan Yew, Megat Amir Faisal, Rafdi Rashid & Sani Fahmi. #KenanganSukan #KamiTeamMalaysia
You can follow @TeamMsia.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: