#mcowedding
Perkara yang saya belajar daripada perkahwinan abang saya hari ini:

1) Kehadiran ahli keluarga tunjang , terdekat & yang benar-benar rapat sahaja sudah cukup berkah & lebih banyak peluang untuk menyantuni di antara satu sama lain
2) Salah faham, terasa hati, rasa terpinggir boleh disifarkan kerana lebih banyak ruang untuk berkomunikasi ; mudah berlapang dada kalau lambat atau terpaksa menunggu
3) Crowd terkawal dan masing-masing lebih mematuhi dan menjaga masa

4) Tiada umpatan @ cakap-cakap kosong , open table politic tetap ada untuk bapa-bapa bersilaturahim
5) Pembaziran atau ketidakcukupan makanan tidak berlaku kerana bilangan tetamu yang telah dianggar benar-benar hadir dan tiada tetamu walk-in , masakan lagi enak dinikmati kerana tuan rumah akan berusaha menyediakan tetamu yang sedikit makanan yang terbaik
6) Pengantin punya lebih banyak masa untuk menyantuni serta berbincang dengan ibubapa dan mertua sekiranya ada masalah ; perbincangan yang tenang dan tidak huru hara
7) Adik-beradik di kedua-dua pihak ada ruang untuk memberikan sekecil-kecil khidmat ; susun hantaran, kutip sampah , lap meja kalau air tertumpah, sama-sama jaga kebersihan sesudah makan
Kalau air terlalu manis pun boleh bisik-bisik di dapur untuk tambah air tanpa mengguris perasaan tuan rumah, tiada orang luar yang sempat kritik. Sekecil-kecil benda
8) Peluang untuk kekal bertaaruf sesama keluarga lapang ; ye la sebelum ni yang sulung takde layang bongsu kat asrama la etc (tapi keluarga kami tak cukup korum pun kali ni uhu)
9) Paling penting, bebas kritikan orang luar yang datang pada hari bermulanya langkah dalam perkahwinan pengantin membawa buku nota dan mulut untuk mencari kecacatan sewaktu majlis.

Apa pun,
الحمد لله على كل حال

Dan pastikan #lessthan20people
10) Tak lupa juga boleh tenang untuk tangkap gambar atau mahu gambarnya diambil, tidak perlu tunggu giliran , masa pun banyakhttps://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😂" title="Face with tears of joy" aria-label="Emoji: Face with tears of joy">
11) Kos murah atau tidak, itu atas budi bicara kedua belah pihak. Sebagai contoh keluarga sendiri, masih menyewa pelamin biarpun untuk hanya bergambar bersama keluarga .
Lagipun kami keluarga lelaki datang menyunting anak gadis rumahnya yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya, datang dengan penuh hormat & mahu meraikan, bukan mahu semuanya mudah-mudah belaka.
Masyarakat selalu rasa mudah adalah tiada itu dan ini. Lengkap juga memudahkan. Raikan kedua-dua pihak. Raikan pengantin.
Antara benda yang paling saya terharu semalam adalah, memandangkan kos tidaklah sebesar perkahwinan norma yang lama, wang yang lebih (selain mas kahwin @ wang hantaran) dihadiahkan kepada ibubapa seorang demi seorang tanda "Osewaninarimashita" & "Otsukaresamadeshita"
P/s: Kaki tu bukan kaki saya guys & tak edit pun. Tak nampak badan atas maybe sebab bentuk body kereta and why should i explain this focus on the content pleasehttps://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😂" title="Face with tears of joy" aria-label="Emoji: Face with tears of joy">
Ganbatte kudasai semua pujuk & cakap leklok dengan mak ayahhttps://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="🤘🏼" title="Sign of the horns (medium light skin tone)" aria-label="Emoji: Sign of the horns (medium light skin tone)">https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="💪🏼" title="Flexed biceps (medium light skin tone)" aria-label="Emoji: Flexed biceps (medium light skin tone)">https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😂" title="Face with tears of joy" aria-label="Emoji: Face with tears of joy">
You can follow @amirahaidaasri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: