SUDAH TIADA DARA, AKU
MALU DGN BAKAL SUAMI

Saya pernah terlanjur dengan sorang lelaki dan relationship kami tak bahagia spt yg saya harapkan. I let him go. Sekarang ni, saya in relationship dengan seseorang. Saya takut nak bagitau soal past yang saya dah tak dara lagi.

Thread
Luahan #DMJoker. Sila baca ini dahulu,
Mungkin kau sedang alami perkara yang sama

#ThreadTrigger : Thread ini beremosi tinggi. Kau akan trigger bila baca. Tujuan aku exposed, demi pengajaran semua. Segala aib, aku simpan dan takkan dedahkan. Itu etika aku as medical officer
Aku tahu, bukan kau sorang yang alami benda ni. Dalam #DMJoker penuh cerita dan luahan sebegini. Akibat perbuatan lalu, ikutkan nafsu. Kerana sayang dan cinta sanggup serahkan tubuh pada seorang yang yang hanya pandai menaburkan janji-janji palsu.
Tapi.. Apakan daya, benda dah berlaku. Nak bersedih sekali mana pun. Ia sudah terjadi. Tak boleh nak patah balik. Sebab yang & #39;hilang& #39; tetap akan hilang.

Tetapi.. Kau masih ada diri kau, untuk kau perbaiki dan belajar dari kesilapan lalu. Aku tahu, ramai wanita yg takut hal ini.
Sebelum ini kau serahkan tubuh kau. Kau biarkan dia sentuh dari hujung rambut ke hujung kaki yang sebelum itu kau jaga sebaik mungkin.

"I janji akan bertanggungjawab." Kata lelaki itu, padahal itu hanyalah ayat untuk memujuk demi kepuasan nafsu sendiri. Akhirnya kau tewas.
Waktu kau perasan ada darah keluar, kau menangis waktu itu. "Dara aku pecah.." Kau menangis. Lelaki itu peluk kau dan berkata "Jangan risau, i akan bertanggungjawab." Tetapi jawapan itu tak mampu buat kau lega.

Maruah kau dah hilang
Yang selama ini kau jaga
Kau terus nangis
Selepas hubungan seks pertama kali kau alami dalam hidup, kau pulang ke rumah dan mandi. Tiba-tiba ada satu perasaan takut, risau, gelisah dalam diri kau. "Camne kalau dia tinggalkan aku nanti? Apa aku nak buat.." Kerana peristiwa itu, pelbagai soalan muncul tanpa jawapan
Kau mula rasa hubungan ni mula dah tak betul. Kau risau akan dibuang / ditinggalkan oleh dia. Sebab selama ni kau sangat menjaga maruah, mak ayah bela kau elok.

Sampai ditangan lelaki yang baru kau kenal, kerana cinta dan sayang. Kau serahkan segalanya tanpa fikir masa depan.
Kau mula perasan, hari demi hari dia semakin minta tubuh kau untuk diratah. Kau mula rasa tak selesa, perangai dia tiba-tiba berubah. "Dulu dia tak macam ni.." kata kau.

Waktu ni kau dah mula nampak. Dia tak hormat kau sebagai teman wanita. Tapi dia anggap kau seperti mainan.
Ya, seperti mainan. Bila dia sunyi, barulah dia hubungi kau. Bila dia perlukan seks, barulah dia buat-buat baik dgn kau. Bila dia dah dpt tubuh kau. Si dia biarkan kau macam tu je. Ibarat pelacur, dibayar untuk kepuasan nafsu. Dah puas blah.

Cuma kau tak berbayar
FREE OF CHARGE
Semakin hari, hubungan kau dan dia makin hambar. Kau nak putuskan hubungan ini. Tapi kau tak dapat, kau risau. Sebab dialah yang ambil dara kau. Dia perlu tanggungjawab. Kau cuba kata begitu untuk sedapkan hati.

Hakikatnya, kau mula nampak
Hubungan ini makin teruk
Perlahan-lahan dia tinggalkan kau. Lebih teruk, dia terus ada pengganti lain. Waktu ni kau menangis sekalipun bukan sebab putus hubungan. Tetapi.. Disebabkan kau rasa hina, percaya dengan kata-kata seorang lelaki. Kau rasa diperbodohkan, sebab kau dah serahkan tubuh padanya.
Hari demi hari kau menangis untuk move on. Kau mula rasa hilang keyakinan diri. Kau mula lost, segala media sosial kau senyap. Diri kau bukan macam dulu lagi. Bila kau tatap wajah di cermin, pernah kau cakap "Aku ni jijik, aku ni kotor.." Kau menangis dan terus menangis.
Kau perlahan-lahan untuk move on. Cuma kadang kau risaukan masa depan. Entah macam mana kalau bakal suami dapat tahu hal ini. Entah bagaimana penerimaan suami nanti yg tahu isterinya dah tak suci. Kau takut nak kenal dengan mana-mana lelaki.

Kau mula rasa,
Kau tak layak..
Baik... Dengar sini Joker nak pesan. Kalau kau sedang alami masalah ini. Dengar elok-elok. Semoga ini jadi pedoman buat semua.

"Apa saja yang berlaku pada masa akan datang, kau tetap simpan aib ini sampai bila-bila. Jgn bagitau pada sesiapa pun. Biarlah kau simpan sampai mati."
Kalau teman sekarang tanya pada kau soal masa lalu. Kau just geleng kepala. Cakap tidak dan tidak. Ini bukan soal kau menipu atau tidak. Ini tentang aib kau.. Tentang maruah kau.. Tentang masa depan kau..Simpan selagi boleh simpan. Kau cakap "Tak pernah lakukan seks" itu je..
Masa depan adalah misteri. Kalau suami tanya malam pertama, kau diam je. Cakap tak tahu. Ingat pesan Joker; Walau apapun berlaku, jangan cerita kat sesiapa tentang ini. Ini adalah aib kau. Apa sahaja nk berlaku antara kau & suami selepas itu, serahkan saja pada Tuhan.
Kecuali kau ceritakan pada orang yg betul / pakar. Tujuannya adalah untuk dapatkan solusi, contoh seperti Joker aku sendiri. Sebab kalau cerita pada orang yang salah. Aib kau akan tersebar dan orang akan judge diri kau. Bahaya tu.
Kedua; Sebelum kahwin. Kau kena berubah. Jadi manusia lebih baik. Kalau sebelum ni jauh dengan Tuhan. Cuba-cubalah rapatkan balik hubungan tu. Aku percaya, sesiapa manusia yg rapat dengan Tuhan. Pasti Tuhan akan bantu untuk masa depan hambaNya. Sebab itu janji DIA
Setiap orang ada mistakes dalam hidup. Itu tak penting sebenarnya. Yang lebih penting. Bila kau tahu ada silap, kau berubah jadi manusia lebih baik.

Bukan makin teruk. Sebab life kau makin teruk adalah kau taknak berubah. Sebab tu Tuhan uji dengan susahnya kehidupan.
Tapi bila kau buat silap masa silam, dan berubah jadi lebih baik. Dekat dengan Tuhan. Aku yakin, Tuhan pasti bantu kau. Bukan soal jodoh saja, tapi soal rezeki, kerjaya, pendidikan, dan keluarga.

Ni bukan Joker yg cakap
Tuhan sendiri yg bagitau
Tuhan yg Maha Esa ni tak bukan mcm kita. Janjinya banyak, tapi berinya sedikit. Tuhan ni, bila kau minta sikit je, tapi DIA beri banyak. Aku bkn nk cerita tentang agama kat sini. Sebab kalau kau perasan. Bila kau ada masalah besar dlm hidup then takda jalan keluar

Apa kau buat?
Kau buat apa? Kau akan cari Tuhan juga at last.. Sebelum ni kau ni jahat gila kot. Lama gila tak berwuduk, hampar sejadah, doa apatah lagi.

Tapi.. Bila kau ada masalah paling besar, sampai tak jumpa jalan keluar. At last.. Kau cari Tuhan jugak. Sebab kau tahu, kau tu hamba je.
Sebab tu aku selalu pesan. Seks sebelum nikah ni buat life kau tak bahagia. Jangan nak menipu aku lah. Kau lihat hidup kau sekarang, tunggang langgang. Ada masalah macam-macam. Sampai bila nak jadi macam ni? Kau berpura-pura bahagia sebenarnya.
Ulasan Joker

Aku tahu, kau dah pernah buat silap besar dalam hidup. Tapi aku nak pesan, kau berubah dan jadi manusia terbaik. Pasti suatu hari nanti Tuhan tunjukkan kau jalan untuk bahagia. Serahkan segalanya pada Allah.

If perlukan aku untuk consult online.
Just call Joker ok.
You can follow @dairijoker.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: