MENTERI TAK BOLEH MENGUNDI DI DEWAN RAKYAT?

Ramai tak sedar dalam kerajaan ada juga Senator jadi menteri.

Jadi kenapa menteri bertaraf senator ni tak boleh mengundi di Dewan Rakyat?

Ini adalah bebenang!

gambar: Malaysiakini
Perkara 68 perlembagaan persekutuan memberi kuasa kpd Dewan Rakyat meluluskan RUU melibatkan kewangan.

Dewan Negara tidak boleh menolak RUU wang seperti Belanjawan negara dan pakej rangsangan ekonomi.

Senator ahli Dewan Negara, jadi memang tak boleh mengundi di Dewan Rakyat
Berapa jumlah Senator yang menjadi menteri dan Tim. Menteri zaman Najib Razak (BN), Tun Mahathir (PH) dan TSMY (PN)?

BN (2015): 4 menteri/ 6 Timb menteri = 10 Senator

PH: 1 menteri / 4 Timb. Menteri = 5 Senator

PN: 3 menteri / 5 Timb. Menteri = 8 Senator

gambar: google
Senator mana yang tak boleh mengundi dalam Dewan Rakyat dan luluskan RUU kewangan dalam kabinet TSMY?

1. Menteri Kewangan ❌

Tengku Zafrul Aziz.
2. Menteri Kanan Pendidikan ❌

Radzi Jidin
3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) ❌

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air ❌
Timbalan Menteri Belia dan Sukan ❌
Timbalan menteri MITI ❌
Timbalan Menteri Pendidikan II ❌
Timbalan Menteri Perpaduan Negara ❌
Dewan Negara boleh jadi badan semak dan imbang kepada Dewan Rakyat. Pindaan Akta, Perlembagaan Persekutuan, dalam hal hubungan negeri - persekutuan, Dewan Negara boleh melengahkannya.

Perkara pernah berlaku apabila Dewan Negara tolak pemansuhan Akta Anti-Berita tidak benar.
Ini statistik berkenaan jumlah Ahli Dewan Negara setakat ini.
Tempat duduk Ahli Dewan Negara

Boleh rujuk link: https://www.parlimen.gov.my/tempat-duduk-ahli-dn.html?uweb=dn&
Untuk isu sama ada 8 orang senator PN boleh undi sekiranya usul undi tidak percaya PM berlaku di Dewan Rakyat?

Jwpn: Tidak. PM dilantik dalam kalangan ahli parlimen Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti. Undi mereka tidak dikira
You can follow @FakhurrRazi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: