Isu pemandu mabuk ini, simple je. Kerajaan dulu berpuluh tahun tak ambil endah macam tak ada kes. Ini data daripada The ASEAN Post. Kita boleh lihat bagaimana jumlah kes kemalangan pemandu mabuk naik mendadak dalam tempoh 2011 - 2016.

1/5
Ini data drpd The Mole. % kematian akibat pemandu mabuk banding jumlah kemalangan maut naik mendadak 2011-2016.

Berapa nyawa sudah hilang antara tahun 2010-2017?

Jawapannya: 1142.

Tahun 2016 sahaja ada 237, bermakna setiap 2 hari ada 1 orang mati akibat pemandu mabuk.

2/5
Bila sampai kerajaan PH, Menteri Pengangkutan @anthonyloke turun harga pengangkutan awam, tambahbaik ehailing & rancang pindaan undang2 tambah hukuman pemandu mabuk. Pakej ini terbaik untuk tangani pemandu mabuk: ada hukuman berat, ada alternatif (pengangkutan awam)
3/5
Pindaan undang2 tak jadi sebab berlaku Langkah Sheraton. Kita pun dah minta agar pindaan undang2 itu dibawa ke Parlimen 18 Mei 2020, tapi kerajaan baru enggan menerima.

4/5
Isu pemanduk mabuk ialah masalah dasar. Tapi apabila hero2 duk ratib kaum, agama dan politik, maka perhatian terkalih kpd benda bukan2. Akhirnya hero2 inilah yg menyebabkan masalah lama tak selesai, masalah baru pula timbul.

5/5
You can follow @scheekeong.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: