Kenapa positive thinking tu penting?

Kerana kita sedang bersangka baik dengan takdir kita. Yang bermakna kita sedang bersangka baik dengan Tuhan Yang Maha Baik.

Sangka baik dengan Tuhan tu sangat sangat penting. ❤️
Kalau kita sangka buruk dengan Tuhan bagaimana Tuhan nak beri kebaikan kepada kita?

Contohnya: kita doa tetapi dalam hati terdetik suara “Tuhan mesti tak kabulkan doaku.”

Bagaimana Dia nak kabulkan kalau kita sendiri yang tak yakin? Yang cepat putus asa?
Tapi kalau kita fikir positive dengan takdirNya InshaAllah semua jadi baik.

Contohnya kita jatuh sakit. Kita tak menyalahi takdir itu sebab kita percaya ada hikmah sebalik sakit ini. Mungkin agar kita kembali ingat kepada Nya?

Kita percaya semua sakit boleh baik dgn izin Nya.
Sekalipun kalau kita tak baik-baik seperti mana yang kita minta.

Kita tetap ada positive thinking. Kita percaya memang ini apa yang Tuhan nak.

Ya Dia lebih tahu apa yang lebih terbaik buat kita. Dan kita Redha. Kita tak akan mengeluh.
Positive thinking dapat membentuk realiti kita. Semuanya bermula dari cara kita berfikir.

Apabila fikiran kita positive setiap niat, perbuatan, doa , ibadah dan apa sahaja yang kita lakukan jadi positive.

InshaAllah dgn cara ini kebaikan (rezeki) akan “attract” dengan kita.
You can follow @MustaqimJiwa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: