Ada perbincangan mengenai adakah habit membaca mempunyai kaitan dengan status sosioekonomi keluarga?

Saya buat bacaan dalam kajian. Perkara ini ada perbezaan pendapat, tetapi banyak kajian menyokong ada kaitannya sosioekonomi keluarga dan habit membaca.

#UntaianZM
Kajian ini menyebut status sosioekonomi keluarga memberikan impak dalam stimulasi minat membaca. Sosioekonomi yang tinggi memberikan peluang kepada anak-anak untuk minat membaca, lebih banyak duit, lebih banyak buku di rumah. Sebaliknya, banyak luangkan masa membantu ibu bapa.
Kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang rendah status sosio-ekonominya tidak mempunyai peluang untuk membaca kerana beberapa sebab seperti ketiadaan buku di rumah dan banyak habiskan masa menolong ibu bapa kerana kemiskinan. Tambah lagi, mereka kurang minat membaca.
Ada kajian lain menunjukkan pendapatan keluarga tidak memberikan kesan pada minat membaca. Tetapi latar belakang keluarga yang bagus akan jadi pemicu dan pengaruh kepada munculnya minat untuk membaca. Ibu bapa berpendidikan tinggi, terutamanya ibu, memberikan pengaruh yang besar.
Faktor dan hobi memiliki buku datang daripada minat membaca. Kalau orang kaya tetapi tak minat membaca, dia memang tidak akan beli buku. Asasnya, ada juga orang kaya yang tidak minat membaca. Tuntas, tidak membeli buku. Hal ini memberikan kesan kepada anak-anak juga.
Sebab itulah wang penting untuk kelangsungan hidup. Tapi wang tanpa pendidikan, gaji 17 angka dengan perlekehkan sistem pendidikan universiti tidak akan melahirkan individu yang cerdik dan membaca.

Janganlah percaya ahli perniagaan yang sogok bahawa belajar tinggi tak penting.
Status sosio-ekonomi penting sebab berikan pengaruh terhadap kemampuan membaca. Keluarga yang rendah status sosio-ekonominya biasanya mempunyai tahap kemampuan membaca yang rendah. Tuntas, kurangnya pembacaan buku. Hal ini berbeza dengan tinggi sosio-ekonominya.
Seperti yang saya sebutkan tadi, persekitaran yang kondusif amat penting untuk stimulat dan memicu minat membaca. Persekitaran ini biasanya mudah untuk dilakukan oleh orang yang berstatus tinggi sosio-ekonominya.
Keluarga yang tinggi sosio-ekonominya mempunyai ibu bapa berpendidikan tinggi. Ibu bapa berpendidikan tinggi mempunyai kesedaran dalam kepentingan membaca & pendidikan. Jadi, mereka banyak melaburkan perkara ini kepada anak. Tuntas mempengaruhi minta membaca dan pendidikan anak.
Seperti yang disebutkan, habit membaca dipengaruhi oleh persekitaran seperti pendedahan dan akses kepada buku serta sikap ibu bapa terhadap kepentingan membaca.
Kajian ini menyokong bahawa, kurangnya minat membaca kerana persekitaran di rumah tidak menyediakan persekitaran kondusif yang boleh memicu minat untuk membaca. Faktor-faktor lain termasuk akses kepada buku.
Sosio-ekonomi tinggi tidak semestinya orang kaya. Orang yang hidupnya sederhana (kewangan stabil) pun mempunyai keistimewaan yang sama seperti mereka. Kalau ibu bapa kerja biasa-biasa pun, peluang untuk melahirkan minat membaca itu masih tinggi.
Kesimpulannya:

1. Minat membaca dipupuk oleh persekitaran yang kondusif termasuk sikap ibu bapa terhadap aktiviti membaca, akses kepada buku di rumah, rutin membaca di rumah, suasana membaca di rumah.
2. Persekitaran yang kondusif itu mudah disediakan oleh keluarga yang tinggi sosio-ekonominya dan ibu bapa yang berpendidikan. Tinggi sosio-ekonomi dalam melaburkan duit dalam aktiviti membaca. Ibu bapa berpendidikan mempunyai kesedaran kepentingan membaca kepada anak-anak.
3. Keluarga yang tinggi sosio-ekonominya dapat melaburkan masa dan wang untuk pendidikan anak-anak. Tuntas, kemampuan membaca itu tinggi. Tambah lagi, anak-anak tidak perlu terlibat dalam usaha untuk mencari rezeki untuk keluarga.
4. Keluarga yang rendah sosio-ekonomi pun dapat memupuk minat membaca kepada anak-anak sekiranya ibu bapa sedar akan kepentingan membaca. Kesedaran ini sukar untuk dicapai apabila ibu bapa berpendidikan rendah. Tambah lagi apabila banyak aktiviti disibukkan dengan mencari rezeki.
5. Anak-anak daripada keluarga yang rendah sosio-ekonominya biasanya banyak habiskan masa mereka menolong ibu bapa mencari rezeki. Tambah lagi, keluarga ini tidak mempunyai peluang untuk menyediakan persekitaran membaca di rumah. Pelaburan ke arah ini kurang.
6. Mencari ibu yang berpendidikan tinggi walaupun sampai di peringkat Ph.D dapat memberikan kesan besar kepada pendidikan anak-anak. Kalau anda mahu anak-anak anda celik dengan pelbagai bacaan, carilah ibu tinggi pendidikannya. Ataupun ibu yang minat membaca.
Sekadar tambahan, kalau tengok ahli-ahli fizik hebat, biasanya mereka datang daripada keluarga yang tinggi sosio-ekonominya.

Aristotle - ayahnya doktor diraja
Archimedes - ayahnya ahli astronomi diraja
Ptolemy - dia sendiri kerabat diraja
Galileo Galilei - ayahnya aristokrat
Isaac Newton - ayahnya peladang kaya
Thomas Young - ayahnya ahli perniagaan
Lord Kelvin - ayahnya profesor
Clerk Maxwell - ayahnya peguam
Max Planck - ayahnya profesor
Albert Einstein - ayahnya jurutera dan peniaga
Neils Bohr - ayahnya profesor
Erwin Schrodinger - ibunya profesor
Michael Faraday adalah ahli fizik hebat yang datang daripada keluarga yang amat miskin. Tetapi dia jadi cemerlang bermula daripada kerjayanya di kedai buku untuk tanggung keluarganya pada umur 13 tahun. Jadi, dia dapat akses kepada buku dengan mudah.
Keluarga Marie Curie pun tidak bernasib baik. Harta banyak hilang akibat peperangan tetapi kedua-dua ibu bapany adalah guru. Jadi, kesedaran kepentingan membaca dan pendidikan itu tinggi. Tuntas, memberikan pengaruh kepada anak-anaknya. Kakaknya seorang doktor.
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: